Giliran terpaksa bekerja dari rumah sepanjang musim Covid-19 ini membuatkan kita terpaksa menyusun semula rumah menjadikan seperti pejabat untuk kita terus selesa bekerja.
Idea Hani Mynis mewujudkan ruang bekerja selesa malah meletakkan kelengkapan barangan pejabatnya di dalam almari pakaian ini memang terbaik. Jimat ruang. Jom intai perkongsiannya.
DIY home office ✅ Seperti dijanjikan Hani kongsikan Hani DIY “home office” Hani dari almari pakaian sahaja. Awal tahun haritu hani ada cerita yang hani decided nak makeover 3 bilik tidur di rumah hani. Sebelum ini home office hani memang ada bilik khas iaitu bilik paling kecil di rumah hani.
Memandangkan bilik pakaian sebelum ini hani jadikan bilik tidur dan belajar Aqil maka bilik home office hani jadikan sepenuhnya bilik pakaian. Kira ala-ala walk in closet gitu haha.
Seminggu juga perah otak cari idea mana lah nak campak barang-barang dalam home office hani haha dengan fail-fail rumah dengan printer dengan segala stationery dan barang-barang planner haha banyak barang 😅 itupun banyak juga yg dah let go.
Lepas tu dapat idea nak buat home office dalam wardrobe. Space pun tak ambil banyak dalam master bedroom.
Memandangkan bajet memang tak banyak untuk home office ni (bajet dah banyak habis untuk beli katil baru haha) terpaksa lah cari alternatif paling murah iaitu almari pakaian shopee berharga RM155.
Ini je modal yang hani keluar untuk home office baru hani ni hehe. Segala macam penstoran dalam ni semua guna je apa yang ada.
Bagi hani praktikal sangat almari pakaian ni hani jadikan tempat simpanan barang-barang home office hani.
Hani tempatkan juga printer dan mesin laminator dalam almari ni. Ramai yang tanya kalau nak guna printer hani keluarkan ke printer? Tak pun. Print je dalam tu.
Ads
Idea asal nak buat pull out shelf. Haha tapi memandangkan macam ni pun elok je berfungsi malas pulak nak continue project hahaha.
Hani ceritakan lebih detail mengenai home office ni dalam gambar ya. Boleh tengok satu-satu gambar. Kat mana hani beli dan harga semua ada di gambar. Jemput menelaah. Mana tahu ada idea nak buat benda yang sama juga. Semoga bermanfaat ya.
Inilah almari yang hani guna. Untuk yang ada bajet sikit macam hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab hani fikir ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah haha.
Almari pakaian hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so tak nampak serabut sangat master bedroom bila almari dah tutup.
3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif hani dan Aqil.
Ads
Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.
Hani tambah lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta dia tolong potongkan hehe.
Pintu almari pun hani guna sebaiknya. Letak jadual pembersihan hani.
Ads
Laci untuk simpan segala jenis kertas.
Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar ‘mama’, papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama. Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak-anak. Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siapkan diri.
Menurut Dr Taufiq Razif, ilmu keibubapaan sebenarnya teramatlah penting dalam sesebuah rumah tangga. Beliau turut menyenaraikan 7 kesan buruk yang patut suami tahu dan sebaiknya elakkan.
Kesan Buruk Bila Suami Tak Belajar Ilmu Keibubapaan
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mendapatkan anak kembar sebagai zuriat mereka. Telatah anak kembar pastinya akan mencuit hati dengan rupa mereka yang sama, kadangkala boleh mengelirukan siapa yang melihatnya.
Cubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak kembar berkongsi rasa, boleh dikatakan seperti kawan baik sejak dari perut ibu mereka. Itulah yang dikongsikan oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Mesti umum pernah melihat telatah kembar Noah dan Adam, anak kepada Dr Sheikh Muszaphar kan? Dr sheikh telah berkongsi di laman instagram miliknya tentang kembar comelnya itu berinteraksi satu sama lain ibarat kawan baik.
Pada pandangan beliau, anak kembarnya mampu menjadi kawan baik bila mereka meningkat dewasa. Gelagat yang mereka pamerkan juga jelas menunjukkan saat ini, mereka seakan kawan baik yang membuat semua benda bersama dan tidak memerlukan orang lain kerana mereka sudah saling melengkapi.
Bila adam tidur, Noah akan duduk di sebelahnya sehingga bangun. Mereka akan buat semua benda bersama, dari ke sekolah, makan, bermain, mandi dan tidur.
Tetapi lumrah manusia, bagaimana anda kini, kadangkala tidak begitu mencerminkan anda pada masa akan datang. Sama seperti yang dirasai oleh Dr Sheikh, beliau yakin kehidupan mereka akan berubah mengikut bila mereka besar nanti. Tidak kira dalam kehidupan, pekerjaan, pasangan dan sebagainya, dan waktu itu sebagai ayah hanya mampu melihat dari jauh saja.
Best of friends It’s wonderful to see how the twins interact with each other . As they get older they have become the best of friends . When Adam is sleeping , Noah would just stay by his side waiting for him to wake up . They do everything together … from School , meals , play , shower and even sleep . I guess you don’t need anyone else when you are a twin . I’m sure life would be different as they grow up … with their own lives , work , spouses , etc – and Daddy will just watch from afar . Salam Everyone . Love As Always . PS – Noah’s favourite word is Daddy …
Bukan mudah untuk menjaga dua bayi dalam satu sama. Ibu yang mempunyai anak kembar boleh amalkan tip ini, supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum dan selepas bersalin.
#1: PERSEDIAAN AWAL
Kebanyakan bayi kembar lahir awal dan ibu yang hamil kembar disarankan untuk rehat (bed rest). Lebih baik beli barangan anak-anak lebih awal terutamanya secara atas talian.
#2: SUSUN KELENGKAPAN SECARA TERATUR DALAM BEG BERZIP
Susun setiap set pakaian pakaian bayi (baju, seluar, sarung tangan, topi & stoking) dalam keadaan teratur dan tersusun supaya mudah digunakan. Ibu ini mencadangkan untuk meletakkan di dalam beg plastik berzip dan sediakan pek tambahan di dalam beg berlainan.
#3: BUAT CATATAN
Mesti buat catatan penting hampir semua perkara. Pengurusan ini sangat mustahak seperti bayi yang sudah menyusu dan siap yang telah ditukar lampin. Buat senarai dan wujudkan kalendar serta reminder di telefon.
#4: DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Gunakan botol susu supaya ahli keluarga boleh membantu dalam. Biasanya apabila bayi kedua dan ketiga kenyang dan disendawakan, bayi pertama akan mula lapar. Pusingan penyusuan akan berterusan.
#5: SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN
Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Buat giliran untuk menjaga anak. Misalnya di waktu malam siapa tidur lebih pada malam tersebut dan bergilir. Suaminya bagaimana pun memberikan peluang untuk dia tidur 4-5 jam dan mengambil alih tugas.
Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini. Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki.
Hubungan seorang ayah dengan anak perempuan memainkan peranan penting kepada perkembangan anak sehingga dewasa.
Biasanya anak perempuan juga menjadikan ayah adalah hero pertama yang mereka cintai dan kagumi sejak kecil lagi. Maka pentingnya ayah memainkan peranan penting mempamerkan imej dan karektor yang positif di mata anak.
Perkenalkan Allah Dan Rasul Pada Anak
Menyedari berat tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan,33, turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau pada masa depan anak perempuannya.
Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.
Menurut Saharul, sebagai seorang ayah, tanggungjawabnya bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan untuk anak tapi penting untuk perkenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.
Tapi usahakanlah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw,” demikian tulis Saharul dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini pernah berkongsi kisah penghijrahannya mendalami ajaran Islam sehingga ramai terinspirasi untuk mencontohi beliau.
Justeru tidak hairanlah banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya termasuk aspek pendidikan anak-anak, pemilik nama sebenar Muhammad Saharul Ridzwan ini memilih pendekatan memahami Islam sebenar sebagai asas mendidik akhlak dan iman kedua cahaya matanya.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah.”
Bapa kepada Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra ini menyerahkan hanya kepada Allah SWT untuk menjaga dan melindungi anak perempuannya di masa depan selepas segala usahanya memberikan didikan agama berjaya dilaksanakan.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed pada 16 September 2016.
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.