Doa bapa ini di Arafah termakbul, sembilan sekeluarga bakal tunai haji. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

Doa Bapa Ini Di Arafah Termakbul, Sembilan Sekeluarga Bakal Tunai Haji

Mohamad Hatta Abd Latif, 60, berkongsi kegembiraannya apabila beliau, isterinya, lima orang anak serta dua menantu turut terpilih menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

“Kami suami isteri pernah menunaikan haji pada tahun 2008 semasa mengiringi ibu mentua. Ketika berada di Arafah, saya berdoa agar suatu hari nanti dapat membawa anak-anak pula menunaikan haji.

“Empat bulan selepas pulang ke tanah air, saya terus mendaftarkan anak-anak untuk menunaikan haji. Syukur, tahun ini rezeki menyebelahi kami. Selain tujuh ahli keluarga terdekat, dua menantu turut sama menyertai kami. Perasaan teruja memang tidak dapat digambarkan,” katanya ketika ditemui pada Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

Mohamad Hatta memaklumkan bahawa mereka sekeluarga dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 30 Mei nanti.

Dalam pada itu, anak bongsunya, Muhammad Hanif yang baru berusia 20 tahun, meluahkan rasa tidak percaya kerana diberi peluang menunaikan haji pada usia muda.

Doa Bapa Ini Di Arafah Termakbul, Sembilan Sekeluarga Bakal Tunai Haji

Ads

“Bila tahu terpilih, saya rasa terkejut sebab saya tahu bukan mudah untuk ke Tanah Suci. Pada mulanya saya rasa ragu-ragu, tertanya-tanya sama ada saya betul-betul bersedia atau tidak. Tapi selepas menghadiri kursus, rasa yakin itu makin bertambah,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan merasmikan Kursus Haji Perdana peringkat negeri.

Kursus ini menyaksikan seramai 8,338 jemaah dari Selangor membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Mekah. Selangor mencatatkan jumlah jemaah tertinggi, terdiri daripada 3,609 lelaki dan 4,729 wanita.

Ads

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

Anak Sari Yanti, Dariya Kecewa Belum Dapat Gelaran Hajah, Simulasi Haji Rupanya

Ads

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI