Setiap ibu patut amalkan doa untuk anak-anak supaya sentiasa dalam rahmat-Nya. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan. Dalam apa keadaan sekalipun, doa adalah senjata kita dengan Allah.
Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak agar menjadi khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa. Yang penting ikhlas.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Ads
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Ads
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini Insya-Allah anak-anak akan utamakan solatnya.
Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Ads
Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
Aktres cantik kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkongsi cerita tentang anaknya, Jammal Raess yang telah di diagnosis dengan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,”
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas. Ketika itu usianya baru dua tahun”
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
JANGAN MALU BERITAHU MASYARAKAT
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang ragu-ragu akan keadaan anak supaya membuat ujian diagnosis bagi mengenal pasti keadaan sebenar. Apabila disahkan, hantar anak mengikuti terapi. Jangan disia-siakan peluang untuk mengajar anak belajar, berdikari dan menguruskan diri sendiri. Jangan malu untuk memberitahu masyarakat kerana dengan sikap terbuka ini kita jadi lebih tenang dan lebih ramai lagi yang akan berkongsi tip.”
“Misalnya apabila ada rakan yang menjemput kami sekeluarga ke majlis hari jadi, saya akan minta untuk datang 30 minit lebih awal sebelum ketibaan tetamu lain dan akan pulang awal. Ini kerana Raess tidak boleh menghadapi orang yang ramai. Jadi mustahak bagi kita untuk mengadaptasi keadaan anak dengan situasi semasa supaya semua pihak berpuas hati.”
“Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar. Cukup sekiranya dia boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Diharapkan keakraban Raess dan Edruce akan kekal sampai bila-bila walau pun nanti saya sudah tiada di dunia ini, mereka saling membantu dan Edruce akan menjadi penjaga abangnya.”
Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Balik je dari sekolah, peluk anak—terus terhidu bau “unik”. Kadang macam telur, kadang bau besi karat. Ibu-ibu mesti familiar dengan “haruman istimewa” ni. Tapi tahu tak, semua tu sebenarnya ada penjelasan saintifik?
Kenapa Badan Anak Boleh Berbau?
Bau badan terjadi apabila peluh bercampur dengan bakteria di permukaan kulit. Walaupun peluh itu sendiri tidak berbau, bakteria yang ‘makan’ komponen dalam peluh akan menghasilkan bau tertentu. Ini lebih ketara bila anak:
Aktif secara fizikal (main, berlari, berpeluh banyak)
Mula mencapai usia pra-remaja (perubahan hormon awal)
Tak mandi dengan bersih atau jarang tukar pakaian dalam
Bau Telur: Makanan Atau Kimia Badan?
Bila anak makan makanan tinggi sulfur—macam telur, bawang atau brokoli—badan akan hasilkan sebatian sulfur dalam peluh. Hasilnya? Bau telur busuk yang keluar dari badan anak terutama bila peluh mula kering atas kulit.
Bau Besi: Bukan Besi Betul, Tapi Bau Peluh & Bakteria
Anak aktif berlari dan bermain waktu rehat? Peluh yang keluar akan bercampur dengan bakteria atas kulit, dan boleh hasilkan bau yang mirip bau logam atau besi. Tambah pula peluh dari bahagian ketiak atau lipatan badan—bau makin “kaya”.
Normal Tapi Kena Alert Kalau Bau Terlalu Kuat
Kalau bau anak sangat kuat sampai tak hilang walau dah mandi dan tukar baju, mungkin ada isu lain seperti:
Masalah metabolik (contohnya trimethylaminuria)
Diabetes (kalau ada bau manis macam buah dari peluh/mulut)
Masalah hormon atau kebersihan kulit
Apa Mak Boleh Buat?
Mandikan segera bila balik rumah: Peluh yang dah kering atas kulit akan lebih mudah menghasilkan bau. Mandian yang cepat membantu hilangkan sisa bakteria.
Guna sabun antibakteria lembut: Sabun jenis ini boleh bantu kurangkan pertumbuhan bakteria tanpa merosakkan kulit anak yang sensitif.
Tukar baju dan seluar dalam setiap kali balik sekolah: Pakaian yang dah serap peluh boleh menjadi tempat bakteria berkumpul. Tukar pakaian membantu mengelakkan bau terus melekat pada badan.
Perhatikan pemakanan anak—kurangkan makanan terlalu berbau atau tinggi sulfur: Makanan seperti telur, brokoli dan bawang putih boleh menyumbang kepada bau badan yang kuat.
Kalau bau masih kuat atau ada simptom lain, cepat-cepat jumpa doktor: Ini penting untuk pastikan tiada masalah kesihatan tersembunyi seperti gangguan metabolik atau hormon.
Anak balik sekolah dengan bau pelik? Jangan gelakkan, jangan marah. Itu bau usaha, bau peluh membesar. Tapi sebagai ibu bapa, kita juga kena peka—kerana dalam bau-bauan tu, ada kisah kesihatan yang mungkin perlu diberi perhatian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.