Tahniah diucapkan buat pelakon Ola Bola, Luqman Hafidz yang bakal bergelar bapa pada Februari ini.
Menerusi kapsyennya di instagram, Luqman memaklumkan isterinya kini sedang sarat hamil lapan bulan dan bakal melahirkan anak pertama mereka pada bulan hadapan.
Malah pelakon berbakat itu turut memohon doa dari semua agar kelahiran anak pertamanya itu nanti dipermudahan Allah SWT.
“Doakan baby keluar dengan selamat February ini insyaallah.
“Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan family lepas pengumuman esok. Amin,” katanya.
Kapsyen ringkas itu dibuat Luqman beberapa hari lalu dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama isteri tersayang dan juga keluarga.
Ads
Rakan-Rakan Titip Doa
Meninjau di ruang kapsyen, perkongsian Luqman itu mendapat pelbagai reaksi para pengikutnya malah turut mengucapkan tahniah disamping menitipkan doa buatnya dan isteri yang bakal melahirkan kelak.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @luqmanhafidzx
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Pelakon cantik, Anzalna Nasir rasa bertuah apabila dia dikurniakan ibu mentua yang sangat baik dan penyayang. Ibu mentuanya dikatakan kerap mengadakan majlis doa selamat untuk Anzalna dan juga bayinya yang bakal lahir tahun ini.
Perkara tersebut dikongsi di salah sebuah entri terbaru di laman instagram beliau dan beliau turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berkenaan berlangsung.
Not every mother and daughter-in-law have a disastrous relationship. I’m very lucky to have such a caring mother in law who treats me like her own daughter.
Sejak pregnant, Kerap sekali my mother in law buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left.
Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun bersama suaminya Hanif Zaki, Anzalna akhirnya mengumumkan dia hamil empat bulan pada awal tahun 2019.
Rata-rata netizen memuji hubungan baik antara Anzalna dan ibu mentuanya dan mereka menyifatkan Anzalna sebagai menantu yang bertuah kerana memiliki hubungan yang baik dengan keluarga mentuanya.
Turut tidak melepaskan peluang, netizen mendoakan agar Anzalna dan kandunganya sihat dan selamat sentiasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol. Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Ibu Kena Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.