Kehamilan

“Doakan Yang Baik-Baik Hingga Hari Kelahiran” Bakal Timang Anak Pertama, Tasha Shila Umum Hamil Lima Bulan!

Share

Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan. Menerusi instagramnya semalam, Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya.

Menerusi entri itu juga, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memperlihatkan baby bump yang jelas. Tasha kelihatan cukup cantik dan berseri-seri.

 

“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.

“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

” Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.

Kata Tasha lagi, sokongan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya cukup membuatkan dia gembira.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan.
Amin,” kongsinya.

Dalam pada itu, perkongsian Tasha itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya malah rakan-rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.

 

Semoga kehamilan selama sembilan bulan ini dipermudahkan.

Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga bersama, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

Artikel berkaitan: Cantiknya Nama Dia, Pilih Shariq Gabriel, Peminat Puji Nama Anak Emma Maembong!

Indahnya Nama, Syafa Selamat Lahirkan Anak Lelaki Nama Takwa Idraki Jadi Pilihan Buat Cahaya Mata Sulung

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @tashashilla

IKLAN