Kehamilan kembar memang mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung kembar biasanya akan dipantau rapi oleh doktor untuk kesihatan ibu dan juga anak-anak dalam kandungan sehinggalah selamat bersalin.
Ainan Tasneem yang kini sedang hamil kembar dengan usia kandungan sudah masuk 31 minggu berkongsi di Instagram miliknya tentang kandungannya yang mengalami sedikit masalah.
Ainan memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Kerana keadaan tersebut, Ainan berkata doktor agak bimbang dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang buat kandungannya kali ini.
Ambil Suntikan Kuatkan Paru-paru baby
“Now dah 31 weeks pregnant. Tadi Ainan pergi checkup, doc cakap salah satu baby twins tu kecik sikit.
“Sorang baru 1.1kg. Sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doc suruh cucuk dexa. Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu Esok kena cucuk lagi untuk 2nd dose.
“Dexa tu bertujuan untuk matangkan paru-paru baby incase baby terbersalin awal. Sebab kandungan twins berisiko tinggi untuk lahir pramatang,” tulisnya.
Ads
Mohon Doa Dari Semua
Menurut AInan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat baby tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang Ainan kena bersalin awal je. Allah..
“Ainan tak ready lagi.. Tak boleh imagine baby masuk NICU & kena berpantang tanpa baby disisi. Sekarang nak keep on positive je.
Hopefully baby membesar dgn baik dalam perut & dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa dari kalian semua ya..,” tulisnya lagi.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada Mac 2018.
Semoga bayi dalam kandungan Ainan baik-baik sahaja dan semoga dapat bersalin mengikut tarikh jangkaan sebenar!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertanya-tanya bila anda akan kembali subur setelah mengambil pil perancang? Anda mungkin tidak tahu, kesuburan wanita akan kembali semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada kaedah perancang kehamilan yang anda gunakan.
Sebagai contoh, waktu kembalinya kesuburan wanita adalah berbeza bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan dengan mereka yang menggunakan kondom wanita.
Kaedah perancang kehamilan berbeza menentukan tempoh yang berbeza untuk anda kembali hamil.
Berikut adalah tempoh kesuburan wanita mengikut kaedah perancang kehamilan yang digunakan.
Kaedah perancang kehamilan dan waktu anda kembali hamil
1. Kaedah penghalang atau kaedah semula jadi
Bagi wanita yang menggunakan kaedah perancang kehamilan berbentuk penghalang seperti kondom, kondom wanita, spermicide atau diafragma, anda akan kembali subur dalam tempoh segera.
Ini bermaksud anda akan terus mendapat kehamilan sejurus selepas melakukan seks tanpa penggunaan kaedah-kaedah ini di lain waktu.
Ini kerana, kesemua kaedah penghalang sperma seperti ini telah menghalang sperma daripada sampai ke bahagian telur atau ovum wanita.
Tambahan pula, penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom ini boleh melindungi diri anda daripada risiko jangkitan seksual. Sesetengah jangkitan seksual boleh menyebabkan ketidaksuburan pada wanita!
2. Kaedah kawalan kelahiran gabungan
Ada juga wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran gabungan sebelum ini, namun tertanya-tanya bilakah mereka akan kembali subur.
Kaedah kawalan kelahiran gabungan menggunakan beberapa kaedah berbeza untuk mencegah kehamilan. Ini termasuklah penggunaan pil perancang, patch dan juga gegelung.
Kesemua kaedah ini mempunyai hormon estrogen dan juga progestin.
Bagi anda yang menggunakan kaedah ini, tubuh anda akan kembali subur dalam tempoh beberapa minggu setelah anda menghentikan pengambilan gabungan pil tersebut.
Ia juga boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan untuk kembali hamil.
Kajian menunjukkan bahawa setengah daripada wanita yang menggunakan kaedah ini akan kembali hamil dalam tempoh 3 bulan setelah menghentikannya.
Ada juga wanita yang kembali hamil setelah 12 bulan menghentikan penggunaannya.
3. Peranti intrauterin atau IUD
Terdapat dua jenis IUD yang digunakan oleh wanita untuk mencegah kehamilan iaitu IUD hormon seperti Mirena dan Skyla, atau IUD bukan hormon (tembaga) seperti ParaGard.
Sebarang penghentian penggunaan IUD perlu dilakukan oleh doktor perubatan bertauliah, dan jangan sesekali melakukannya sendiri di rumah.
Bagi wanita yang menghentikan penggunaan IUD, kesuburan mereka untuk hamil akan kembali dengan cepat. Tempoh yang diambil untuk kembali subur biasanya hanya dalam waktu 1 bulan sahaja.
Untuk lebih memudahkan anda mengingatinya, kesuburan anda akan kembali semula selepas kitaran haid pertama sejurus IUD tersebut dikeluarkan.
4. Nexplanon: Kaedah kawalan kesuburan wanita melalui implan hormon
Nexplanon adalah satu-satunya implan kawalan kelahiran yang menggunakan hormon progestin.
Nexplanon akan melepaskan progestin dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaannya. Implan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaan.
Sama seperti IUD, wanita akan kembali subur dengan pantas sejurus implan Nexplanon ini dibuang.
Biasanya ia akan mengambil masa hanya dalam tempoh 1 bulan sahaja untuk kembali hamil.
Tempoh penggunaan Nexplanon sama ada sekejap atau lama tidak mempengaruhi kecepatan anda untuk kembali hamil.
5. Depo Provera: Kaedah kawalan kesuburan wanita melalui suntikan
Depo Provera adalah sejenis suntikan yang membantu wanita mencegah kehamilan daripada berlaku dalam tempoh 12 minggu atau 3 bulan.
Bagi mereka yang menggunakan kaedah perancang kehamilan ini, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk kembali hamil berbanding kaedah-kaedah perancang yang lain.
Pengeluar Depo Provera mencadangkan agar anda menghentikan pengambilan suntikan ini dalam tempoh 1 tahun sebelum anda ingin kembali hamil.
Ini kerana, walaupun suntikan ini tidak lagi membantu mencegah kehamilan dalam masa 3 bulan selepas penggunaan, hormon daripada suntikan ini masih lagi berada dalam tubuh anda kerana ia disuntik pada otot anda.
Oleh sebab itu, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk hamil walaupun telah lama menghentikan suntikan Depo Provera ini.
Kembalinya kesuburan wanita tidak menyebabkan anda terus hamil
Walaupun kesuburan wanita akan kembali semula setelah berhenti menggunakan kaedah perancang seperti di atas, ia tidak bermakna bahawa anda akan terus hamil.
Ada yang mungkin akan hamil dalam tempoh 1 bulan, malah ada juga yang perlu menunggu sehingga 1 tahun untuk kembali hamil.
Ini kerana, bukan hanya kaedah perancang yang mempengaruhi tempoh kesuburan tersebut, tetapi ia juga melibatkan faktor-faktor lain seperti umur, kesihatan dan gaya hidup anda.
Ibu hamil ada diabetes berisiko menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Jadi jangan pandang remeh kalau anda disahkan oleh doktor menghidap diabetes atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM).
Itu antara sebab mengapa pemeriksaan antenatal mewajibkan ibu hamil minum air gula yang bertujuan untuk memantau reaksi tubuh badan terhadap tahap gula yang ditentukan.
Sekiranya bacaan paras gula dalam darah ibu hamil meningkat selepas minum air gula maka pemantauan dan rawatan bersesuaian akan dilakukan bagi memastikan kehamilan selamat dan paras gula ibu tidak memudaratkan bayi dan diri sendiri.
Ada sesetengah ibu hamil mungkin kurang percaya yang diabetes boleh menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan jika tidak mengendahkan nasihat doktor. Jika ada yang masih ragu-ragu, boleh baca perkongsian Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Ginekologi berkenaan pengalaman merawat pesakitnya, seorang ibu hamil yang mempunyai GDM.
Menampilkan barisan panel-panel berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan seperti Ibu Rose, Puan Maryam Jamadi, Prof Dr Nik Salida, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy pada 20 Mac 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi – 6.30 petang secara virtual.
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan. Menerusi instagramnya semalam, Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya.
Menerusi entri itu juga, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memperlihatkan baby bump yang jelas. Tasha kelihatan cukup cantik dan berseri-seri.
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.
” Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.
Kata Tasha lagi, sokongan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya cukup membuatkan dia gembira.
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin,” kongsinya.
Dalam pada itu, perkongsian Tasha itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya malah rakan-rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.