Mungkin ramai yang bertanggapan asid folik membantu kesuburan dan menyebabkan wanita jadi mudah hamil. Ternyata ia salah. Ikuti penerangan pegawai fasrmasi ini.
Menurut Pegawai Farmasi, Siti Hawa Mohd Nor menerusi posting Instagramnya, asid salah tanggapan kepada asid folik yang dikatakan menambahkan kesuburan dan menyebabkan wanita hamil.
Asid folik ialah berperanan untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Ia dipanggil Neural Tube Defects seperti kecacatan pada tulang belakang serta pembentukan tengkorak yang tidak sempurna.
BILA PERLU DIAMBIL?
Pasangan yang merancang untuk hamil, 3 bulan sebelumnya sudah boleh mengambil asid folik. Menurut Siti Hawa, sebelum hamil dan pada trimester pertama ibu wajib mengambil asid folik untuk mengelakkan kecacatan pada janin.
DOS ASID FOLIK
Dos normal asid folik ialah 0.4mg hingga 5mg.
Dos 5mg diberikan kepada pesakit kencing manis dan wanita yang pernah melahirkan bayi yang cacat.
PERLUKAH ASID FOLIK? TAK CUKUP KE DARI SUMBER MAKANAN?
Asid folik memang tidak cukup bagi ibu mengandung. Ini kerana asid folik senang hancur dan musnah ketika proses makanan tersebut dimasak.
Jadi, bagi wanita hamil suplemen asid folik adalah wajib diambil bagi mengelakkan kecatatan pada janin.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hunny Madu yang kini rupanya sedang hamil lima bulan.
Menerusi Instagramnya, Hunny Madu berkongsi khabar gembira itu malah memaklumkan yang dia mengalami alahan yang agak teruk ketika berada usia kandungan dua dan tiga bulan.
” Masanya untuk berkongsi rahsia. Saya sedang hamil 21 minggu!
” Bulan kedua dan ketiga merupakan tempoh paling panjang dalam hidup saya kerana hanya nampak bilik air dan katil sahaja.
” Mujurlah trimester pertama dah berlalu dan saya juga dah dapat vaksin pertama ketika kandungan berusia 14 minggu. Sekarang sudah lengkap dua dos,” kongsinya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim ini juga menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk berkongsi khabar gembira itu kepada umum.
” Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan saya tak sabar nak tengok suami saya pakaikan lampin dan bancuh susu anak lagi beberapa bulan.
” Cuma buat masa sekarang saya sedang melalui fasa gembira dengan kandungan saya. Begitu juga dengan menikmati makanan.
” Saya juga dah memperlahankan aktiviti bersenam dan hanya berjalan sahaja untuk mengeluarkan peluh. Kalau dah nampak video senaman saya makin kurang, rasanya dah tahu kenapa,” kongsinya lagi.
Pasti kedua anak Hunny Madu tak sabar untuk menimang adik baru dalam keluarga mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hunnymadu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan memainkan peranan yang penting untuk perkembangan janin dalam kandungan. Disebabkan itulah ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan segar sepanjang mengandung.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, elakkan sama sekali mengambil makanan segera dan makanan proses lain. Ini panduan pemakanan untuk ibu hamil.
Sedih bila tengok ibu mengandung makan Maggi di klinik. Apa ibu makan dan minum, ia sangat mempengaruhi anak dalam dalam kandungan. Bukan semata-mata genetik.
Usaha jaga imun anak, bukan bermula bila anak umur 6 bulan, tetapi sejak ibu mengandung lagi. Saya terpaksa tulis.
Eczema dan asthma, antara penyakit yang sangat menaik peratusannya di zaman moden berbanding zaman dahulu.
Sebagaimana modennya pemakanan kita zaman sekarang, begitu juga ia seiring dengan kemerosotan imuniti anak-anak kita semua.
Imuniti anak yang lahir, dipengaruhi sejak dari dalam kandungan ibu, dan seterusnya di usia pertama kelahiran anak. Usus ibu yang sihat, penting untuk imun anak yang kuat.
Kajian dibuat kepada 2000 orang ibu mengandung yang amalkan pengambilan prebiotik dan probiotik di akhir kehamilan, dapat mengurangkan risiko eczema pada anak yang dilahirkan. Menarik kan.
Saya share 7 tips diet ibu mengandung untuk kurangkan risiko alahan pada bayi. Korang boleh cuba.
1. Kembali pada hidangan fitrah/asal/tradisional/segar. Atau bahasa mudah real food.
2. Elakkan makanan minuman yang diproses. Apa sahaja dalam pek/plastik/kotak/tin, yang tarikh luput sehingga 2 atau 3 tahun, elakkan.
3. Elakkan aditif berlebihan. Pek makanan yang ada lebih dari 5 bahan ramuan dan tidak difahami, kita cancel.
4. Elakkan gula tambahan. Ini musuh dalam selimut untuk usus kita semua.
5. Ganti susu moden tinggi proses UHT, low fat dan sebagainya, kepada susu segar kambing, ini paling baik.
6. Ganti tepung gandum moden GMO tinggi sisa racun kepada tepung lebih baik, organik, gluten free, sourdough, tepung spelt (kurang kandungan gluten).
7. Seimbangkan pengambilan makanan lauk pauk, sayur dan buah-buahan. Semua tips ini, sebagai baja buat bakteria di tanah (usus ibu mengandung), untuk hasilkan tanaman (bayi) yang sihat, insyaAllah.
Ini dipanggil Maternal-Fetal Gut Microbiota Axis. Kaitan antara sihatnya pembiakan bakteria di usus ibu mengandung dengan imuniti anak yang bakal dilahirkan.
Makanan minuman yang ibu ambil, mungkin bukan punca utama alahan anak, tetapi sedikit sebanyak, ia juga menyumbang. Kita usaha sama-sama ya.
Pesanan ini untuk semua, termasuk diri saya sendiri, yang juga sebagai seorang ibu.
Untuk ibu yang masih struggle jaga makan minum anak eczema dan asthma, korang tak keseorangan tau. Teruskan usaha cari jalan penyembuhan buat anak. Allah nilai setiap letih dan penat korang.
Ibu mengandung selalu kaki kejang, ini cara nak redakan kesakitan. Kejang kaki masa hamil memang satu pengalaman yang cukup menyakitkan, terutama bila otot betis tiba-tiba kejang sampai susah nak gerak. Lagi-lagi bila perut dah makin besar, memang terasa sukar sangat nak luruskan kaki untuk hilangkan rasa sengal itu.
Dalam kalangan ibu hamil, masalah kekejangan otot betis ni biasa terjadi dan orang Melayu panggil sebagai tarik mengkarung atau simpul biawak. Bila kejang datang, mesti rasa nak tahu kenapa ia berlaku dan macam mana nak elak supaya tak kerap sangat kena.
Menurut Dr Nurhazinat Yunus, pakar sakit puan dari Tropicana Medical Centre, otot kaki ibu hamil perlu menampung berat badan yang makin bertambah. Tambahan pula, rahim yang membesar akan menekan saluran darah vena utama di kaki, menyebabkan peredaran darah dari kaki ke atas kurang lancar. Kesannya, bersama hormon progesteron yang tinggi semasa hamil, kekuatan dan ketahanan otot kaki jadi kurang optimum.
Kejang otot betis ni boleh berlaku sebab beberapa faktor, terutama berkaitan gaya hidup dan pemakanan ibu hamil. Jadi, penting untuk mama ambil tahu punca-punca ini supaya boleh buat langkah pencegahan.
Otot betis terlalu penat atau letih.
Tekanan pada urat saraf di bahagian kaki.
Peredaran darah yang kurang lancar.
Ketidakseimbangan mineral dalam badan seperti kekurangan kalsium, magnesium atau kelebihan fosforus. Tapi data tentang kekurangan mineral ni masih belum cukup kukuh.
Ramai ibu hamil perasan kejang betis ni sering menyerang waktu malam. Dr Nurhazinat jelaskan ia berlaku sebab suhu sekitar lebih sejuk, badan kurang aktif semasa tidur dan tiba-tiba buat pergerakan mengejut macam mengeliat lepas berehat lama. Sebab tu lah kejang selalunya datang masa kita tengah rehat atau tidur.
Kalau kejang berlaku, cara terbaik ialah regangkan otot betis. Luruskan kaki, kemudian bengkokkan buku lali dan jari kaki ke arah badan dengan lutut masih lurus. Kalau bersendirian, cuba bongkok sikit, capai ibu jari atau jari kaki, tarik perlahan ke arah diri. Kalau ada pasangan, boleh minta dia tolak perlahan jari kaki ke arah kita. Memang akan rasa sakit dulu, tapi lama-lama rasa sengal tu akan reda.
Selain tu, urut lembut bahagian betis dan bangun berjalan perlahan-lahan beberapa minit juga boleh bantu hilangkan kejang.
Walaupun punca sebenar kejang kaki belum tentu jelas, ada beberapa langkah mudah yang boleh mama buat untuk kurangkan risiko berulang.
Regangan otot betis sebelum tidur Berdiri dengan jarak tangan dari dinding, letak tapak tangan pada dinding. Kaki kanan langkah ke belakang, kaki kiri ke depan. Bengkokkan kaki kiri, pastikan kaki kanan lurus dan tapak tak terangkat. Tahan posisi tu selama 30 saat, pastikan belakang lurus dan paha ke depan. Tukar kaki dan ulang 5-10 minit setiap malam.
Sentiasa aktif Buat senaman ringan atau aktiviti harian yang boleh membantu lancarkan peredaran darah. Elakkan berdiri lama atau duduk bersilang kaki.
Ambil vitamin dan mineral yang cukup Supplement vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium boleh membantu. Makanan kaya magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah kering sangat digalakkan. Pisang pula sumber potassium terbaik untuk kurangkan kekejangan. Minum susu atau ambil pil kalsium jika perlu.
Minum air secukupnya Pastikan badan sentiasa terhidrat. Warna air kencing boleh jadi indikator — kalau pekat kuning, itu tanda kurang minum air.
Pakai kasut atau sandal yang selesa dan sesuai dengan perubahan berat badan serta postur badan. Elakkan kasut bertumit tinggi sebab ia boleh menyumbang kepada kekejangan otot betis.
Dengan amalkan cara-cara ni, insyaAllah kejang kaki masa hamil boleh dikurangkan atau dielakkan daripada berlaku selalu. Jaga diri, dan jangan lupa buat regangan setiap hari!