Lazimnya ibu kali pertama tidak tahu mengenai tanda-tanda kelahiran, apatah lagi kelahiran pramatang ini yang berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tentu ibu tidak bersedia. Perhatikan tanda kelahiran pramatang agar tindakan sewajarnya boleh diambil dalam masa yang singkat.

Menurut Dr Mohd Daud Yahaya, Doktor Kanan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka. Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang ini boleh memberikan risiko tinggi kepada bayi.

Doktor Ini Beritahu 16 Keadaan Ibu Yang Berdepan Risiko Bersalin Pramatang.  Tolong Peka 3 Tanda-Tandanya

TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG  
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 37
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu

Setiap ibu hamil perlu tahu tentang tanda-tanda kelahiran pramatang sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

IKLAN

TANDA-TANDA BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.

  • Berlakunya pendarahan atau turun darah
  • Rasa kekejangan pada bahagian perut atau cramp
  • Berlaku kontraksi secara tetap.

Doktor Ini Beritahu 16 Keadaan Ibu Yang Berdepan Risiko Bersalin Pramatang.  Tolong Peka 3 Tanda-TandanyaRAWATAN AKAN DIBERIKAN BERDASARKAN PENYEBAB KELAHIRAN PRAMATANG
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke wad dan doktor akan melakukan pemeriksaan dan menilai keadaan pesakit dan janin.

Doktor akan cuba merawat penyebab dan tanda kelahiran pramatang tersebut sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan bayi. Seboleh-bolehnya doktor akan cuba menangguhkan kelahiran dengan menjalankan non active procedure.

IKLAN

Doktor Ini Beritahu 16 Keadaan Ibu Yang Berdepan Risiko Bersalin Pramatang.  Tolong Peka 3 Tanda-Tandanya

Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal. Hanya segelintir yang memerlukan pembedahan caesarean.

IKLAN

SIAPA IBU BERISIKO BERSALIN PRAMATANG?

  1. Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
  2. Kelahiran kembar.
  3. Jarak kurang dari enam bulan dengan kehamilan sebelum ini.
  4. Kehamilan hasil daripada teknik in vitro fertilization (IVF).
  5. Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta previa.
  6. Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
  7. Ibu yang mengalami kekurangan nutrien semasa hamil.
  8. Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
  9. Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
  10. Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
  11. Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
  12. Tekanan perasaan atau stres.
  13. Sejarah keguguran sebelum ini.
  14. Mengalami kecederaan atau trauma.
  15. Air ketuban yang banyak.
  16. Ibu yang mempunyai masalah fibroid.

Doktor Ini Beritahu 16 Keadaan Ibu Yang Berdepan Risiko Bersalin Pramatang.  Tolong Peka 3 Tanda-Tandanya

NASIHAT DOKTOR KEPADA IBU
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan.

Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.

Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI