Anak kerap demam, batuk dan selsema terutama ketika cuaca tidak menentu. Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi 10 tip penjagaan anak yang sedang sakit di laman facebook miliknya. Ikuti perkongsian beliau.
10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELESEMA
Saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan;
1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.
2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.
3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah enam bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.
4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.
Ads
5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir jangkiti orang lain.
6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.
7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.
8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.
9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.
10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu. Hehe.
Ads
Semoga bermanfaat! Saya doakan semua yang sakit akan dikurniakan semula kesembuhan secepat ya!
Setiap ibu dan ayah mahukan anak-anak membesar dengan sihat seperti anak-anak sebaya mereka. Tapi takdir dari Yang Maha Esa tiada siapa yang dapat menidakkannya. Begitulah yang berlaku kepada seorang ibu Zarazelah Othman yang mana anak sulungnya Nur Aliesya Qaisara, 9 baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit opticneurhytis dan meningitis (saraf mata membengkak dan jangkitan kuman di otak).
Tatkala anak-anak lain seusia Alieya aktif dan ceria, pelajar tahun 3 dari Sekolah Rendah Stella Maris, Perlis ini sejak usianya tujuh tahun sering kali dilanda demam panas. Menurut ibunya Puan Zara memang anaknya itu sering dimasukkan ke hospital apabila seringkali mengalami demam panas.
Namun dia dan suami sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya itu menghidap penyakit tersebut kerana fikir mereka ia adalah demam biasa. Sehinggalah baru-baru ini dimana Alieya tiba-tiba sahaja demam panas dengan suhu yang tinggi sehingga 42 darjah celsius.
Berikut perkongsian yang dibuat oleh Puan Zara:
Bermula dengan demam panas lebih pada 2 mngu kemudian sakit dalam kepala dan mata silau tak boleh nampak cahaya. Sakit kepala tu sampai tak tau nk gambar kan cmana…
2 kali saya bawa ke klinik kesihatan dan 3 kali saya bawa ke emergency tp masih sama juga keadaan. Kali ke 6 saya bawa ke emergency aliesya di tahan sebab suhu melebihi 43’c… Dia dimasukkan ke wad.
Kemudian jumpa pakar mata menurut doktor mata saraf sebelah kiri mata aliesya membengkak.
Ujian CT scan dibuat tp negative, kemudian MRI juga negative.
Keputusan darah yg di ambik positif ada kuman yang byk tapi tak pasti kuman jenis apa.
Pada masa yg sama doktor telah mula on antibiotics Rocephine utk cover Meningitis.
Rabu ke dua jumpa pakar mata, keadaan saraf mata masih sama masih membengkak di sebelah kiri.
Rabu ketiga jumpa pakar mata keadaan masih sama masih membengkak. Ujian untuk penyakit tibi pun aliesya buat tapi result dia negative.
Kemudian ambik keputusan utk buat lumbar puncture (air tulang belakang) dan keputusan nya dalam tu ada nanah.
Bermaksud saraf mata yang membengkak tu sudah bernanah sebab tu Aliesya demam panas berpanjangan dan suhu yg sgt tinggi.
Doktor kanak2 di perlis refer kes Aliesya ke pakar saraf otak dan pakar mata di hospital pulau pinang utk rawatan lanjut. Menurut doktor aliesya perlu kan ubat steroid.
Hasil dari ujian darah aliesya didapati ada sejenis penyakit yg di panggil auto immune… Di mana immune dlm badan aliesya tak dapat protect badan dia dari diserang penyakit tapi sebaliknya. Sistem immune dalam badan aliesya menyerang badan sendiri. Utk kali ni dia serang bahagian mata dan sel otak.
Sebab tu perlu on ubat steroid untuk jgka masa yg lama. Jgka masa lbh krg 3-6 bulan. Pada masa yg sama antibiotics masih di teruskan sampai ke harini. Harini hari yg ke 17.
Keadaan aliesya nmpk normal. Tapi dia selalu sangat dalam kepala. Menurut doktor masih ada kuman dlm kawasan blkg mata dan otak dia. Sekarang pakar2 masih berusaha mencari jenis kuman yang attack aliesya. Harini ujian lain pula yg akan dibuat pd aliesya di hospital penang. Insyaallah nanti ada kesempatan saya akan update ya…
Tinggal di Perlis namun mendapatkan rawatan di hospital Pulau Pinang kerana tiada pakar Saraf Otak di sana memerlukan keluarga ini sentiasa berulang alik dari rumah mereka. Pasangan ini yang merupakan peniaga makanan kini tidak dapat meneruskan
Assalamualaikum semua sahabat muka buku.
Mohon untuk sahabat share post saya kali ni.
Saya terpaksa tebal kan muka demi bantuan untuk anak saya.
Saya Zarazelah Othman ibu kepada Nur Aliesya Qaisara dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas dari kawan2 untuk membiayai perubatan anak saya sepanjang di hospital.
Doktor sahkan anak saya menghidap penyakit opticneurhytis dan meningitis (saraf mata membengkak dan jangkitan kuman di otak).
Aliesya Qaisara darjah 3 bersekolah di Sekolah Rendah Stella Maris. Sudah lebih kurang sebulan tak hadir ke sekolah kerana menghidap penyakit ini dan dimasukkan ke wad kanak2. Harini anak saya perlu dihantar ke Hospital Penang utk jumpa pakar saraf mata dan otak di sana dan memerlukan rawatan lanjut di sana.
Pada masa yg sama suami saya pula perlu menjaga 3orang anak yg masih kecil di rumah (7thn, 4thn & 3thn) dan ibu dia yang menghidap minor stroke, darah tinggi dan kencing manis.
Suami sy bekas tentera dan saya pula bekas jururawat swasta.
Sebelum ni kami berniaga dan menghantar makanan di sekitar perlis. (ZAMZARA NASI MINYAK DAGING BAKAR). Tapi bila anak mula sakit kami tak dapat berniaga kerana perlu sepenuhnya menjaga anak di hospital manakala suami menjaga anak dan ibu dia di rumah.
Saya merayu untuk kutipan sumbangan sahabat2 yang ikhlas untuk derma kepada kos rawatan anak saya.
Saya minta maaf sekiranya post saya ini menggangu semua dan sekiranya ada yg sudi bantu boleh HUBUNGI saya
Zara (0199522503)
Zam (0105444238-wasap)
0105303039 – call
Saya serta kan no akaun saya di sini.
Zarazelah Othman
-Cimb
7016525578
-Maybank
159012769109
-Bank Islam
09010020963679
Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik dr sahabat semua…
Sungguh berat ujian yang melanda keluarga ini. Jika ada yang sudi membantu untuk meringankan beban, bolehlah membuat sumbangan ikhlas menerusi no akaun yang disertakan. Semoga Alieya diberikan kesembuhan dan segala urusan keluarga ini dipermudahkan. Amin!
Tanggal 18 Oktober lalu, penyanyi Fara Hezel yang juga kakak kepada Aiman Tino telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya. Kelahiran cahaya mata sulung yang sememangnya dinantikan keluarga ini.
Menerusi satu entri di instagram miliknya semalam, Fara Hazel telah pun mendedahkan nama buat putera sulungnya.
Farah dan suami sepakat memilih nama cukup indah buat anak sulung mereka, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin. Nama dengan makna yang cukup indah dan sempurna.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera sulung kami. Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” tulisnya.
Bukan hanya berkongsi nama, bahkan Fara juga turut berkongsi gambar si comel Tengku Muhammad Aisy selepas 10 hari kelahirannya. Semoga teruslah menjadi pelengkap bahagia buat ibu dan ayah.
“Handsomenya Baby Muhammad”
Dalam pada itu, para pengikut Fara di instagram turut memuji nama indah itu. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
“Tahniah.. Comelnya baby & nama lawa”
“Hensemnya baby Muhammad. Assalamualaikum baby”
“Tahniah farahhh!!!! Comelnya baby & nama diaaaaa fuhhhhhh! Sedap gila. Semoga jadi anak yang baik ya baby”
Terdahulu, Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Pelakon, Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia mustafa selamat melahirkan bayi kembar perempuan seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram di pusat perubatan Damansara.
Zed memberitahu isterinya melahirkan anak kembar secara pembedahan petang selasa lepas.
“Sejak isteri hamil anak pertama lagi kami pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar. Tapi tak sangka kelahiran kedua ini betul-betul dapat anak kembar”
“Apatah lagi tiada keturunan kami pun yang pernah dapat bayi kembar. Tapi saya bersyukur isteri dan anak selamat” Katanya kepada mStar
Sebelum ini dia nyaris kehilangan salah seorang bayi kembarnya apabila isteri mengalami pendarahan ketika hamil.
“Pada awalnya kami ke klinik untuk scan, doktor tak bagitahu ianya kembar”
“Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami pendarahan dan doktor maklumkan mungkin salah seorang daripada anak kami tidak dapat bertahan, ketika itu barulah kami tahu ianya kembar”
“Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan dua puteri ini hadiah paling istimewa buat kami”
Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.