Anak kita puasa dari Subuh 6 pagi hingga Maghrib 7 malam. Tidur dari jam 9 malam sampai 5 pagi. Ada 3 – 4 jam je sehari untuk anak kita makan bila berpuasa. Jadi, penting kita pilih makanan yang baik-baik je untuk masuk ke tubuh anak.
Makanan ni, bukan je untuk beri tenaga pada anak. Tapi untuk anak sihat dan boleh belajar puasa penuh, boleh jugak beri kesan pada hati untuk anak belajar ibadah.
Jom kita tengok apa 5 makan minum anak kita kena jaga masa Ramadhan:
1. Hidrasi badan kena cukup
– Pastikan anak kita banyak ambil air putih untuk kekal hidrasi.
– Hidrasi yang cukup, penting untuk sistem badan anak bekerja dengan baik.
2. Elakkan terus junk food, makanan tinggi proses
– Makanan tanpa zat, sangat tak sesuai untuk anak.
– Makanan tinggi proses, tinggi kandungan garam, akan buat anak cepat dahaga bila berpuasa.
3. Karbohidrat kompleks, protein dan lemak baik
– Ini semua sumber tenaga berpanjangan buat anak.
– Contoh; nasi, keledek, ayam, telur, minyak sapi, minyak kelapa.
4. Elakkan makan minum tinggi gula
– Cereal tinggi proses tak sesuai untuk sahur, air coklat 3 in 1 pasaran pun tak sesuai jadi air tenaga.
– Hadkan air manis kita buat sendiri waktu berbuka.
Ads
5. Probiotik dan fiber kena cukup
– Risiko sembelit sangat tinggi kalau air tak cukup, makanan probiotik dan fiber tak ambil.
– Contoh probiotik; yogurt, madu, teh kombucha
– Contoh fiber; semua sayur dan buah tak boleh lupa hidang waktu berbuka tau.
Kita cuba sama-sama ya korang. Moga tabiat pemakanan macam ni, kita dapat buat sebulan Ramadhan, dan kemudian kita teruskan lagi untuk 11 bulan yang lain.
Moga dilapangkan rezeki kita semua, untuk sediakan makanan yang baik-baik buat tubuh dan hati anak-anak.
Kisah yang meruntun hati baru-baru ini mengenai seorang bayi berusia tiga bulan yang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di bawah lengan ayahnya yang terkena serangan jantung, benar-benar membuka mata kita semua sebagai ibu bapa.
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah menjadi satu peringatan besar buat kita untuk lebih peka dengan aspek keselamatan bayi, khususnya ketika tidur bersama anak kecil.
‘Simple Tapi Selamat’: 7 Tip Penting Elak Tragedi Seumpama Ini
Mungkin ramai antara kita yang memilih untuk tidur bersama bayi kerana ingin lebih mudah menyusukan, atau sekadar ingin merasa dekat dengan anak. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu tahu bahawa tidur bersama bayi (co-sleeping) boleh mengundang risiko, terutama jika tidak dilakukan dengan cara yang selamat.
Ibu ayah, berikut beberapa tip mudah tetapi sangat penting untuk diamalkan agar si kecil sentiasa dalam keadaan selamat, terutamanya ketika tidur bersama:
1. Elakkan Tidur Terlalu Letih Dengan Bayi
Jika anda terlalu letih atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk, elakkan tidur bersama bayi. Risiko untuk tidak sedar pergerakan bayi sangat tinggi dan boleh menyebabkan insiden seperti ini.
2. Pastikan Bayi Tidak Tidur Di Tengah-Tengah Ibu Ayah
Tidurkan bayi di sebelah ibu, bukan di tengah-tengah. Jika boleh, sediakan ruang khas seperti baby cot yang diletakkan bersebelahan katil ibu. Ini memudahkan penyusuan tanpa risiko bayi tersepit.
3. Jauhkan Bantal, Selimut Tebal & Bantal Peluk
Pastikan kawasan tidur bayi bebas daripada sebarang objek lembut yang boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. Bantal tebal dan selimut yang besar juga boleh menyumbat saluran pernafasan bayi tanpa disedari.
4. Letakkan Bayi Dalam Posisi Tidur Terlentang
Posisi ini disarankan oleh pakar pediatrik seluruh dunia kerana ia membantu bayi bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
5. Gunakan Tilam Keras & Permukaan Rata
Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan bayi ‘tenggelam’ dan sukar bergerak. Gunakan tilam yang padat dan rata untuk keselamatan maksimum.
6. Pakaikan Bayi Dengan Pakaian Yang Selesa
Tak perlu pakaikan bayi dengan selimut tebal atau pakaian berlapis-lapis. Cukup sekadar pakaian tidur yang selesa dan sesuai dengan suhu bilik.
7. Amalkan ‘Safe Sleep Environment’ Sejak Awal
Pendidikan tentang persekitaran tidur yang selamat perlu bermula dari awal kelahiran. Jadikan ia sebagai budaya dalam penjagaan bayi agar semua ahli keluarga tahu tentang keselamatan bayi.
Sayangi, Peluk & Lindungi Nyawa Si Kecil
Ibu ayah, tiada siapa mahu perkara buruk terjadi kepada anak sendiri. Namun, malang tidak berbau. Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berusaha untuk belajar, memperbaiki cara dan sentiasa utamakan keselamatan si kecil dalam setiap keadaan.
Nyawa anak itu anugerah yang tak ternilai. Jadikan kisah sedih ini sebagai satu peringatan dan pengajaran bersama. Kerana kadangkala, tip yang nampak simple, itulah sebenarnya yang boleh menyelamatkan nyawa anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada waktunya ketika hendak cepat, telur yang mudah dikupas pun boleh jadi lambat. Nak tahu macam kupas telur dengan pantas?
Perkongsian pengguna Tik Tok oleh @senz.malaysia ini anda boleh cuba.
Macam mana senang asingkan atau kupaskan telur? Dua pilihan cara asingkan telur kuning dan kupas telur rebus ini anda kena cuba. Memang senang dan pantas!
Tip 1
Ambil satu cawan dan tutup menutupi telur.
Goncangkan beberapa saat.
Hasilnya, kulit sudah pun terkeluar dan senang hendak di kupas. Senang!
Asingkan telur kuning dan putih
Tip 2 Susah nak asingkan telur kuning dan putih? Tak perlu risau, tip paling mudah ini dapat membantu anda.
Di Malaysia ramai yang suka kenderaan yang mempunyai “sunroof”. Kalau beli kereta, ramai cari yang mempunyai sunroof dan jika tiada sunroof, mereka retrofit sunroof. Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan.
TEGAH ANAK BERDIRI KELUAR SUNROOF
Tiada masalah dengan memiliki kenderaan sunroof, kecuali apabila membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan melalui sunroof. Lumrahlah anak-anak nak buat begitu, namun tegah perbuatan yang berbahaya ini.
Sepanjang saya bertugas sebagai doktor ada beberapa kes yang saya pernah lihat di hospital/klinik, yang berpunca daripada salah guna sunroof ini.
◼️KES 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana sewaktu kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.
Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan sunroof menyebabkan tulang leher patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Sehelai beg plastik sahaja tahu. Bayangkan jika benda lain yang lebih berat.
◼️KES 2
Seorang budak perempuan 8 tahun, pecah hati dan kura(sleen) apabila bapanya melakukan brek kecemasan untuk mengelak lori yang menukar lorong dengan melulu. Inertia menyebabkan budak yang sedang berdiri separa di luar bumbung tertolak ke hadapan.
Abdomennya terhentak di sisi hadapan bukaan sunroof dengan kuat sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah. Pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya terpaksa dibuat untuk berhentikan pendarahan.
◼️KES 3
Seorang kanak-kanak 4 tahun, bengkak batang hidung dan kening kerana mukanya tersangkut di pemanis di bumbung garaj ketika ayahnya parkir kereta. Kereta perlahan sahaja, tapi kecederaan itu agak serius.
Walaupun di kawasan kampung atau rumah sekalipun, jangan benarkan mereka keluar dari sunroof, kerana malang tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku dalam keadaan yang kita tak jangka.
BAHAYA TAK?
Latih anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan. Pastikan mereka duduk di tempat duduk atau child car seat, dan memakai tali pinggang keledar.
Terangkan pada mereka mengapa perlu duduk dengan betul dalam kenderaan.
Oh ya! Sebelum memulakan perjalanan, bacalah doa menaiki kenderaan. Apabila sudah sampai ke destinasi, jangan lupa periksa semua tempat duduk, bimbang tertinggal anak di dalam kereta. (sudah banyak kes terlupa, kan?)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.