Emosi ibu memainkan peranan yang sangat mustahak dalam perkembangan bayi. Tidak dinafikan tekanan perasaan dan stres sangat mempengaruhi.
Bekas isteri ustaz selebriti PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat daripada tekanan yang dialaminya sepanjang kes perceraiannya berlangsung.
TERKEJUT DOKTOR KATA BAYI DALAM KANDUNGAN KURANG AKTIF
Ain berkata, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu dan terkejut apabila laporan doktor mengatakan bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif.
“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif,” katanya yang sedan hamil 8 bulan.
Ads
DINASIHATKAN SUPAYA BANYAK BEREHAT
Menurut Ain ‘Afini, doktor juga turut menyarankan dirinya untuk mengawal emosi dan mendapatkan rehat cukup demi kebaikan bayi dalam kandungan.
“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain ketika dihubungi MHE TV.
Ads
Foto: Kosmo
YAKIN ADA HIKMAH YANG MENANTI
Melalui proses yang sukar sepanjang kontroversi antara dia dan suami berlaku, jelas Ain dia merasakan ada hikmah baik yang akan datang kepadanya tidak lama lagi.
MENOLAK HASRAT BEKAS SUAMI UNTUK KEMBALI
Ads
“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.
“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” jelas Ain.
PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, sebelum ini tular apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik.
Dulu ummi dapat merasai aktifnya adik dalam kandungan. Kini tiada lagi tendanganmu, kesayangan ummi sudah kembali kepada Maha Pencipta…
Kehamilan langsung tiada masalah. Muntah dan pening jauh sekali. Kehamilan Nurul Shuhada Amran berjalan dengan lancar sehinggalah usia kandungan lima bulan apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungan mengalami Potter Syndrome.
Bagi Potter Syndrome, masalah utamanya ialah kegagalan buah pinggang. Ginjal gagal untuk berkembang dengan betul semasa bayi membesar dalam rahim. Ginjal biasanya menghasilkan cecair amnion (sebagai air kencing).
Potter phenotype merujuk kepada penampilan muka lazim yang berlaku pada bayi baru lahir apabila tiada cecair amnion. Kekurangan cecair amnion dipanggil oligohydramnios. Tanpa cecair amnion, bayi tidak dilindungi dari dinding uterus. Tekanan dinding uterus membawa kepada penampilan muka yang luar biasa, termasuklah mata yang terpisah luas.
Potter phenotype juga boleh menjurus kepada anggota badan abnormal, atau anggota badan berada pada kedudukan abnormal.
Oligohydramnios juga menghentikan perkembangan paru-paru, jadi paru-paru tidak boleh bekerja dengan betul semasa lahir.
Pada tahun 1946, Dr. Edith Potter menyifatkan kegagalan renal pranatal/ agenesis renal ini dan mengakibatkan ciri-ciri fizikal janin adalah disebabkan oleh oligohydramnios iaitu kekurangan cecair amnion, serta ketidakhadiran langsung cecair amnion (anhydramnios). Oligohydramnios dan anhydramnios juga boleh disebabkan oleh hasil kebocoran cecair amnion daripada pemecahan membran amnion.
Gejala-gejala Potter Syndrome termasuklah:
Tiada sesiapa mengetahui alasan di sebalik berlakunya kes-kes Potter Syndrome. Namun, para penyelidik masih lagi mengkaji masalah kecacatan kelahiran ini.
Bagi Puan Nurul Shuhada Amran Muhammad Ridhwan yang dilahirkan pada 30 Julai tahun lepas memberikan kesan kepada perasaan dia dan suami.
Dilahirkan seberat 860gram ketika kandungan berusia 30 minggu 5 hari, ibu ini berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk proses indius yang melibatkan 5 kali ubat-ubatan diberikan. Catatan ibu ini menyebabkan sesiapa sahaja sebak membacannya.
Tarikh ini ummi & abah menikah.
Bahagia sangat masa ni setelah setahun bercinta & 10 bulan bertunang..
Last period sebelum adik menghuni rahim ummi…
Masuk bulan Januari ummi lewat period 5 hari tapi langsung tak sangka adik ada dlm rahim ummi.
Ummi ke klinik sebab tak sihat. Bagi tahu doktor ummi dah lewat period. Doktor suruh buat pemeriksaan air kencing. Alhamdulillah positif. Sepanjang mengandungkan adik.. ummi tak pernah ada masalah apa-apa. Alahan ummi langsung tak rasa…
Ummi pergi klinik untuk buat ujian imbasan dan masa ini laa ummi tahu adik tak sihat.
Terus kena refer pakar O&G hospital. Ummi follow up pakar tiap-tiap bulan. Perkembangan adik memang baik. Makin lama adik makin besar walaupun doktor cakap adik tak ada harapan. Doktor tak boleh nak terminate adik sebab adik makin besar. Masa scan adik punya aktif. Adik tunjuk kt doc adik kuat. Anak ummi hebat kan.
Adik kurang gerak. Umi pergi klinik. Klinik hantar pergi ke hospital.
Sampai sahaja di hospital adik gerak bukan main pulak. Aktif sangat. Keesokan harinya ummi kena scan lagi dgn doktor pakar dan pakar sahkan adik dah tak mampu survive. Doktor berbincang dan ambil keputusan untuk nak terminate adik.
Ummi & abah redha walau terpaksa kehilangan ank sulung kami. Ummi yakin adik akan bahagia di syurga sana.
Keesokan harinya ummi telah di induce dengan ubat untuk proses kelahiran adik (terminate).
5 biji ubat dimasukkan selama 3 hari tapi adik masik seronok kat dalam. Ummi langsung tak rasa sakit. Doktor bagi ummi balik rehat kat umah 3 hari. Dalam tempoh rehat itu lah adik nak keluar dengan sendiri. Alhammdulillah ummi bersalinkan adik dengan mudah…
Akhirnya masa untuk bersalin tiba. Allah mentakdirkan anak kecil ini untuk keluar dengan tenang tanpa paksaan.
Tengah malam ummi bangun buang air, tiba-tiba rasa sakit 3 minit sekali.
Ummi terus dikejarkan ke PAC pada jam 2.30 pagi, sampai sana jam 3 pagi.
Bila diperiksa, terus bukaan 4cm. Masani adik ada lagi. Lepas tu mmi dah sakit sangat dah tak tahan. Doktor scan dah tak ada lagi kelip-kelip jantung adik..
Tapi Alhamdulillah Ummi boleh kuat. Jam 4.00 lebih ummi masuk ke labour room, jam 5.09 pagi keluar laa ank kesayangan ummi abah pada usia kandungan 30w5d.
Berbahagialah anak Ummi, Muhammad Ridhwan disyurga sana.
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Walaupun anak-anak dah besar, kasih sayang ibu bapa tak pernah pudar sebaliknya makin kuat. Ada juga sesetengah anak, tetap manja biarpun dah meningkat remaja atau yang sudah mendirikan rumah tangga.
Lagi satu ayah ni bila dengan anak dia akan kalah. Sebab tu kalau ibu-ibu perasan jika ayah yang ambil turn jaga memang betul-betul merdeka anak. Nak buat apa pun bebas. Sampai ibu pula yang boleh ‘naik hantu’. Bukan itu je, segarang-garang ayah pun kalau dengan anak dia boleh lembut.
Seperti perkongsian satu video yang viral di Tik Tok atas akaun Adebonbon, menunjukkan gelagat ayahnya ketika mengejutkannya dan adik-beradik untuk bangun sahur dengan menggunakan mikrofon sehingga membuatkan ramai yang terhibur.
Dalam video tersebut, menunjukkan si ayah masuk ke bilik anaknya dan menyuruh bangun dengan segera untuk bersahur. Paling mencuit hati siap menggunakan mikrofon bluetooth lagi.
Ternyata keakraban hubungan anak beranak ini cukup kuat. Di usia yang semakin meningkat, si ayah tetap mengambil berat perihal anak-anak dan tetap bersabar walaupun masing-masing dah boleh berdikari.
Mungkin kita rasa lucu, tetapi momen ini yang akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat.
“Anak berdua sekarang sudah masuk waktu sahur!”
Rata-rata netizen yang menonton video itu memberi pujian mengenai aksi si ayah yang benar-benar mengambil berat. Jika diikutkan anak-anak yang dah remaja boleh bangun sendiri tanpa dikejutkan tapi itulah kasih ayah yang tiada bandingannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Operasi nyah cemar bagi menghalang penularan COVID-19 akan dilaksana di seluruh negara Isnin ini, dengan tumpuan utama di kawasan awam sebelum diperluas ke tempat kediaman dan pejabat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dipertanggungjawabkan melaksana tugas ini menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Proses nyah cemar di seluruh negara menerusi PBT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bermula 30 Mac ini yang akan menumpukan kawasan berisiko tinggi.
“Malah KPKT akan buat dari rumah ke rumah di kawasan PPR. Kita setuju proses dijalankan serentak seluruh negara.
“PBT di daerah mesti menjalankan proses nyah cemar di kawasan masing-masing. Keutamaan dimulakan di kawasan awam sebelum rumah ke rumah,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, ketika ini dua kawasan di Kluang dan Simpang Renggam sedang melaksana operasi itu berikutan peningkatan kes COVID-19 sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana.
“Operasi nyah cemar sudah dilaksana sejak 23 Mac. Sehingga semalam sebanyak 11 operasi dilakukan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), membabitkan 11 pasar dan diteruskan di Masjid Seri Petaling,” katanya.
DBKL mula operasi pembersihan disinfeksi
Sementara itu, melalui Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi pembersihan disinfeksi kawasan Sri Petaling telah dilakukan bermula Sabtu seawal 8 pagi.
Hadir bersama dalam operasi tersebut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.