Operasi nyah cemar bagi menghalang penularan COVID-19 akan dilaksana di seluruh negara Isnin ini, dengan tumpuan utama di kawasan awam sebelum diperluas ke tempat kediaman dan pejabat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dipertanggungjawabkan melaksana tugas ini menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).
Gambar Hiasan – Foto: Sinar Harian
“Proses nyah cemar di seluruh negara menerusi PBT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bermula 30 Mac ini yang akan menumpukan kawasan berisiko tinggi.
“Malah KPKT akan buat dari rumah ke rumah di kawasan PPR. Kita setuju proses dijalankan serentak seluruh negara.
Ads
“PBT di daerah mesti menjalankan proses nyah cemar di kawasan masing-masing. Keutamaan dimulakan di kawasan awam sebelum rumah ke rumah,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, ketika ini dua kawasan di Kluang dan Simpang Renggam sedang melaksana operasi itu berikutan peningkatan kes COVID-19 sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana.
Ads
“Operasi nyah cemar sudah dilaksana sejak 23 Mac. Sehingga semalam sebanyak 11 operasi dilakukan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), membabitkan 11 pasar dan diteruskan di Masjid Seri Petaling,” katanya.
DBKL mula operasi pembersihan disinfeksi
Ads
Sementara itu, melalui Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi pembersihan disinfeksi kawasan Sri Petaling telah dilakukan bermula Sabtu seawal 8 pagi.
Hadir bersama dalam operasi tersebut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Kerja pembersihan di sekitar kawasan tumpuan awam mula dilakukanOperasi disinfeksi mula dilakukan secara berperingkatKerja pembersihan dilakukan dengan penuh rapi
Melihat gelagat anak kadang-kadang buat kita rasa nak tergelak, ada masa terasa juga ‘stress’ datang melanda. Bagi pengacara popular, Aidid Marcello, moment anak sedang membesar adalah moment yang paling indah.
Menurutnya, moment seperti ini hanya ketika anak-anak masih kecil dan sedang membesar.
Aidid yang juga suami kepada bekas pembaca berita, Norzie Pak Wan Chek berkongsi video gelagat anak kecil bermain bedak sehingga menutupi seluruh badan.
Dia turut menasihati ibu bapa lain agar tidak tertekan dengan gelagat anak yang sedang membesar.
“Jangan stress dengan anak-anak kita tau.”
“Masa kecik-kecik macam ni ja yang banyak moment-moment best, nanti dah besar dah takda dah semua ni.”
Aidid turut meminta warga maya berkongsi kenangan gelagat anak-anak sewaktu mereka kecil.
“Cuba share sikit, apa perangai kelakar anak korang buat? Hahahaha”
Rata-rata warga maya berkongsi gelagat anak yang paling tidak dapat dilupakan.
azian_naizashop Anak bongsu kami baru buat perangai. Masuk bilik air, dia selak pintu dari dalam. Pas tu meraung tak pandai buka. Maka usaha la abah nak buka dari luar. #3yo😂
mamaaasiti Org kedah kata pantang lepa, msti dia masuk Bilik aiq dia main sabun basuh kain gan shmpo.. Habis satu bilik aiq dia buat kolam buih😂😂tu ank kami la😅😅
marininazrin pecahkan telur di kabinet tv dan 1 botol minyak masak yang besar disiramnye atas karpet di ruang tamu🤣😂..
saniahmdsaaid Semua tu angap kenangan manis kita dgn mereka… .mereka pun tak lama membesar dgn kita, habis spm mereka dah mula meningalkan kita… Masuk u, kerja dan kawin… 😍
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai bahaya. Mama papa perlu berhati-hati terutamanya di pusat membeli-belah (shopping mall).
Detik cemas yang dihadapi keluarga ini wajar dijadikan teladan kepada semua ibu bapa apabila si kecil mengalami kecederaan pada wajah selepas terlanggar rak pakaian besi di sebuah pusat membeli belah. Saat mencemaskan adalah apabila berlaku pendarahan teruk!
Saad Shahzad, 5 tahun, nyaris kehilangan matanya apabila mukanya tertusuk rak penyangkut apabila terlanggar rak berkenaan ketika membeli belah dengan ibu dan kakaknya.
CANGKUK LOGAM MENEMBUSI SEHINGGA SOKET MATA
Dalam kejadian berkenaan, Saad membongkokkan badannya untuk mengambil pakaian yang jatuh di lantai. Tanpa disedari dia terlanggar penyangkut dan membenam pada cangkuk pakaian logam sehingga ke soket mata ketika. Kejadian yang menyebabkan anak kecik ini meraung kesakitan.
IBU MUNTAH & PENGSAN SELEPAS MENCABUT CANGKUK
Ibu Saad menjerit ketakutan dan cuba menarik muka anaknya dari cangkuk. Apabila cangkuk berjaya dicabut, darah mengalir laju dari luka terbuka. Ibu ini kemudiannya muntah dan pengsan kerana terkejut.
Saad ketika itu kini tidak dapat melihat telah dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kecemasan untuk saluran mata yang terkoyak. Anak kecil ini kini semakin pulih dengan baik dan syukurlah kecederaan yang dialami tidak berkekalan.
PENDARAHAN TERUK, MUJUR ANAKKU TIDAK BUTA
Ketika kejadian ini berlaku, bapa Saad, Adnan sedang bekerja. “Terdapat pendarahan teruk, saya ingat dia telah ‘kehilangan’ matanya. Dia amat bersyukur nasib anaknya baik untuk tidak kehilangan matanya, cuma kecederaan sementara sahaja.
Ibu Saad pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Dia kini masih belum mendapat kekuatan untuk memasuki mana-mana pusat membeli belah. “Saya mahu perkara-perkara ini diambil serius. Jika cangkuk ini berbahaya mengapa kita tidak melakukan sesuatu mengenainya,’ katanya ibu Saad.
Ketika berita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad lalu, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.
Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.
Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.
“Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.
Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.
Ahad memang benar-benar hari Adam dan kelmarin adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.
“Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.
“Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka,” katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.
Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.
Pesanan terakhir Adam untuk semua
“Banyak perkara ‘confidential’ yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.
“Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat ‘facetime’ dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa,” katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.
Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.
Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.
“Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.
“Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air,” jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi.