Selepas kelahiran putera keempatnya pada 11 Februari lalu, Ustaz Don Daniyal tampil berkongsi nama indah buat anaknya pada hari ketujuh kelahirannya.
Memuat naik nama indah yang dipilih, Ustaz kesayangan ramai ini juga turut berkongsi sunnah-sunnah kelahiran bayi yang mak ayah boleh lakukan. Antaranya adalah berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya.
“Ok.. Masanya sudah tiba.
”Saya Don Daniyal Bin Don Biyajid mengkhabarkan kepada semua bahawa anak lelaki saya yang lahir pada 11/02/2021 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1442h, kami namakan nya DON YUNUS BIN DON DANIYAL. Jadi, nama penuh beliau ialah DON YUNUS BIN DON DANIYAL BIN DON BIYAJID BIN MUSTAFA BIN HAMIDON BIN ABDUL QAHHAR BIN SULAIMAN.
“Saya memohon dengan keberkatan pada hari ke 7 anak ini, agar tuan tuan semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yg soleh, penyejuk mata hati Ibu Bapak nya, beri dia ilmu yg bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya atas jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah asy-Sya’irah Maturidiyyah, rezeki yang luas dan halal dan lahir dari dia, zuriat keturunan yang memperjuangkan kalimah لَا إلٰهَ إلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُول الله Serta pengakhirannya adalah husnul khatimah,” kongsi Ustaz Don menerusi Instagramnya.
Bukan hanya berkongsi nama, bahkan bapa penyayang ini juga turut berkongsi kelebihan dan sunnah-sunnah amalan yang perlu dilakukan pada hati ke tujuh kelahiran anak.
Ads
“Hari ke 7 kelahiran.
Sunnah-sunnah kelahiran anak, CHECK!!
1. Bagi Nama 2. Aqiqah 2 ekor kambing = Anak lelaki 1 ekor kambing = Anak perempuan (Bagi anak lelaki, jika tak mampu 2 ekor, 1 ekor pun boleh. Sah sunat Aqiqah cuma xdpat pahala sunat 2 ekor.) 3. Bercukur 4. Amik rambut yg dicukuq, p kedai emas, timbang. Berat rambut tu, Convert dengan harga emas. Dapat jumlah, jumlah tu p sedekah kepada fakir miskin. 5. Sambut lah kelahiran dengan alunan puji pujian kepada Allah Taala dan Pujian kepada Nabi Muhammad,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Don juga turut menzahirkan rasa terima kasihnya pada semua pengikutnya yang sudi berkongsi kegembiraan bersamanya dalam menyambut kelahiran anak keempatnya itu. Malah turut mendoakan semua pengikutnya di Instagram.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang sudi melalui hari hari bahagia kami sekeluarga. Menelusuri bersama-sama. Happy n seronok sama-sama dengan kami.
“Tak dak apa dari diri kami yang kerdil ni, melainkan kami doakan semua doa yang tuan tuan pohon untuk anak kami, doa itu semua dikembalikan kepada anak-anak zuriat tuan tuan jugak. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Terdahulu, Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Dr Husna Zahary menerima kelahiran bayi keempatnya itu pada tanggal 11 Februari 2021.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun umat islam tetap menyambut hari raya korban walaupun tiada aktiviti ziarah dibenarkan dan perlu duduk di rumah sahaja.
Ianya bukanlah penghalang untuk kita tidak meraikan hari raya Aidiladha dan ibadah korban. Sama seperti selebriti-selebriti tanah air kerana kemeriahannya tetap sama dan baju raya tetap sedodon untuk memeriahkan suasana sambutan.
Tidak sah rasanya kalau tidak menjeguk gaya selebriti setiap kali tibanya musim perayaan. Kali ini Pa&Ma tampilkan 13 selebriti yang lengap sedodon berpakaian baju raya termasuk anak-anak yang masih kecil.
Cantik sungguh semuanya di hari raya terutama si kecil yang lengkap berbaju kurung. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syukur la sebanyaknya. Bila anak suka berkepit itu tanda nama kita kuat ada di hatinya.
Tapi sayangnya.. selesa dan suka bagaimana pun anak-anak, dia tak akan berkepit lama.
Sampai masa bila dia dah besar, dia dah mula ada ramai kawan, dia dah mula tahu rasa malu, dia dah mula matang & dia dah mula ada dunia sendiri.
Dia dah tak nak di layan seperti anak kecil lagi. Masa tu anak pun tak heran kita ada ke tidak. Pasti kita pula yang rindu nak anak berkepit pada kita. Pasti pun
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak-anak yang baik akhlak, berjaya dalam hidup serta menjadi kebanggaan semua orang. Namun ada ketikanya ibu bapa tak sedar gaya asuhan di rumah mempengaruhi perkembangan anak-anak kita.
Mendidik anak zaman sekarang tak sama seperti zaman ibu ayah kita dulu-dulu. Sebab itu, ibu bapa perlu sentiasa mempersiapkan mental dan fizikal anak-anak untuk sentiasa kuat menghadapi pelbagai cabaran lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi hari ini.
Sebagai rujukan ibu bapa, berikut dikongsikan tip mendidik anak menjadi soleh dan solehah dan insya-Allah boleh menjadi kebanggaan kita suatu hari nanti.
PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. @Ilham Media Kredit: Kisah Zakat Malaysia
Nak dapatkan keperluan pembelajaran anak dengan nilai yang berbaloi, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!