Ads

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Dalam sesebuah keluarga, peranan ibu dan ayah bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membentuk jiwa, nilai, dan arah kehidupan mereka. Rumah adalah sekolah pertama, dan keluarga ialah tempat lahirnya kepimpinan, empati, serta tanggungjawab. Apabila seorang anak dibesarkan dalam persekitaran yang menekankan ilmu, disiplin, dan khidmat kepada masyarakat, hasilnya bukan sahaja terlihat dalam kejayaan peribadi, tetapi juga dalam sumbangan kepada negara.

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Siapa sangka, Dr Mohammed Taufiq Johari yang diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu hari ini kala berusia 29 tahun. Pelantikan ini menjadikan beliau antara menteri paling muda dalam sejarah Kabinet Kerajaan Madani, sekali gus meraih perhatian ramai. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dr Mohammed Taufiq bin Tan Sri Johari atas pelantikan berprestij ini.

Siapakah sebenarnya Dr Mohammed Taufiq Johari? Jom kita kenali latar belakang figura muda yang kini menggalas amanah besar negara

Menteri Muda, Ahli Parlimen & Anak Kepada Tokoh Politik

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Dr Mohammed Taufiq Johari, 29, merupakan seorang doktor perubatan dan kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022. Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur sebagai anak keenam daripada lapan beradik.

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun
Bapa kepada Dr Mohammed Taufiq Johari merupakan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Bapanya, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dari 2008 hingga 2022 dan kini menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Latar belakang keluarga yang kuat dalam politik memberi pendedahan awal kepada Dr Mohammed Taufiq Johari tentang kepimpinan dan tanggungjawab masyarakat.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung, Indonesia dan pernah menjalani latihan perubatan di beberapa hospital di negara tersebut sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia politik.

Ads

Rupanya  disebalik gelaran doktor, figura muda ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang  bukan calang-calang latarbelakangnya.

Bergelar Ayah, Langkah Baharu Dalam Kehidupan

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Di sebalik jawatan besar dan tanggungjawab sebagai menteri, Dr Mohammed Taufiq Johari baru sahaja melangkah ke satu lagi fasa penting dalam hidup  bergelar seorang ayah. Pada 12 Disember lalu, beliau berkongsi berita gembira di Facebook miliknya tentang kelahiran cahaya mata sulung mereka, Mohammed Sulaiman.

“12.12.25, pada hari Jumaat yang penuh barakah.
Alhamdulillah hero sulung kami, Mohammed Sulaiman, selamat dilahirkan.
Terima kasih kepada isteri atas segala sakit, sabar dan pengorbanan yang tak terbalas.
Semoga cahaya mata ini membesar sebagai anak yang soleh, baik budi dan membahagiakan semua.”

Perkongsian ini mengingatkan kita bahawa di sebalik imej seorang pemimpin muda yang berjaya, terdapat juga sisi manusia biasa yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa yang penyayang dan rendah hati.

Ads

Generasi Muda, Pemimpin Masa DepanDr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari dilihat sebagai simbol kepercayaan terhadap kepimpinan generasi muda. Gabungan usia muda, latar belakang profesional sebagai doktor, pengalaman politik, serta legasi keluarga membuatkan beliau figura yang unik dan berwibawa.

Rata-rata rakyat menzahirkan ucapan tahniah dan harapan agar beliau dapat membawa nafas baharu dalam pembangunan belia dan sukan, selari dengan aspirasi generasi muda Malaysia.

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Ads

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada YB Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta atas kelahiran cahaya mata sulung. Semoga amanah yang digalas dipermudahkan, dan keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat serta keberkatan.

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari membuktikan bahawa kepimpinan muda mampu membawa perubahan besar apabila digabungkan dengan nilai kekeluargaan dan tanggungjawab yang kukuh.

Dr Mohammed Taufiq Johari: Menteri Belia & Sukan Antara Termuda, Kini Bergelar Ayah Pada Usia 29 Tahun

 

Sumber: Taufiq Johari

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Ketiga, Luah Rasa Takut Sebelum C-Section...

Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...