Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Berikut antara cadangan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkat daya tahan anak-anak kita.
Ads
Brokoli
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
Bayam
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
Ads
Bawang putih
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
Kunyit
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
Ads
Betik
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandungi vitamin B, potasium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Kelebihan menyusukan anak tidak boleh dinafikan. Selain menguatkan sistem imunisasi si kecil, ia juga dapat memberi manfaat kepada ibu seperti penurunan berat badan dan sebagainya.
Siapa sangka dengan menyusukan bayinya, seorang ibu berjaya membuatkan bukan satu, tetapi tiga ketul fibroid yang terdapat pada rahimnya mengecut! Ini adalah perkongsian dari pengalaman Dr Hamid Arshat seperti yang diceritakan di laman Facebooknya.
Hari ni saya terkejut bila memeriksa seorang pesakit berumur 37 tahun yang pernah bedah buang fibroid besar lebih 8 cm sebelum beliau kahwin. Setelah berkahwin beberapa tahun dan gagal hamil beliau jalani rawatan IVF atau bayi tabung uji pada tahun 2013. Juga gagal.
Bulan sept 2014 hamil secara spontan dan bila buat scan terdapat 3 ketul fibroid saiz 5 cm tiap2 satu. Fibroid terus ada dan terasa membonjol di perut ketika hamil.
Fibroid menyebabkan dia premature labour 35 minggu kandungan. Bulan may 2015. Bayi dilahirkan secara bedah cesar dan bius epidural. Pesakit sedar tapi tak rasa sakit. Pakar bidan yg bedah kata ada 3 ketul fibroid besar tapi dia tak berani bedah buang sekaligus takut berlaku perdarahan. Bila bayi dilahirkan doktor jahit tutup luka.
Pesakit menyusukan bayi sepenuhnya tanpa lain2 campuran. Beliau tidak pernah jumpa saya sebelum ini. Dia hanya nak saya periksa dan mungkin suruh saya bedah buang fibroid. Terkejut bila buat ujian imbasan tiada lagi 3 tumbuhan fibroid sebesar 5cm. Hanya satu kecil saiz kurang 1cm. Bagaimana fibroid besar boleh mengecut ketika penyusuan?
Saya kaji dalam buku. Mungkin tahap yang tinggi hormon susu bergelar PROLACTIN telah bertindak mengurangkan hormon estrogen ketika penyusuan. Estrogen memang diketahui menyebabkan tumbuhan fibroid. Mungkin situasi begini telah berlaku.
Sedutan bayi pada puting payudara juga mencetus keluar oxytocin yang juga bertindak mengecut dan menguncup otot rahim. Mungkin tindakan ini juga telah mengecutkan ketumbuhan fibroid. Saya nasihatkan pesakit untuk cuba hamil lagi dalam tempuh 6 bulan.
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Hamid ini sesungguhnya memberi inspirasi kepada kaum ibu. Begitu besar manfaat penyusuan badan yang diamalkan oleh ibu tersebut sehingga berjaya mengecutkan fibroid yang suatu ketika dahulu memberi risiko kepada kandungannya. Dengan memberi bayinya susu badan, fibroid yang dahulu bersaiz 5cm mengecut sehingga saiznya kurang 1cm. Memang satu keajaiban!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak boleh main agak-agak kalau nak anak memperoleh khasiat susu ibu yang sebenar. Malah ada ibu yang bersungguh buat stok simpanan susu tetapi tidak tahu menjaga suhu dan cara menyimpannya dengan tepat. Lebih-lebih lagi pada ibu baru pertama kali menyusu.
Ini panduan untuk mama, seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammat Izzat di facebooknya. Jangan keliru lagi!
Ramai ibu dok tanya saya berapa lama susu perahan boleh bertahan. Cerita dia macam ni:
Suhu bilik 23-32 darjah celcius ( susu boleh tahan 3-4 jam ) 19-22 darjah celcius ( susu boleh tahan 6-8 jam )
* Pastikan bekas susu tu sentiasa bertutup dan sejuk sejauh mana yang boleh.
Cooler bag/ ada ice pax 15 darjah celcius ( susu boleh tahan 24 jam ) * Kena pastikan bekas susu tu sentiasa bersentuhan dengan ice pax. Jangan kejap-kejap nak buka cooler bag tu.
Deep freezer Suhu < -20 darjah celcius ( susu perahan boleh tahan 6 hingga 12 bulan lamanya )
* Saya nasihatkan simpan susu dalam bekas-bekas kecil, tulis tarikh bila susu tu disimpan. Susu yang mana masuk dulu, susu tu yang akan pakai dulu bagi kat baby. First in First out.
Peti ais 1 pintu – ruang biasa dan freezer sekali Suhu < 15 darjah celcius ( susu boleh bertahan selama 2 minggu ) * Jangan simpan susu kat pocket frigde
Kalau simpan susu ruang sejuk biasa Suhu < 4 darjah celcius ( susu boleh tahan 4-8 hari ) Peti ais 2 pintu. Ruang biasa + freezer asing-asing Suhu < -18 ( susu boleh tahan 3-6 bulan )
Susu tu untuk baby. Jangan bapaknya pakai susu tu untuk bancuh kopi dah lah. Sebab tu kena label elok-elok masa nak simpan tu.
Ingat, lagi banyak ibu perah susu, lagi banyak susu dihasilkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia beritahu sama ada lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah selain faktor suhu persekitaran terlalu sejuk atau panas.
Kadang tu walaupun semuanya ok, bila berdepan dengan anak menangis tanpa henti tak kira waktu dengan keadaannya sihat sangat merisaukan pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi yang baru mendapat anak pertama dan tiada pengalaman mengendalikan bayi.
Pelbagai persoalan bermain di fikiran adakah bayi mengalami sawan tangis atau kolik, atau adakah bayi itu mempunyai penyakit lain yang lebih serius?
Bagi anda yang ragu-ragu sebaiknya bawa anak berjumpa doktor dulu untuk tahu apa masalah sebenar. Jika bayi yang menangis secara berpanjangan lebih tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih mungkin disebabkan sawan tangis.
Dengan perkongsian ini, mungkin membantu anda yang mempunyai anak kecil. Apa-apa pun bawa jumpa pakar dulu, selebihnya kita ikhtiar dengan cara lain juga.
Sebenarnya tak tahu pun anak kedua ada urat sawan tangis ni, umur 2 bulan hari tu baru tahu.
Sebelum ni elok je, masuk 2 bulan bila nak tidur adik akan menangis dulu. Dah tungku perut, bagi susu tak nak, perut tak kembung tapi menangis tak berhenti.
Tahu bila video call dengan tokma dia, tokma dia cakap patut la suka nangis, ada urat biru/hijau dekat tengah-tengah batang hidung dia.
Hari ni baru tidur setengah jam pagi tadi dan setengah jam tengahari tadi, yang selebihnya asyik nangis je. Umur setahun baru hilang, semoga cepat membesar sayang.
SAWAN TANGIS
Apakah sawan tangis?
• Sawan tangis merupakan keadaan baby yang menangis lebih dari 3 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu selama 3 minggu atau lebih (rule of three).
Baby yang mengalami sawan tangis kebiasaannya menangis berlebihan terutama sekali pada waktu petang dan malam.
Apakah tanda-tanda sawan tangis?
• baby mempunyai tangisan yang luar biasa kuatnya
• ketika menangis baby akan menggengam erat tangan, kaki mengerekot, badan berpeluh² serta muka bertukar kemerahan²
• baby menolak breastfeeding, puting tiruan, mendodoi mahupun dibedung
4. Selesai baca, tiup pada ubun-ubun baby dan usap seluruh badan dari kepala ke hujung kaki baby.
P/s : suami kena banyak bantu isteri menguruskan baby
Tips by : Hasliza Aziz
Baby still menangis? Boleh cuba buka youtube, search White Noise dan pasangkan. Mungkin bunyi tu sama macam dia duduk dalam perut. Alhamdulillah dah tidur pun anak, thanks Raz for sharing tips ni. Harap menjadi untuk orang lain juga, sama- sama kita ikhtiarkan.
Siapa ada pengalaman anak kecil sawan tangis? Anak ketiga saya ada sawan tangis semasa bayinya. Memang urat hijau jelas kelihatan pada hidung antara mata.
**Boleh dapatkan bedung bayi untuk keselesaan tidur si manja anda di sini pada harga yang sangat jimat!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!