“Dua Anak Daddy Lahir Hari Jumaat”. Alisa Aisyah Versi Abang Yusuf Perempuan

Share

Rezeki di petang Ramadan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sambut kehadiran anak kedua. Kini Yusuf rasminya menjadi abang long!

Tiada apa yang menggembirakan bagi seorang ayah untuk menyambt kelahiran anak. Hairul menerusi Instagram berkongsi berita gembira.

Menurut Hairul, Hanis selamat bersalin pada jam 5.59 petang tadi. Turut dikongsikan gambar si kecil ahli baru keluarganya yang dinamakan Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.

Pelakon Paskal ini turut mengucapkan penghargaan buat Hanis sempena kelahiran anak kedua mereka.

Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen

Petang tadi 5.59pm ,

Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,

Thank you Mommy @haniszalikha
Thank you sayang
Thank you my bam bam

Menariknya, si kecil Alisa Aisyah juga sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri.

Ruang komen posting Hairul dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing mengucapkan kesyukuran, memuji kecomelan Alisa Aisyah. Tidak kurang juga yang mengatakan Alisa Aisyah sangat seiras dengan abangnya, Yusuf Iskandar.

Sumber: hairulazreen


IKLAN