Tugas seorang ibu bukan kaleng-kaleng. Banyak benda nak kena buat sampaikan ada yang tiada masa untuk diri sendiri. Itulah seorang ibu, apatah lagi untuk wanita yang mempunyai ramai anak. Apa dalam kepala dan fikiran ibu semuanya tentang suami dan anak-anak.
Jadi tidak mengapa untuk seorang wanita yang bergelar ibu meluangkan masa untuk diri sendiri atau memilih untuk bermalas-malasan walau hanya sekejap Cuma.
Pelakon Faralyna Idris berpendapat bahawa ada masanya ibu juga mahu berehat dari melakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak.
Malah menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, kaum ibu tidak perlu berasa bersalah untuk merehatkan diri buat seketika.
Jelasnya tiada masalah untuk seorang ibu berehat sebentar dari melakukan segala-galannya. Ambil masa untuk lepak, baring malah tidur sebentar bersama anak, itu juga merupakan salah satu cara meluangkan masa bersama anak-anak.
“Lazing on a Sunday afternoon.
Ads
“Is that okay? Me ( and You ) as a mother, lepak lepak, baring, takde buat ape?
“ITS OKAY!
“Ada masa kita nak ambil time-off sekejap. No problem.
“Time-off dari buat kerja-kerja rumah yang sememangnya takkan habis.
“Time-off dari kerja-kerja lain.
Ads
“Time-off dari segalanya.
“Duduk lepak, baring & take a nap with your kids, TAK APA. OKAY JE.
“After all, time-off yg kita ambil tu pon kita masih luangkan utk anak-anak. Dlm merehatkan badan sekejap, rehatkan kepala, kita melayan kerenah anak-anak. Dapat mendalami jiwa mereka pula.
“Dont feel bad okay?
Ads
“Ala, ckp je time-off. Tapi curi curi juga tu mengemas sini sana kan. Mothers.
“You are all ah-ma-zing!!!,” ujarnya dalam posting tersebut.
Dalam postingnya itu, pelakon Kisah Kaisara 2 ini memuat naik foto dia dan anaknya sedang berbaring bersama sementara si anak sedang tidur.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fikri pada Disember 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fira Anggun, 5 tahun dan Fira Ayu, 2 tahun.
Kesilapan beri nama anak baru lahir yang dibuat oleh ibu ayah mungkin boleh menyebabkan si anak terpaksa menanggungnya seumur hidup. Bukankah nama itu satu doa sendiri kepada tuan punya badan.
Ini sambungan daripada artikel tulisan Puan Dhuha Rashidi mengenai 27 kesilapan beri nama anak baru lahir yang mungkin dilakukan tanpa sedar oleh ibu ayah.
#18. Nama dengan makna yang tidak tepat penggunaannya.
Contoh : Siti (Puan) . Gelaran ‘puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin.
Contoh : Anisah (Cik). Hanya digunakan gelaran ini untuk wanita yang belum berkahwin seperti yang digunakan orang Arab.
Namun dalam Bahasa Arab ada yang mengatakan Anisah mebawa maksud yang mesra.
#19. Letak nama yang berkaitan dengan tempat.
Contoh :
Suyuti : orang Asyut
Bukhari : orang Bukhara
Ghazali : orang Ghazal
Nawawi : orang Nawa
Misri /Masri : orang Mesir
Baihaqi : orang Baihaq
Tirmizi : orang Tirmiz
#20. Nama yang boleh keliru sebutan pada ejaan ruminya.
Seeloknya nama yang diberi pastikan dieja dengan betul tanpa menyukarkan untuk menyebut. Ejaan rumi yang mengelirukan juga boleh lari makna yang asalnya. Sedangkan nama ini adalah doa.
#21. Nama yang memberi makna sifat.
Contoh : Muti’ah (Yang taat)
#22. Menggunakan nama yang merupakan gelaran khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya.
Contoh :
Nama -nama ini membawa maksud yang terlalu tinggi untuk dipakai oleh orang biasa.
#23. Menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ @ ‘Malikul malak’ bermaksud “Raja bagi segala raja” kerana ada #larangan dalam hadith :
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
#24. Tidak melambangkan Islam.
#25. Gabungan nama ibu dan ayah yang tiada makna.
Ada ibubapa yang suka menggabungkan nama mereka ditulis di setiap nama anak. #Harus menggunakan nama gabungan ibu dan ayah jika gabungan nama itu punyai makna yang elok.
#26. Nama yang dilarang dalam hadith.
Makruh memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)
#27. Nama yang bertembung dengan nama Jin.
Dalam perawatan Islam seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Syarhan juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan guna sebab membawa makna yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.
Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
Mungkin akan menimbulkan banyak masalah seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik.
Begitulah, perkongsian tentang kesilapan dalam memberikan nama anak. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Sumber rujukan dari WADi, Maulana M. Asri Yusof Al Kauthar , S.Q wordpress.
Jika ada permasalahan berat dalam pemilihan nama adalah lebih baik terus merujuk kepada pakar bahasa Arab , ulamak yang lebih arif dalam bab memilih nama anak ini. Dhuha bukan pakar dalam bahasa dan pemilihan nama. Juga masih belajar dalam bab ini.
Sebagai penulis khat, amat penting juga Dhuha kena tahu ejaan yang betul bagi nama-nama yang menempah supaya makna sebenar pada nama tepat dan baik.
Puan Dhuha Rashidi Penulis Nama Dalam Kaligrafi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini anak tak pernah pun ikut masuk dapur. Kebetulan pada hari kejadian dia ikut dan saya pula tak melarangnya. Begitulah perkongsian ibu kepada adik Nur Afeeya Humaira, Nor Hayati Yazid, 23, yang anaknya melecur di badan dan muka akibat tertumpah air teh yang dibancuh.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 24 Februari itu sekelip mata.
Hanya dalam beberapa saat, ketika Hayati berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya ketika balik kerja, dia dikejutkan dengan jeritan Afeeya yang melecur apabila air teh o panas dalam gelas tumpah ke badan anaknya.
Katanya, ketika kejadian suaminya terlelap kerana penat dan mahu berehat sebentar manakala dia di dapur menyediakan air panas.
“Lepas saya tuang air panas dan teh ke dalam gelas, saya berpaling untuk mengambil gula.
“Dalam sekelip mata saya dengar Afeeya menangis dan melihat air panas dalam gelas itu tumpah ke atas badannya
“Saya pelik, selalu dia tak dapat capai barang atas meja yang lebih tinggi daripadanya.
“Gelas itu juga saya letak ke arah lebih jauh dari hujung meja. Saya tidak perasan sama ada dia panjat atau dia terlanggar meja sehingga menyebabkan gelas itu jatuh,” katanya.
Nor Hayati berkata, dia kemudian membuka pakaian Afeeya dan melihat kulit badan anak perempuannya itu mula menggelupas sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bagaimanapun katanya, kerana ketiadaan pakar di HSI, anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Doktor sudah memeriksa Afeeya dengan mencuci kesan lecur, membalutnya sebelum memberi ubat tahan sakit.
“Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya melecur kira-kira 13 peratus,” katanya.
Afeeya melecur pada badan, muka, bahu, lengan dan leher manakala kawasan punggung ke bawah terselamat.
Menurut Nor Hayati, sehingga kini, Afeeya kerap menangis dan merengek terutamanya apabila ubat tahan sakit yang diberi habis dan mungkin juga dia trauma.
“Nak tidur pun dia mahu dipeluk dan makan pun masih belum berselera,” katanya.
Sementara itu, Norhayati juga menyatakan jika dilihat pada keadaan kulit melecur anaknya, masih belum ada perubahan lagi dibahagian badannya kecuali di muka.
“Jika masih tak elok, kemungkinan esok (28 Februari) doktor akan buat keputusan sama ada perlu atau tak untuk melakukan pembedahan plastik.
“Sebagai ibu saya harapkan Afeeya cepat sembuh dan tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan padanya nanti,” akhirinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Ini perumpamaan yang boleh digambarkan bagi 5 orang adik beradik perempuan apabila diuji dengan ujian yang sungguh besar dalam hidup mereka.
Pastinya dalam hati anak-anak ini, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Namun takdir Allah kedua ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung mereka kini sedang berada di pusat pemulihan dadah dan penjara.
Mereka tak minta pun untuk berpisah sementara dengan ibu bapa, tetapi inilah realiti yang perlu mereka lalui pada masa sekarang.
Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru, apa yang dikongsikannya ini benar-benar menyentuh hati. Lagi satu hubungan adik beradik ini cukup kuat dan saling menghormati satu sama lain walaupun melalui ujian yang sukar dalam hidup tanpa ibu bapa di sisi.
Besarnya ujian 5 beradik
Baru pulang dari sempat ziarah satu keluarga. Ayah di pusat pemulihan dadah, mak di penjara. Tinggal 5 adik-beradik perempuan menjaga sesama mereka. Kakak yang sulung baru berusia 18 tahun.
Si kakak inilah mencari nafkah untuk adik-adik. Dia bekerja di 7-elevan sahaja. Emak baru sahaja ditangkap lebih kurang 2-3 minggu lepas. Salah seorang dari anak-anak ini yang buat report polis bila tak tahan mak asyik hilang kawalan bila dibawah pengaruh dadah. Mereka nekad buat keputusan itu dan bagi aku itu keputusan paling tepat. Biar maknya dipulihkan sebelum kembali menjaga anak-anak ini.
Melalui apa yang dikongsikan Cikgu Fadli, dia menceritakan pengalamannya menziarahi lima adik beradik perempuan ini yang terpisah sementara dengan ibu bapa.
Menurutnya, ayah kepada anak-anak itu sedang berada di pusat pemulihan dadah, manakala ibunya berada di penjara. Kakak sulung kepada lima beradik ini, mengambil tugas sebagai ‘ibu dan ayah’ bagi memastikan kelangsungan hidup adik-adiknya terjamin dan berada dalam keadaan baik.
Lagi sedih, ibu kepada lima beradik ini juga baru sahaja ditangkap kira-kira dua hingga tiga minggu lepas akibat pengaruh dadah.
Rumah bersih, kemas & teratur
Kisah 5 beradik ini yang tinggal di Kuala Lumpur menarik perhatian Cikgu Fadli untuk datang dan lihat sendiri kehidupan anak-anak ini.
Menurutnya, bertindak atas laporan dia telah datang ke rumah ini bagi melihat keadaan sebenar.
Yang bongsu usia 11 tahun, masih di sekolah rendah. Paling aku seronok dengar, seorang dari mereka merupakan pelajar MRSM. Terus aku nasihat belajar elok-elok, jaga diri baik-baik kerana pembelajaran akan mengubah kehidupan.
Apa yang membuatkan diri ini terasa sebak sebaik sampai di rumah mereka, ada hidangan makan malam tersedia. Mereka baru lepas makan rupanya. Bagus adik-beradik ni, pandai memasak dan berjimat cermat. Rumah pula kemas dan bersih je.
Harap nasib anak-anak ini terus mendapat perhatian dan penjagaan yang sebaiknya daripada pihak yang berkenaan. Ternyata walaupun diuji dengan ujian yang besar dan tanggapan orang luar terhadap keluarga mereka, ukhawah adik beradik ini tetap utuh.
Moga ada sinar kebahagiaan buat 5 beradik ini dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Amin.
Tambah Cikgu Fadli lagi, bantuan one off dari Dana Kita telah diberikan untuk lima beradik ini. Kes pula sudah pun dipanjangkan kepada Baitulmal. InsyaAllah kehidupan anak-anak ini akan lebih terbela selepas ini.
Ingin turut serta menyumbang dalam setiap projek amal kami? Ini maklumat akaun ya: Nombor akaun : 564221646925 Bank : Maybank Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!