Selepas berkongsi wajah dan nama putera sulung mereka beberapa hari lalu, pasangan pelakon, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dilihat sering memuat naik beberapa keping gambar si comel, Isaac Raees.
Setiap kali memuat naik gambar, pastinya gambar Isaac menjadi perhatian malah menerima ratusan komen terutama mengenai lesung pipitnya yang dalam.
Rata-rata pengikut Zahirah dan Aiman amat mengagumi dan cair tatkala melihat lesung pipit yang dimiliki di comel ini. Lebih-lebih lagi kala Isaac tersenyum ketika diagah ibunya.
“Isaac, my sweet boy. Ahh my heart melts for you @isaacraees @aimanhakimredza,” tulis Zahirah di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah comel dan kacak anak lelaki pasangan ini meskipun baru berusia dua bulan.
Malah bukan hanya Zahirah, bahkan ramai yang turut cair dan terpesona melihat lesung pipitnya yang dalam dan unik.
Dalam pada itu, pelakon cantik ini juga turut berkongsi mengenai perjalanannya menyusukan anak sulungnya itu.
Kata Zahirah menerusi Instastorynya, dia kini menyusukan Isaac sepenuhnya dan turut membuat stok untuk Isaac terutama ketika hendak keluar.
“Right now Isaac is 100% breastfeed.
“Kalau keluar kemana-mana, then i will pump & bottlefeed the breastmilk.
“But its ok to mix. Dont feel bad. Asalkan baby kita sihat,” tulisnya lagi.
Ads
Malah kongsi Zahirah lagi menerusi Instastorynya, pada awalnya dia turut mengalami masalah kekurangan susu di awal kelahiran Isaac. Pun begitu berkat kekerapannya menyusukan Isaac, kini dia berjaya membekalkan susu yang mencukupi buat anak kesayangannya itu.
“Waktu awal-awal ada kurang sikit tapi bila baby marah-marah sebab susu tak cukup, saya tenangkan dia dulu dan cuba menyusukan semula.
“Kadang-kadang akan ada rasa stress bila susu tak mencukupi tapi saya belajar untuk tak paksa diri, sabar dan dapatkan sokongan,” katanya menjawab pertanyaan daripada peminatnya berkenaan penyusuan bayinya.
Ads
Malah kata Zahirah lagi, Isaac biasanya akan bangun dua kali di malam hari untuk menyusu dan kembali nyenyak tidur hingga ke pagi dan membuatkan dia selesa tidur.
Melihatkan perjalanan ibu cantik ini terasa Zahirah benar-benar menikmati kehidupannya sebagai seorang ibu. Bukan hanya berkongsi gambar bahkan Zahirah juga sentiasa melayani pelbagai pertanyaan daripada peminatnya tanpa jemu.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu dan pada 5 Januari lalu, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka, Isaac Raees.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @zahirahmacwilson
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
9 langkah mudah urutan perineum
Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak berusia lima bulan. Dia sering demam selepas menerima suntikan imunisasi. Adakah hal ini normal? Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak demam selepas menerima suntikan ini?
Jawapan:
Suntikan imunisasi yang diberikan kepada bayi memang boleh menyebabkan dia demam. Namun yang demikian, anda perlu faham bahawa tidak semua bayi akan mengalami demam dan tidak semua suntikan imunisasi akan menyebabkan seseorang bayi demam.
Demam yang dialami selepas mendapat suntikan imunisasi, biasanya disebabkan oleh reaksi tubuh badan terhadap suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau jika bayi demam selepas menerima suntikan.
Bagi mengelakkan anak demam selepas menerima suntikan, boleh memberikan ubat demam kepadanya, empat jam sebelum suntikan diterima. Pemberian ubat demam boleh diulang selepas suntikan diberi, sekurang-kurangnya empat jam selepas dos yang pertama.
Jangan risau kerana demam yang disebabkan oleh suntikan imunisasi, selalunya tidak lama dan akan hilang dalam masa satu hari.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila fikirkan koyakan masa bersalin, ngilunya seperti terasa. Rupa-rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak. Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini.
URUTAN PERINEUM
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak.
Ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan risiko koyakan pada bahagian perineum.
Hal ini juga dapat mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikit bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi. Lebih daripada itu, kebanyakan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan.
JENIS MINYAK DAN MASA URUTAN
Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hingga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia.
Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali lakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi.
Lazimnya selepas mandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN PERINEUM
Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk anda ikuti;
#1. Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.
#2. Kedudukan yang sesuai untuk melakukan urutan ini ialah bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk di tandas. Dapatkan kedudukan yang selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.
#3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.
#4. Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
#5. Pastikan empat jari lagi jari di bahagian punggung.
#6. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
#7. Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua minit.
#8. Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu atau sekurang-kurangnya lima minit setiap kali.
#9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.