Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak. Ada yang bermula sedari usia yang masih kecil dan ada pula yang lebih selesa mengajar anak ketika mereka sudah besar sedikit. Setiap pendekatan asalkan tidak memberi bebanan kepada si anak boleh dibuat. Ikut kesesuaian dan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Pelakon cantik, Anzalna Nasir mempunyai caranya sendiri untuk memberi pendedahan awal kepada anaknya, Mohamad Eidress yang kini berusia dua bulan lebih.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anaknya, Anzalna dilihat mengajar anaknya mengenal nombor dan gambar sambil diperhatikan si kecil itu. Comelnya, apabila terlihat Eidress juga seolah-olah memahami apa yang diajarkan oleh ibunya.
Pada Pa&Ma, tidak salah kalau nak beri pendedahan awal kepada anak. Asalkan tidak membebankan atau memudaratkan anak, boleh saja. Anak pun akan jadi suka belajar kerana dan diajar sejak kecil. Pilihlah kaedah mengajar yang menyeronokkan supaya anak tidak merasa bosan.
Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita Yang Menumpang Rezeki Mereka
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita. Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
*Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan. Bimbang nanti bila ditarik Allah, kita yang menyesal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa, pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik. Tambah pula masing-masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama dengan sebaiknya.
Walaupun semasa fasa mengandung tu ada ibu yang agak stres kerana alahan, terpaksa berulang alik klinik untuk pemeriksaan kesihatan semua itu tetap dilalui dengan sabar. Cumanya pernah tak kita terfikir kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja sehinggalah kita dapat pengalaman itu untuk kelahiran anak seterusnya.
Nak tahu apa kesilapan dan sindrom anak sulung ini, Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi berkongsi pengalamannya dan mungkin ini juga dilalui oleh kita semua.
Sindrom Anak Sulung
Ini gambar waktu bulan kelima saya jadi mak. Nampak tak apa kesilapan saya dalam tu?
Ya, anak dah 5 bulan. Tapi saya masih pakaikan dia mitten. Mitten kecik pulak tu.Begitulah.
Waktu kali pertama jadi mak, banyak kesilapan saya dah buat. Antara kesilapan lain adalah:
– Biarkan diri stres waktu mengandung. Akibatnya anak lahir jadi bayi yang ‘stres’. Kuat meragam.
– Tak belajar ilmu parenting. Akibatnya, banyak kesilapan parenting. Saya buat. Paling gila, masa saya buat tu, saya yakin saya buat benda betul.
– Manjakan anak dengan pelbagai peralatan bayi. Berjam-jam duduk atas rocker dan walker. Tak banyak tummy time. Akibatnya, banyak perkembangan motornya terjejas.
– Memaksa dan mengajar anak secara keras untuk dia pandai membaca dari kecil. Akibatnya, dia hilang minat belajar dan membaca. Walaupun dari kecil dah boleh membaca.
– Menjadi ibu yang impulsif dalam menghukum. Akibatnya, sampai sekarang saya struggle nak membentuk dirinya yang impulsif bila beremosi.
Hati-hati ibu ayah. Kesilapan kita mendidik anak sulung boleh menjadi punca utama mereka memiliki ‘Sindrom Anak Sulung’ yang ketara.
Antara contoh sindrom anak sulung yang saya maksudkan adalah :
1️⃣ Memiliki FIXED MINDSET
Harapan yang terlalu tinggi diletakkan pada anak sulung, menyebabkan ibu bapa sukar menerima kesilapan yang dilakukan anak-anak.
Anak-anak dipaksa memenuhi kehendak kita, walaupun ia tidak kena dengan fasa dan fitrah anak ketika itu.
Hasilnya, anak menjadi terlampau perfectionist. Sukar menerima kekurangan dan kesalahan.
Dan bila terbuat salah, mereka cenderung untuk memiliki mindset, “Alaa.. Aku dah salah. Takde harapan dah ni nak betulkan balik. Sekali gagal, totally gagal!”
2️⃣ BOSSY
Bagus untuk kita didik anak sulung jadi seorang yang bertanggungjawab. Tapi, pastikan ia tidak keterlaluan. Sehingga timbul sifat bossy pada anak.
Kadang-kadang, sifat bossy tersebut sampai buat adik-beradik yang lain rasa tertekan.
Disuruh dengan kasar, tak pertimbangkan apa orang lain sedang buat dan susah bertolak ansur.
Bayangkan bila sifat bossy ni anak bawa bila bersosial. Pening orang lain nak melayan oi.
Takut-takut, dia menjadi individu yang tidak disenangi di kalangan kawan-kawan.
3️⃣ OVERLY SENSITIVE
Anak sulung juga cenderung menjadi seorang yang mudah beremosi. Sebab masa dia kecil dulu, kita tak ada ilmu nak kendalikan emosi mereka dengan baik.
Struktur emosi mereka tak stabil. Mudah runtuh, remuk dan rapuh. Besar pengaruh karektor anak sulung ni tau. Sedikit-sebanyak mempengaruhi karektor adik-adik yang lain. Walaupun kita tahu yang setiap anak dilahirkan dengan karektor yang pelbagai.
Tak percaya, cuba tengok. Ada banyak ketika, adik-adik akan ikut apa yang kakak atau abang dia buat. Yang paling tak seronok, hat-hat buruk tu paling mudah mereka ikut.
Pun begitu, berterima kasih dan hargailah anak sulung kita. Mereka adalah guru yang paling banyak berkorban mendidik kita.
Melalui merekalah kita merasai pengalaman manis kali pertama memegang anak hasil benih sendiri.
Melalui merekalah, jiwa kita terdidik untuk memahami jiwa anak-anak kecil.
Melalui merekalah kita mendidik diri mengawal bara emosi.
Melalui merekalah kita melalui pengalaman menakjubkan, membesarkan manusia dari proses alam rahim sampai dia dah besar sekarang. Hargai mereka. Sayangi mereka. Tidak pernah terlewat untuk kita betulkan kesilapan. Selagi mana kita usaha bentuk mereka dengan ilmu yang betul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 23 Januari lalu, namun hanya menghebahkan perkahwinan mereka kepada umum seminggu selepas itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.