
Baby pun kadangkala akan muak kalau dihidangkan menu sama setiap hari. Jadi ibu kena cuba pelbagaikan resipi untuk anak yang dah berusia 8 bulan ke atas.
Sebenarnya pada usia 8 bulan ke atas bayi sudah boleh mencuba pelbagai menu asalkan ia bersesuaian untuk citarasa bayi.
Resipi yang dikongsi oleh Puan Mastura Ayu Al-Habshee untuk hidangan bayinya boleh dicontohi oleh ibu lain yang mungkin kekeringan idea memasak. Nampak sedap sangat!
Pengat Pisang Versi Baby

Bahan-bahan:
Pisang
Unsalted butter
Puri kurma
Cara-cara memasak:
Grill pisang dengan unsalted butter. Then buat kuah pakai puree kurma. Tapi buat cair-cair untuk bagi rasa manis-manis je.
Pasta Ikan Bilis Berkrim

Bahan-bahan:
Baby pasta
Bawang putih
Unsalted butter/olive oil
Chicken Bone Broth/Serbuk ayam/bilis
Tomato/sayur-sayur lain
Cara-cara memasak:
- Masak bubur nasi dulu.
- Di periuk asing, tumis bawang putih dengan unsalted butter/pure olive oil. Dah naik bau, masukkan cbb/ serbuk ayam/bilis.
- Masukkan tomato/sayur apa-apa yang lain pun boleh. Siap untuk bubur nasi. Blend kalau anak still makan blend.
Creamy Butter Pasta & Grilled Salmon with Crunchy Garlic

Bahan-bahan:
Baby pasta
Ikan salmon
Bawang putih
Unsalted butter
Chicken Bone Broth (CBB)
Serbuk ayam
Daun saderi
Cream cheese
Cara-cara memasak:
Rebus pasta sampai lembut.
Grill salmon, atau nak letak isi ikan lain pun boleh
Creamy Butter Sauce
1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter
2. Masukkan CBB (optional)
3. Masukkan isi ayam/ serbuk ayam Darwisyah Little Sweet
4. Masukkan saderi
5. Masuk air sikit depends mummy nak berkuah
6. Masukkan cream cheese
Kacau semua bahan sebati, then blend.
Crunchy Garlic
Tumis bawang putih dengan unsalted butter sampai garing. Jangan sampai hangit.
HIdangkan pasta dengan creamy butter sauce dan tabur dengan crunchy garlic.
Homemade Chicken Nugget Ball

Bahan-bahan:
Isi ayam (blend)
Carrot (sagat)
Serbuk ayam DLS
Blackpepper powder
Cara-cara membuat:
Lepas blend isi ayam, campur semua bahan yang lain, then bulatkan & boleh simpan di freezer.
Chicken ball soup

Bahan-bahan:
Homemade chicken ball
Bawang putih
Bawang merah
Chicken Bone Broth
Carrot
Daun saderi
Foo Chuk
Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang putih bawang merah
2. Letak cbb/tambahkan air
3. Letak sayur (carrot & saderi)
4. Masukkan chicken ball/ foo chuk
5. Tambah serbuk ayam buat perasa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!







Pukul butter dan gula selama 10-12 minit. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kaup balik je dan masukkan susu pekat manis. Gaulkan sebati.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian, adunan pertama warna asal/plain. Kedua letak serbuk koko. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci @ 7inci dan lapik kertas minyak.
Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan, biar je kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan juga, ulang hingga habis.
Panaskan oven suhu 170′ dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, api atas dan bawah.





