Setiap bayi pasti akan mengalami masalah kesihatan, tidak kiralah penyakit ringan mahupun berat. Antara penyakit lazim yang sering dialami oleh bayi adalah demam kuning atau jaundis, demam, kolik, dan batuk. Bayi jatuh sakit adalah perkara semula jadi dalam proses tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ada di antaranya yang boleh membahayakan tumbesaran bayi dan mengancam nyawa.
Berikut adalah antara penyakit lazim yang sering dialami bayi:
Demam kuning
Menurut laman Myhealth, lebih 50% bayi akan mengalami masalah jaundis atau demam kuning pada minggu pertama selepas kelahiran mereka. Manakala lebih 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. Jaundis atau demam kuning sering dialami oleh bayi baru lahir dan ini cukup membimbangkan ibu bapa. Jaundis yang normal dialami oleh bayi baru lahir selepas dua atau tiga hari mereka dilahirkan, dan akan hilang selepas dua minggu.
Bagi yang mengalami demam kuning biasanya akan mendapat rawatan seperti di bawah:
Pemeriksaan untuk mengetahui sama ada bayi tersebut mengalami jaundis lazimnya dilakukan di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih. Doktor akan mengambil bacaan bilirubin bagi mengetahui tahapnya sama ada masih terkawal atau tidak. Jika dalam seminggu tahap bacaan meningkat iaitu catatan melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, maka rawatan fototerapi perlu diberikan dan bayi perlu ditahan di hospital.
Bayi akan diletakkan di bawah cahaya lampu biru dengan keadaan hanya memakai lampin dan matanya ditutup. Cahaya ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin dan akan dibuang melalui air kencing.
Berikan susu ibu kerana susu ibu baik untuk menggalakkan usus dan membolehkan bilirubin dibuang menerusi najis.
Demam
Demam adalah gejala normal yang dihadapi oleh setiap bayi. Lazimnya, setiap ibu bapa pasti berpengalaman menjaga bayi yang demam. Meskipun begitu, ini bukan bermakna tiada cara untuk mengelakkan bayi daripada jangkitan demam atau merawatnya untuk cepat sembuh. Bagi meredakan demam bayi, anda boleh cuba kaedah tersebut:
Beri paracetamol atau ibuprofen mengikut berat dan umur bayi. Sebaiknya anda dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberikan bayi ubat demam.
Letakkan pelekat suam pada dahi bayi untuk menurunkan suhu demamnya.
Beri bayi anda makan dan minum dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah perlu diberikan susu ibu.
Pakaikan bayi pakaian daripada kain kapas yang nipis.
Kolik
Masalah kolik atau kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam. Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar. Cara menangani masalah kolik bayi adalah:
Pemberian gripe water, mengandungi Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin. Ubat ini hanya boleh digunakan untuk bayi berumur satu bulan ke atas.
Sapukan minyak bayi pada perut, paha, tapak kaki, pelipat tangan dan bahagian belakang pinggang bayi. Urutan lembut juga dapat membantu menghilangkan kembung perut.
Teknik dan penyusuan yang betul serta selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin. Urut bayi sehingga sendawa setiap kali selepas penyusuan.
Sesetengah protein yang dalam pengambilan diet pemakanan ibu mungkin berada dalam susu ibu yang menyebabkan berlakunya kolik. Jadi ibu yang menyusukan bayi mungkin boleh menghindari pengambilan produk tenusu seperti susu lembu.
Batuk
Batuk secara teknikalnya bukanlah suatu penyakit, tetapi lebih kepada tindakan perlindungan yang berlaku apabila terdapat bendasing pada membran mukus sistem pernafasan. Bendasing yang ada termasuklah habuk, air liur, atau sesuatu yang bayi makan serta minum. Ketahui rawatan untuk mengubati dan mengelakkan batuk bayi.
-Hilangkan atau elakkan punca-punca batuk seperti habuk dan bulu haiwan.
-Pastikan peredaran udara di ruang kediaman anda berkualiti.
-Berikan bayi anda minuman untuk membuatkannya kekal hidrat.
-Bersihkan mukus dengan menggunakan penyedut hidung bagi membantu mukus keluar
daripada rongga hidung bayi anda. Bayi lebih mudah bernafas selepas mukus keluar.
-Sentiasa pastikan bayi anda mendapat preskripsi ubat yang betul sebelu
memberikannya sebarang ubat batuk.
Bagaimana demam kuning berlaku?
Demam Kuning, Punca dan Kaedah Merawatnya – susu ibu penyebab demam kuning
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Ads
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.
Mitos jaundis
Antara mitos yang tidak boleh dipercayai bagi merawat jaundis bayi antaranya:
-Memberi bayi susu kambing
-Memberi air kepada bayi
-Memberi bayi jus anggur atau madu asli
-Pendedahan kepada cahaya matahari
-Menyapu herba tertentu pada kulit bayi
-Mengelakkan herba, halia dan kunyit yang terkandung dalam makanan ibu
-Berhenti menyusu badan sehari ke dua hari untuk mengurangkan jaundis penyusuan
-Susu ibu boleh menyebabkan bayi demam kuning?
-Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir.
Seperti yang dimaklumkan pada awal tadi, lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya. Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami demam kuning disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara demam kuning yang dialami bayi dengan susu ibu?
Susu ibu dan demam kuning
Terdapat dua jenis demam kuning yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) dan demam kuning penyusuan susu ibu (breastfeeding demam kuning).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami demam kuning penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi. Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
Ads
Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3% bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami demam kuning susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Simptom bahaya demam kuning
Demam Kuning, Punca dan Kaedah Merawatnya – simptom
Walaupun penyakit jaundis merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ini kerana demam kuning boleh mendatangkan risiko kepada masalah kesihatan yang lain. Antara simptom yang perlu dilihat adalah:
-Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
-Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)
-Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
-Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
-Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.
Apakah bacaan normal dan bahaya bagi demam kuning?
Bacaan normal demam kuning bayi: Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL). Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap demam kuning bayi yang dapat dikawal.
Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).
Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis. Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
Ads
Bacaan demam kuning bayi yang tidak normal: Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi. Bayi anda akan terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain.
Faktor yang menyebabkan bacaan menjadi tidak normal
Terdapat beberapa faktor yang dipercayai menjadi punca kepada bacaan normal demam kuning bayi boleh bertukar kepada bacaan tidak normal. Antaranya:
-Ibu yang mempunyai darah jenis O.
-Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak.
-Anak yang mempunyai kekurangan G6PD – Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini.
-Anak yang mempunyai masalah tiroid.
-Bayi pramatang.
-Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
Kaedah merawat jaundis
Fototerapi
Dirawat dengan terapi lampu khas biru (fototerapi) yang terbukti berkesan menurunkan kandungan bilirubin darah. Doktor hanya akan memutuskan rawatan fototerapi selepas rawatan lain tidak berjaya. Fungsi cahaya biru adalah untuk mengurangkan tahap bilirubin dalam badan bayi anda.
Demam Kuning, Punca dan Kaedah Merawatnya – fototerapi
Kedua-dua mata bayi akan ditutup untuk melindunginya dari cahaya terang dan semasa sesi fototerapi, doktor dan jururawat akan memantau tahap bilirubin serta tanda-tanda kesihatan bayi anda. Tubuh bayi akan dibalikkan beberapa kali untuk memastikan semua bahagian tubuhnya terkena cahaya biru.
Jika bayi mengalami dehidrasi semasa terapi, dia akan diberikan cecair intravena. Apabila tahap bilirubin bayi anda turun, terapi akan dihentikan dan dianggap selesai. Jika bayi anda masih kelihatan kuning, hubungi doktor anda untuk mendapat rawatan segera.
Cahaya matahari
Bayi tidak boleh diletakkan di bawah sinaran matahari kerana cara ini tidak selamat dan boleh membahayakan kesihatan bayi. Cahaya matahari tidak sesuai untuk bayi dan boleh menyebabkan komplikasi seperti selaran matahari dan dehidrasi.
Susu kambing
Rawatan dengan susu kambing juga tidak sesuai dan tidak mempunyai bukti saintifik berkesan. Walaupun susu kambing itu baik, tetapi ia tidak sesuai untuk bayi di bawah usia 12 bulan kerana mengandungi protein yang tinggi menyebabkan peningkatan asid urik dan darah bayi berasid. Susu formula yang berasaskan susu kambing juga tidak sesuai kerana urea akan menjadi tinggi, folat menjadi rendah dan ia juga boleh menyebabkan alahan pada bayi.
Penyusuan
Penyusuan ibu mencukupi antara lapan hingga 12 kali mengurangkan kandungan bilirubin dalam darah bayi dan memastikan bayi sihat dan cukup zat makanan. Ini akan menggalakkan pencernaan supaya bilirubin dapat disingkirkan dari badan. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi untuk memastikan bayi anda sedang melekap dengan betul. Jika susu ibu kurang, beri susu formula tambahan. Jika keadaan bayi anda bertambah teruk, ibu mungkin perlu berhenti menyusu selama 24 jam. Tapi jangan buang susu itu! Ibu masih boleh mengepam susu dan menyimpan susu itu untuk memastikan susu tetap lancar. Selepas 24 jam, ibu boleh sambung menyusukan anak lagi.
Pemberian makanan atau minuman lain
Pemberian cecair atau makanan selain susu ibu di bawah enam bulan tidak digalakkan kerana ia menyebabkan kemabukan air iaitu pencairan garam sodium dalam darah yang akhirnya boleh mencetuskan serangan sawan pada bayi. Makanan dan minuman selain susu ibu akan membuatkan bayi berasa kenyang dan kurang menyusu secara terus daripada payudara ibu. Tanpa permintaan, lama-kelamaan penghasilan susu ibu akan berkurangan.
Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri. Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan ibu. Segera dapatkan rawatan jika keadaan jaundis bayi berlarutan.
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya. Ada sesetengah kes yang berlaku seperti bekas pembedahan terbuka dan sebagainya membuatkan si ibu merasa gerun untuk bersalin czer. Asalkan berpantang secara berdisiplin dan luka dijaga dengan baik, mudah-mudahan tiada sebarang masalah besar akan berlaku.
Untuk kelahiran normal selepas pembedahan, ada kemungkinan ia boleh dilakukan. Ibu harus mendapatkan nasihat pakar supaya tiada masalah akan berlaku ketika proses melahirkan anak. Ikuti penerangan daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang topik BERSALIN NORMAL SELEPAS CAESAREAN, ADAKAH IA BOLEH DILAKUKAN?
Sumber foto: www.freepik.com
“Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”
Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan Caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.
Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )
Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya. Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni:
☘️Kenapa buat caesar yg terdahulunya? ☘️Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu? ☘️Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang? ☘️Jenis potongan dibuat pada rahim? ☘️Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya? 🍀Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi ☘️Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dgn setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.
Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa Caesar itu) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti. Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.
IBU-IBU AKAN DIBERIKAN KAUNSELING INI PADA KANDUNGAN BERUSIA 34-36 MINGGU. TIDAK TERLALU AWAL, DAN TAK TERLALU LEWAT. LEPAS 1 PEMBEDAHAN CAESAR, 3 DARI 4 WANITA DGN KEHAMILAN YG TIDAK BERMASALAH BOLEH BERSALIN NORMAL
Apa faktor-faktor yg meninggikan kejayaan bersalin normal?
🌺Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita) 🌺Sakit bersalin tu datang secara semulajadi 🌺BMI ibu kurang 30
Sumber foto: www.freepik.com
Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan Caesar:
⭕️Komplikasi dibandingkan dgn Caesar sgt KURANG ⭕️Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi ⭕️Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah ⭕️Duduk hospital pun sekejap je ⭕️Senang nak mulakan breastfeeding ⭕️Risiko-risiko operation dapat dielakkan
Keburukan bersalin normal lepas ada 1 pembedahan Caesar:
🔆Mungkin kena emergency Caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan Caesar yg dilakukan secara kecemasan membawa risiko yg lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yg dirancang.
🔆Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yg menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
🔆Mungkin ada koyakan bersalin yang teruk pada vagina
KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar:
❌Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean ❌Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya ❌Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical lscs) ❌Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal
📝Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000 📝Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.
Keburukan bersalin secara ERCS:
⛔️Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan Caesar yg pernah buat sebelum ni ⛔️Jangkitan kuman ⛔️Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism ⛔️Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah ⛔️Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak Caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yg dilakukan lagi tinggi risikonya. ⛔️Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100 ⛔️Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yg lahir secara normal. Kalau bayi yg lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
Sumber foto: www.freepik.com
Maka dah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu korang sendiri.
Semoga dengan penerangan berkaitan hal ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Izzat dapat membantu para ibu yang mungkin dalam dilema untuk melahirkan secara normal jika sebelum ini terpaksa melalui pembedahan Caesarean. Paling penting, dapatkan nasihat dengan doktor yang menjaga kes anda dan mintalah saranan cara kelahiran yang paling selamat buat anda dan bayi yang bakal dilahirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama.
Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran.
Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin.
Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin.
Tidak. Bukan begitu. Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu.
Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar.
Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan.
Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat.
Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini.
Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi.
Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama.
Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini. Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan.
Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa hamil, paras HB memang perlu sentiasa dikawal, tidak boleh terlalu rendah kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada ibu dan janin. Begitu juga tanggapan terlalu memanjakan diri semasa hamil, walhal wanita perlu sentiasa aktif supaya sihat dan mudah bersalin.
Menurut Puan Hidayatul Ismail, seorang bekas jururawat berkongsi tentang bagaimana seorang ibu hamil perlu aktif dan mengamalkan pemakanan sihat.
PREGNANT
Ramai yang silap fikirkan time pregnant ni la kena rehat serehatnya, kalau boleh breakfast pun on bed & makan je segala benda yang nak dimakan. Craving katanya. No. This is the biggest mistake.
ELAKKAN GULA PUTIH & MAKANAN RAPU
Korang tau tak bila korang pregnant, anak yang korang kandung tu (especially anak perempuan) ovum-ovum mereka sudah terbentuk sepenuhnya, jadi apa yang anda makan akan beri kesan kpd mereka. CULPRIT pd makanan & minuman sepanjang pregnancies adalah gula putih, junk food. Gula blh jd faktor pd GDM.
Pengalaman sendiri semasa mengandung anak pertama & kedua jauh beza. Anak pertama makan segalanya, mengidam segalanya, tolak batu, kayu & benda haram je, lain semua nak makan. Cravings are actually signs that our body don’t get enough nutrients that it actually need from what we eat. Jadi pemakanan yg sihat & seimbang plays a big role through out pregnancies.
Anak kedua, i ditched all the junks, cut off 98% white sugar intake, makan healthy & real food dan routine WAJIB adalah minum green juice. And guess what? Green juice routine maintained my Hemoglobin levels! Yay! Dan Second pregnancy ni tak ada craving langsung & solat masih lg blh berdiri spt biasa. Alhamdulillah.
IBU HAMIL PERLU AKTIF & BANYAK BERGERAK KECUALI KEHAMILAN BERISIKO TINGGI
Aktiviti. First trimesters boleh lah nak relax-relax (elak kerja berat) tp bukan sepanjang pregnancies, yg ni please exclude yg high risk pregnancies la. You have to be active & move around a lot! Berjalan, brisk walk, sehari kalau dpt 2 km tu cantik. Kena bergerak baaaanyak. Yg bekerja di office, ditch your office chair, sit on your gym ball (if no contraindications). If tak blh, setiap jam bangun dr kerusi & do some activities.
AKTIVITI MASA SEMESTER KETIGA BOLEH PENDEKKAN PROSES KELAHIRAN
Masuk 3rd trimesters, squatting, cat-dog pose buat at least 100 times per day. Ni paling cikai la. Sepatunya dh 3rd trimester ni 500 times tu kenyit mata je. Yang housewife, mop rumah takyah guna mop. Pakai tuala, get on your 2 feet, squat, jalan itik. I did this. Serious. Ni seriously serious. Ni ku selalu kena remind dgn chekgu ‘dah buat squatting blom?’… chekgu, i buat kay.
Activities helps in shorten the labour process. Bagi anak kedua, hanya 2 jam shj compared dgn first, 13 jam. Zero, tiada pain killers lgsg compared epidural anaesthesia for my first delivery. Beza kan? Tiada pain killers berkait rapat dgn mind control & breathing exercise. It works wonder.
Apapun, ini apa yg saya lalui & berdasarkan experience sendiri. Kalau anda rasa ini nonsense, tak perlu cuba sbb sy tak suruh pun. Nanti tak memasal je kata sy buat ajaran sesat. And of course semua dgn izin Allah. Point nya, jangan hadkan bahawa bila pregnant kita kena duduk mcm puteri atas kayangan, buat tu takleh, ni jangan. Makan semua yg nampak dpn mata. No. No. The more exercise you do, it’ll help with your easy labour & delivery.
GREEN JUICE NAIKKAN HB
And congrats to my fb friend, i asked her to drink green juice to boost up her Hb, she did and her next check up mmg Hb dia naik! That makes me happy of course! Dah beranak dia agaknya. ❤️❤️
Nanti sy kongsi resipi green juice yg senang teramat. Kalau takpun, anda blh google the recipe. Yg penting blend them RAW, tak perlu masak, rebus, stim ke apa. Ye mentah. Fruits tu tak perlulah. Kalau boleh guna yg organik punya ya.
Lagi satu, ubat tambah darah tu makan juga ke? Yes, ubat folic acid & vitamins dari klinik tu anda makan spt biasa. Sy dulu ambil Iberet setiap hari sbb mual teruk. Bila tukar Iberet mual tu kurang. Tambah dgn green juice ni, mmg boleh kata mual yg sgt mild. Mmg takde muntah pun.
Semua sayur tak perlu dimasak. Hanya dibasuh dgn baik. Kalau boleh beli yg organik untuk dijadikan jus ini.
Again, please mommies. Jaga pemakanan anda. Buang gula putih dlm diet harian anda jika mampu. Exercise juga jaga. Pemakanan & senaman works hand in hand.
Please share if it’ll benefit you & others.
You’re welcome. Ni antara resipinya. dan semua ni blh guna blender biasa kalau tiada juicer. Minum masa sejuk. Semua sayur tak perlu dimasak. Hanya dibasuh dgn baik. Kalau boleh beli yg organik.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.