Tahukah anda tempat tidur bayi merupakan salah satu tempat yang berisiko menyebabkan kematian pada anak?
Mungkin ada ibu bapa yang tidak terfikir tentang perkara ini kerana tempat tidur dirasakan tempat yang selamat untuk bayi namun sebaliknya boleh berlaku jika anda tidak menitikberatkan keselamatan tempat tidur untuk bayi.
Bagaimana cara untuk pastikan bayi anda selamat ketika tidur? Ikuti perkongsian Dr. Lim ini.
TIPS KESELAMATAN TIDUR BAYI
Salah satu nasihat penting yang saya terangkan kepada semua ibu bapa baru sebelum balik adalah tentang keselamatan tempat tidur. Kebanyakannya amat terkejut dengan saranan saya dan ada yang keliru kerana anak-anak sebelum itu sihat sahaja.
Kematian kot ataupun lebih dikenali Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS – Sudden Infant Death Syndrome) dapat berlaku kepada sesiapa pun dan salah satu penyebab utama adalah tempat dan cara tidur bayi yang tidak selamat.
Di Amerika Syarikat sahaja terdapat hampir 3500 bayi meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh SIDS. Kebanyakannya berlaku pada umur kurang daripada 6 bulan, terutamanya pada umur 2 hingga 4 bulan. Tiada statistik yang kukuh dicatatkan di Malaysia tetapi kes tetap berlaku setiap tahun.
TIPS KESELAMATN TIDUR BAYI
1️.Sentiasa tidur MENELENTANG (Sleep on Back) sebelum umur 1 tahun
🔹ELAK TIDUR TEPI ATAU MENIARAP!
🔹Pada setiap waktu sekiranya boleh, terutamanya untuk bayi yang tidak berpusing lagi
🔹Sekiranya bayi sudah bergolek, anda perlu lebih peka untuk ubahkan posisi
🔹Tetapi jika dia selesa dengan posisi tersebut, digalakkan untuk teruskan posisi meniarap dan pastikan persekitaran tempat tidur selamat
Ads
2️.Tidur BILIK SAMA sebelum umur 1 tahun
🔹Tidur dalam bilik sama mengurangkan 50% risiko SIDS
🔹Ia membolehkan penyusuan dan pemantauan lebih senang
3️.JANGAN tidur bersama bayi di TILAM YANG SAMA
🔹Bayi mesti mempunyai tempat tidur sendiri sama ada kot, katil, “Playpen”, basinet ataupun tilam sendiri
🔹Tilam sambungan ke katil ataupun tilam atas katil ibubapa tidak boleh digunakan untuk bayi
🔹Risiko bayi lemas disebabkan oleh tangan ataupun badan ibu atau bapa
4️. Tilam yang KEJAP dan tidak terlalu lembut
🔹Tilam lembut senang menutupi hidung jika bayi tertidur menelentang
🔹Ia akan menghasilkan ruangan kosong di tepi tilam dalam kot
🔹Pastikan tilam sesuai dengan ruangan kot , rata, kejap, dan tiada ruangan kosong
5️.Pastikan dalam kot HANYA TILAM tanpa bantal, selimut, mainan dan pad tepi
🔹Bayi tidak memerlukan bantal untuk tidur
🔹Bahan-bahan sekeliling meningkatkan bayi mati lemas terutamanya selimut, bantal dan pad tepi.
6️. Suhu yang sesuai
🔹Pastikan bayi tidak tidur tepat di bawah cahaya matahari dan mempunyai pengaliran udara yang baik
🔹Tidak tidur dengan selimut dan hanya dengan baju yang tidak longgar dan selapis kain bedung sahaja
🔹Kekalkan suhu pendingin udara pada 24 hingga 26 darjah Celcius
7️. Jangan menggunakan BUAIAN
🔹Buaian berisiko untuk kecederaan dan pendarahan dalam otak
🔹Bayi berisiko untuk jatuh daripada buaian
Ads
8️. Pastikan persekitaran yang bersih dan tanpa rokok
🔹Risiko SIDS bertambah terutamanya terdapat perokok di dalam rumah
🔹Lebih-lebih lagi ia akan meningkatkan risiko jangkitan kuman paru-paru untuk bayi
🔹Elakkan individu yang tidak sihat berdekatan dengan bayi
9️. Boleh menggunakan puting semasa tidur
🔹Bayi yang menggunakan puting bayi (Pacifier) semasa tidur mengurangkan risiko SIDS
🔹Mulakan puting bayi hanya selepas bayi sudah pandai penyusuan ibu, disarankan selepas 1 BULAN
🔹Jangan paksa jika bayi tidak suka, sesetengah memang tidak menyukai puting bayi
10. Penggunaan alat pemantauan tidur bayi: tiada bukti kukuh
🔹Kajian mendapati alatan-alatan ini tidak mengurangkan risiko SIDS
🔹Ia berpotensi meningkat risiko kerana terdapat alat yang perlu diletakkan di sekeliling dan pada badan bayi untuk pengesanan.
“Malang tidak berbau”
⚠️Kes bayi meninggal dunia semasa tidur, lemas disebabkan oleh hentakan tangan bapa di tilam sama pernah berlaku. Terdapat juga kes bayi lemas dijumpai di bawah selimut dan lemas tidur meniarap di atas bantal.
👨⚕️Kes-kes kematian bayi mengejut adalah kes yang paling susah diterima oleh ibu bapa mengikut pengalaman saya sebagai doktor kanak-kanak.
Ads
👉Lakukan tip-tip ini SEKARANG dan jangan menyesal kemudian!!!
Menjadi seorang ibu bukan lah perkara yang mudah. Kadang-kadang penat terjerit panggil anak untuk meminta tolong. Anak masih kecil kadang-kadang tak memahami kepenatan si ibu.
Tapi bila si ayahnya pulang dari kerja, hanya satu arahan dikeluarkan terus si anak laksanakan. Mungkin arahan yang diberikan lebih jelas dan tegas berbanding arahan dari ibunya. Kenapa begitu? Ikuti perkongsian daripada Tuan Mohd Firdaus Jailan
Isteri pernah tanya, kenapa papa cakap sekali anak dah gerak, saya cakap banyak kali anak tak gerak?
Saya jawab begini:
Orang perempuan kalau suruh senarai arahannya panjang. Belum masuk ayat penegasan dan penerangan yang tak perlu.
Contohnya :
Kerja sapu rumah.
Arahan papa : Abang adik ambil penyapu, sapu rumah dan bersihkan tong sampah sekarang.
Arahan mama : Abang adik tak nampak, ker rumah ni bersepah. Dari main game jer baiklah kemas-kemas rumah. Tu dekat dapur tu, sampah dah penuh, tak reti nak buang. Asyik main game sahaja.
Apa beza cakap papa dan cakap mama?
Cakap papa objektif jelas dan arahan jelas.
Cakap mama, banyak membebel dan arahan tidak jelas langsung.
Selepas setengah jam, mama akan patah balik dan bebel benda yang sama.
Biasanya ayat ini..
Mama dah cakap kan tadi, kenapa tak gerak lagi..Kamu ni tak fikir langsunglah, mama penat kerja, masak lagi, nak kemas rumah lagi. Nanti mama cakap dengan papa.
Papa pulak, lepas setengah jam kalau tak gerak terus tanya..
Mama, mana tali pinggang papa..Tak sampai 3 minit rumah dah siap kemas dan teratur.
Ramai suami yang merungut isterinya sangat cerewet. Balik rumah je membebel, itu lah, ini lah. Serba tidak kena dibuatnya. Tapi perasan tak suami-suami sekalian, isteri yang cerewet ini banyak juga manfaatnya.
Isteri cerewet hidup suami lebih sihat
Isteri yang cerewet boleh membuatkan suami hidup lebih sihat. Macamana ya? Ada satu kajian yang dibuat oleh researchers, mereka mendapat data dari sumber National Social Life, Health, and Aging Project untuk meneliti hubungan pasangan suami isteri dari sudut kualiti kesihatan mereka.
Kajian ini dibuat terhadap lebih dari 1200 pasangan suami isteri yang telah menikah lebih daripada 5 tahun dan responden berusia 57 hingga 85 tahun.
Daripada jumlah tersebut, seramai 389 responden mengalami diabetes. Fakta yang mengejutkan dari seorang Professor Sosiologi, Michigan State Universiti, Dr Hui Liu menemukan bahawa suami yang memiliki isteri yang cerewet ternyata lebih sihat dan terhindar dari penyakit diabetes. Jika yang menghidap diabetes sekalipun, ia masih boleh dikawal dan tidak kritikal.
Ini ternyata isteri yang cerewet terutama dari segi pengambilan makanan, ia sedikit sebanyak dapat membantu suami untuk menjaga tahap kesihatannya. Jikalau isteri tidak cerewet, dia akan biarkan suaminya nak makan apa, nak minum apa. Sedar-sedar kadar gula suami sudah terlalu tinggi, dan ini lebih memudaratkan.
Kebanyakan suami tidak begitu mengendahkan tentang pemakanan mereka, tambahan pula jika suami itu pula seorang yang kuat merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Dalam situasi ini, isteri sangat berperanan untuk cerewet dengan suaminya, demi menjaga kesihatan suami dan mudah-mudahan umur suami lebih panjang, in shaa Allah.
Bebelan isteri buktinya sayang suami
Menurut Dr Karen Ruskin, seorang Therapist kekeluargaan, beliau berkata bebelan isteri sebenarnya belum tentu menjadi tanda ketidakbahagiaan. Bahkan kata beliau, bebelan daripada isteri yang cerewet sebenarnya itu merupakan bukti yang dia sayangkan suaminya.
Oleh sebab itu, bagi suami yang mempunyai isteri yang cerewet, terutama cerewet dalam bab pemakanan, bab ibadat, bab-bab kebaikan, saya melihat ia sebagai suatu perkara yang baik untuk suami. Ia membantu mendisiplinkan suami dan dapat memanjangkan umur suami dengan izin Allah. Bersyukurlah….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Blogger dan Instafamous, Farah Lee telah berkongsi pengalamanya dalam mendidik anak menguasai tiga bahasa, Maream Esabel yang kini sudah berusia 4 tahun.
Farah Lee yang pernah menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejureteraan mekanikal, tidak melepaskan peluang untuk mengajar anaknya bahasa Korea. Kemana tidak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?
O: 이거는 머야.? (what’s this?) M: 치즈 (cheese in Korean) O: 영어로.? (in English.?) M: Cheese. O: 말레이어로.? (in Malay.?) M: Ceek.
[4years0month] Maream Esable
Anyway pada yang selalu tanya;
1. Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea.
2. Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..
3. Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke – dia start cakap pun before umur setahun.
4. Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”
5. Nampak juga dia minat bahasa2 lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa
Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi tak tahu menjadi ke tak kat anak korang.
Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.
Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.