Empat hari bertahan, akhirnya bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik.
Beliau berkata, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia kira-kira jam 2 petang (Ahad)
“Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.
“Jenazah cucu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Gambar arwah ibu dan kakak sulung yang kini menjadi anak yatim
Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta PERODUA Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun, bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Namun, bayi itu kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ads
Ketika pengebumian arwah ibunya baru-baru ini.
Dikebumikan bersebelahan pusara ibu
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya dalam kejadian itu yang dianggap kehilangan sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata tersembunyi hikmahnya buat sesetengah insan. Seperti pelakon jelita Nora Danish yang berkongsi tentang kejayaannya khatam Al-Quran sepanjang tempoh PKP dijalankan.
Dalam laman Instagram miliknya, Nora memuat naik sekeping gambar memeluk Kitab Suci Al Quran untuk tatapan umum.
Dalam posting tersebut, Nora mengucapkan rasa syukur hinggakan mengalir air mata kegembiraan kerana dapat khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.
Jelasnya ia mungkin mudah buat sesetengah orang tapi tidak untuk dirinya yang sentiasa padat dengan jadual kerja.
Malah Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pengikutnya di Instagram yang mendoakannya setiap kali dia memuat naik tentang hal tersebut selain doa dari suami dan ibu tercinta.
Dalam posting tersebut juga Nora turut mengucapkan terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran Digital Pen yang digunakan untuk proses khatam tersebut. Selain itu dia juga turut mengucapkan rasa terima kasihnya puan rakan artis Elizad yang menjadi pendorong buatnya teruskan niat khatam apabila melihat Elizad juga sudah khatam ketika PKP dilaksanakan.
Nora akui bukan mudah untuk dia habiskan bacaan tersebut, namun dengan tekad dan semangat akhirnya dia berjaya juga habiskan. Tambahnya bila semangat hadir, perasaan tak sabar untuk mula mengaji setiap hari hadir.
Apa yang lebih istimewa apabila momen berharga ini Nora Danish niatkan untuk sedekah kepada arwah papanya yang telah tiada. Nora berharap dengan posting yang dikongsikan ini dapat membuka niat kepada orang lain untuk sama-sama mengaji dan khatam Quran sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang ,tetapi tidak bagi Nora.
Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji
Aturan Allah
Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini.
Allah Maha Mendengar.
Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.
Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan
Tahniah Nora, moga apa yang dikongsikan menjadi asbab untuk orang lain juga turut serta. Kita kan memang digalakkan untuk terus membuat amal ibadat sepanjang berpuasa. Jadi bagi yang ada masa gunakan sebaiknya untuk aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dunia dan akhirat.
Seorang warga emas berputih mata apabila apabila kerugian RM974,000 selepas ditipu sindiket pelaburan saham tidak wujud, bulan lalu.
Tanpa sedar, mangsa telah menekan pautan sehingga melibatkan kerugian hampir 1 juta! Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, mangsa yang berusia 67 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari laman Facebook pada 4 Disember lalu.
“Mangsa telah menekan pautan yang diberikan seorang wanita lalu dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp dan diminta untuk memuat turun satu aplikasi.
Menurut Zulkafli, mangsa menyedari ditipu selepas semakan dilakukan di Google mendapati pelaburan tersebut tidak wujud dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan semakan sebarang bentuk tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
“Semakan perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.
“Mangsa kemudian melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM974,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.