Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Eleena Sui dan suami yang bakal menimang anak pertama tidak lama lagi.
Bersempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu, Eleena mendedahkan yang dia kini hamil tujuh bulan.
Menerusi Instagramnya, Eleena juga sempat berkongsi perjalanan kehamilannya yang melalui pelbagai dugaan.
Kata Eleena, dia terpaksa melalui pelbagai dugaan termasuklah berlaku empat kali tumpah darah.
” Semalam adalah ulang tahun keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan senang hati mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi,” katanya berkongsi khabar gembira.
Namun dalam pada itu, Eleena turut mendedahkan yang dia hampir empat kali tumpah darah dan setiap minggu terpaksa berulang alik ke hospital mendapatkan pemantauan.
Ads
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, alhamdulillah saya sudah memasuki trimester ke-3.
“Insyaallah, kami menjangkakan kelahiran bayi sulung kami ini pada bulan Ramadhan yang akan datang,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi khabar gembira, bahkan Eleena juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghormati privasinya dalam tempoh dia berehat daripada media sosial dan tuntutan kerja.
Ads
“Terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di masa saya berada dan adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja.
” Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang semuanya!
” Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2017. Dan kini mereka sedang menanti kelahiran anak pertama.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eleena.sui
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri. Tidak mudah menghadapi sembilan bulan kehamilan kerana ada saja cabarannya. Jika kurang bernasib baik, mungkin akan mengalami alahan yang teruk. Seksanya kalau mabuk-mabuk waktu hamil ni, Allah SWT sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Rezeki anak menjadi milik Yatt Hamzah. Sementelah dia sedang menyusu, langsung tidak menyedari diri sedang hamil. Yang disangkanya ialah simptom perut membuncit kerana kenaikan berat badan atau kegemukan.
Yatt yang kini sedang hamil 12 minggu anak keempat berita gembiranya di Instagram. Pengacara dan pelakon ini berkongsi yang keberadaan insan kecil di dalam rahimnya hanya disedari pada minggu terakhir Ramadan yang lalu.
Sempena mengambil keberkatan Syawal, Bonda Ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat & followers. Bonda kini hamil anak ke – 4. #Alhamdulillah Minggu terakhir Puasa baru sempat ke Klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih.
MOHON DOA AGAR SEMUA BERJALAN LANCAR
Yatt juga mohon agar follower mendoakan agar semuanya berjalan lancar memandangkan dia turut perlu memberikan perhatian kepada tiga lagi anak yang lain iaitu Suci Hanania Malika, 8 tahun, Suci Humaira Iqlima, 3 tahun dan Suci Hayfaa Medina, 1 tahun.
Mohon doa semua agar Bonda yang lasak dan aktif menjaga 3 anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dlm kandungan selamat & kuat ya.. Aameen Ya Rabb..??❤️Ok now Bonda nevess nak tambah 1 lg ni.. Moga Allah permudahkan.. ?
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
INGATKAN GEMUK, TIDAK SYAK DIRI HAMIL
Dalam posting lain, Yatt turut bercerita tentang bagaimana kehamilannya dikesan. Awalnya, pelakon dan pengacara ini tidak mengesyaki diri hamil sebaliknya gemuk. Lebih-lebih lagi dirinya sedang menyusukan.
Kelakar bila teringat masa mula2 perasan perut ni buncit. Mati-mati ingat symptom kegemukan. Langsung tak syak preggy sebab fully bf baby mmg jarang period, so mmg tak tahulah kalau preggy melainkan check.
REDA DALAM SYUKUR
Ibu ini juga melahirkan rasa pasrah, reda dan bersyukur kepada takdir Allah mengurniakan anak keempat walau pun anak ketiganya masih kecil.
Tu yg x tahu sampailah masuk minggu terakhir Ramadhan, dah lain macam buncit ni, baru tergerak hati nak test dg pregnancy test dlu then baru ke klinik. Dalam hati mmg ragu-ragu, macam tak percaya sebab kesian Medina kan kecil lagi. Baru setahun tak puas bermanja takkanlah dah nak dapat adik. Tapi bila tgk positive kat strip pregnancy test tu, terus terdiam dan terkejut. Mampu redha dalam syukur.
SPEECHLESS, TETAP RASA TERUJA WALAU PUN KALI KEEMPAT HAMIL
Yatt juga tidak menafikan diri tetap teruja, sebak dan gementar pada kali pertama melihat si kecil di dalam rahimnya saat ujian imbasan.
Lepas tu terus buat appointment utk Ultrasound di @klinik_anda_wangsa_melawati dengan Dr Sakinah yang baik lagi cantik tu, untuk confirmkan pregnancy ni. Bila scan je terus muncul makhluk comel ciptaan Allah di skrin Ultrasound tu.
Terus bergenang air mata. Speechless, walaupun dah 4 kali lalui fasa yg sama ni tapi masih perasaan yang sama ku rasa, sebak, gembira, gementar. Pandang suami, dia senyum saja dengan muka selambanya.
HARAP BABY BOY
Setelah memiliki 3 puteri, Yatt dan suami mengharapkan bayi kali ini lelaki. Bagaimana pun sekiranya dikurniakan bayi perempuan, asalkan sihat dan sempurna, dia tetap bersyukur.
Tapi tahu dia pun happy dan kalau boleh kali ni nk baby boy. Alhamdulillah Dr Sakinah kata baby masa tu berusia 10 minggu 4 hari dan dalam keadaan sihat cuma masih tak nampak jantina kerana msh terlalu kecil. Alhamdulillah terima kasih @klinik_anda_wangsa_melawati
Bonda ni pun kalau boleh nak boy sebab semua all 3 girls kan. Tp Kalau Allah nak bagi girl juga tak kisah, asalkan baby sihat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah.
KAKAK-KAKAK EXCITED
Bakal menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga, anak-anak Yatt turut menunjukkan rasa teruja. Yatt berharap semuanya dipermudahkan, lebih-lebih lagi untuk menjaga 4 cahaya mata selepas bersalin nanti.
Yang paling excited semestinya #theSucis Kak Nia & Iqlima. Yeayy, Bonda ada baby baru.. kata dorang. Medina pun dah tersengih-sengih tengok kakak-kakaknya happy. Hehehe..
Tak tahu yang Bonda dah berpeluh-peluh memikirkan apa lah nasib Bonda nanti bila all 4 bergabung. Yg 3 ni pun Bonda dah collapse!?
Doakanlah Bonda dan baby dlm perut ni sama2 kuat berjuang melayan kerenah 3 kakaknya, selamat dan sihat hinggalah hari dia berjumpa dengan kakak-kakaknya nanti. Aameen.