Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup antara yang disyorkan. Pun begitu jom ketahui, posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa.
Plasenta atau uri adalah satu struktur yang berkembang di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Plasenta ini bersambung dengan bayi melalui tali pusat.
Uri berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi selain mengeluarkan bahan buangan daripada bayi dalam kandungan.
Dalam kebanyakan kehamilan, plasenta akan melekat pada bahagian atas atau sisi rahim.
Manakala situasi uri bawah pula berlaku apabila plasenta menutup sebahagian atau keseluruhan serviks ibu – merupakan saluran keluar untuk rahim.
Jenis-jenis uri bawah:
Previa lengkap – Bukaan serviks ditutup sepenuhnya
Previa separa – Sebahagian daripada serviks ditutup dengan uri
Previa sisi – Memanjang hanya ke tepi serviks
Bagi wanita dengan isu mengandung uri bawah, anda mungkin akan mengalami pendarahan sepanjang kehamilan dan juga semasa bersalin.
Ads
Doktor biasanya akan menyarankan untuk anda mengelakkan aktiviti yang mungkin menyebabkan kontraksi seperti melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon.
Di samping itu, anda juga akan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan seperti berlari, mencangkung dan melompat.
Jika keadaan plasenta previa ini tidak sembuh, anda mungkin akan bersalin melalui pembedahan.
Risiko komplikasi uri bawah
Terdapat beberapa risiko komplikasi serius yang boleh berlaku kepada wanita hamil dengan masalah plasenta previa ini, antaranya:
Ads
* Pendarahan utama atau hemorrhage kepada ibu
* Kejutan akibat kehilangan darah
* Tekanan pada janin akibat kekurangan oksigen
* Kelahiran pramatang
* Risiko kesihatan kepada bayi – jika dilahirkan pramatang
* Bersalin caesarean kecemasan
* Histerektomi (buang rahim) – jika plasenta gagal keluar daripada lapisan rahim
* Kehilangan darah pada bayi
* Spektrum plasenta akreta – plasenta tumbuh ke dalam atau melalui dinding rahim. Risiko pendarahan yang tinggi semasa mengandung atau semasa dan selepas bersalin
* Kematian
Posisi tidur ibu hamil
Berikut antara posisi yang disarankan buat wanita hamil dengan masalah uri bawah:
1. Berbaring mengiring
Wanita hamil dengan plasenta previa sangat dinasihatkan untuk tidur berbaring mengiring ke kiri. Kedudukan dipercayai dapat mengurangkan tekanan pada rahim supaya aliran darah dan nutrien untuk janin serta plasenta lebih lancar. Di samping itu, mengiring ke kiri tidak akan memberi tekanan kepada jantung.
2. Tidur dengan sokongan
Satu lagi posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa ialah berbaring dengan meletakkan bantal sebagai sokongan.
Ads
Letakkan beberapa bantal di kepala dan belakang badan supaya kedudukannya seperti separuh duduk. kedudukan ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa.
Bukan itu sahaja, posisi separuh duduk juga boleh mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati pada waktu malam.
Kena minum air gula waktu mengandung memang boleh buat ibu mengandung rasa nak termuntah. Sebenarnya ada tips yang ibu-ibu boleh buat supaya tak rasa loya dan termuntah bila minum air gula.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi berkongsikan tips berguna tersebut. Selamat mencuba
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian
Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
Kena puasa bermula jam 10 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.
Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah.
Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun. ( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa )
Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. Jangan makan lagi time ni, sabarr.
Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow-slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Kongsikan di sini agar ramai boleh memanfaatkannya.
Selamat minum air gula !
Sumber Muhammad Izzat Abdul Razak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, penyanyi dan pengacara versatil, Elly Mazlein atau lebih dikenali Kak Lina Pom Pom yang kini sedang hamil anak kedua dah mula membuat persiapan menyambut kehadiran orang baru dalam keluarganya tak lama lagi.
Melalui perkongsian di Instagram Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia berkongsi sekeping foto yang memaparkan dua buah katil yang ditempah khas bagi bayi yang bakal dilahirkan serta anak perempuannya, Putri Sara Sefhia atau mesra dipanggil Manja.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila pelakon yang popular dengan drama bersiri Kampung People ini dilihat menempah dua buah katil berwarna merah jambu dan biru kelabu.
“Alhamdulillah katil Manja & baby dah 50% siap ..
Tungu hasilnya nanti ya. Tq @impian_home loveeeee sangat,” tulis Elly.
Kalau dapat baby boy rezeki Kak Lina
Menjengah di ruangan komen posting tersebut, ramai yang mula berteka teki dan tidak sabar menantikan kehadiran bayi Kak Lina dan Cikgu Azlan.
Rata-ratanya meneka bayi dalam kandungan Kak Lina adalah bayi lelaki. Jika betul, kira rezeki Kak Lina setelah keguguran tahun lalu.
“Macam baby boy je..”
“Awww baby boy ke..
“Alhamdulillah dapat sepasang..”
Sebelum ini, Kak Lina pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Selepas itu, Kak Lina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Azlan Che Noh pada Januari 2020 dan disahkan hamil anak kedua pada April lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri. Tidak mudah menghadapi sembilan bulan kehamilan kerana ada saja cabarannya. Jika kurang bernasib baik, mungkin akan mengalami alahan yang teruk. Seksanya kalau mabuk-mabuk waktu hamil ni, Allah SWT sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.