Sarapan pagi atau minum petang ada waktunya begitu membosankan anak kecil kita. Tempoh dua waktu ini adalah masa mereka bermain dengan aktif dan disebabkan itulah makanan sering tidak diendahkan pada waktu ini. Mama haruslah lebih bijak dan kreatif dalam memberikan ‘rasa’ kepada anak.
Idea kreatif ibu ini, Norlaila Mohd Yusoff yang menyediakan Epal Karamel ke dalam oat anak boleh juga dicuba untuk menarik perhatian anak. Salah satu rasa semulajadi tetapi masih mengekalkan kesihatan yang baik pada anak kecil kita. Jom cuba. Mana tahu anak kita makan sampai licin.
Epal karamel kayu manis. Kemain panjang nama!
Bahan-bahan:
Ads
2 biji epal saiz kecil (saya guna epal fuji sebab manis)
Unsalted butter (UB)
Sedikit kayu manis
Mula-mula Ibu sagat epal. Tak nak sagat pun boleh. Potong kiub. Lepas tu steam kan atau rebus pun boleh kasi empuk.
Panaskan UB, lepas tu masukkan epal. Dah agak sebati dan masak tu masukkan serbuk kayu manis. Lepas tu masukkan epal. Kacau-kacau sampai sebati.
Ads
Dah siap tu tabur sikit serbuk kayu manis. Ibu sagat je sikit batang kayu manis tu. Takde yang serbuk.
Dah sejuk Ibu masukkan dalam bekas kecil macam ni. Letak dalam chiller.
Oat bersama epal karamel. Boleh juga campurkan sekali labu, pisang dan kismis.
Ada ketikanya, kek batik yang kita hasilkan kurang menjadi. Ada yang lembut dan tidak rangup malah coklat ganache nya juga kurang menyengat.
Resipi siap lengkap dengan langkah demi langkah bergambar yang dikongsikan oleh Pn Noor Ashikin Saerah ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, lengkap dengan gambar satu demi satu. Confirm menjadi!
Kek batik ‘melting’ saya ni resipi asalnya hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa di FB. Tapi, saya dah olah supaya kurang manis & ganachenya lebih rich.
Susu pekat tu, dari 1 cawan, saya kurangkan kepada ¾ cawan & kurangkan lagi kepada ⅔ cawan. Yes. Hasilnya tak lah manis menyengat sangat & kena dengan selera saya & geng² KFC, kawan² adik saya ni.
Kek Batik ‘Melting’/ Kek Batik Ganache Coklat
Bahan-bahan (Loyang 10 inci x 10 inci):
Lapisan Bawah
2 bungkus (600 g) biskut Marie
1 ketul (250 g) mentega
½ cawan air
⅔ cawan susu pekat manis
½ cawan serbuk koko
1 cawan Milo
2 biji telur
1 sdt pes vanila
Lapisan Atas
1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
200 g coklat gelap
200 g coklat susu
2 sdb mentega
½ sdt minyak hazelnut
LB: – Alas loyang dengan kertas pembakar.
– Patah-patahkan biskut Marie. – Cairkan mentega di dalam kuali. – Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil. – Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api. – Masukkan biskut Marie. Gaul rata. – Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.
LA: – Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas. – Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil. – Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit. – Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati. – Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut. – Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.
Nota:
– Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih seri muka antara kuih tradisi yang sangat sedap! Lapisan bawah terdapat pulut yang sangat lembut dan lapisan santanya lemak-lemak manis. Ramai yang nak belajar buat kuih ini tapi tak yakin kerana takut tak menjadi.
Jangan risau lagi kerana resipi yang dikongsi ini sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan juga antara yang mudah didapati. Selamat mencuba!
RESIPI SERI MUKA PANDAN👇
Bahagian bawah:
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkan santan & garam kukus dalam talam selama 25minit) then angkat penyek-penyek bagi padat.
Bahagian atas..(tepung):
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal.
Secubit garam
Masukkan semua bahan-bahan, kisar hingga adunan halus..kemudian tapis dan masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan..kukus 30 minit..siap, boleh guna cawan apa-apa jenis, asalkan sukatan guna cawan yang sama.
👉Untuk pulut saya guna pulut susu. Rendam sekejap. Kemudian toskan baru campur santan, garam dan kukus.
👉saya kukus pulut berasingan kemudian baru letak dalam bekas tu dan tekan-tekan bagi padat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang sudah pun mempunyai pengalaman menyediakan bekalan anak ke sekolah tadika atau pra sekolah pastinya tidak punya masalah dalam menyediakan sarapan sekaligus bekalan buat anak. Ibu yang baru pertama kali pastinya memerlukan perancangan yang tepat untuk penyediaan sajian ini agar semuanya berjalan lancar di pagi hari.
Siapkan bekal anak juga tidak perlulah menu yang berat. Ikut kemampuan ibu untuk sediakannya. Jika ada masa lebih, sediakan menu yang lengkap untuk anak. Perkongsian ibu ini, Puan Fazira Salleh boleh juga mama cuba. Walaupun bekerja tetapi tetap sediakan bekalan untuk anak. Simple je tapi lengkap nutrisi. Jom intai resipinya.
BUKTI KEGIGIHAN SIAPKAN BEKAL ANAK
Sebab anak sekolah SJKC, jadi marilah kita menggigihkan diri siapkan bekal. Tapi maaflah…tak ada hiasan fancy-fancy macam bento semua tu, pasal mak bekerja nak. Konsep dia, asal kenyang sudah. Hahahaa!
(Memasak 15 minit)
1. Panaskan kuali dengan minyak sedikit dan tumis bawang kisar dan ayam cincang.
2. Masukkan lobak dan kemudiannya nasi. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Kacau telur dan tuang atas kuali tak melekat.
4. Golek-golekkan kuali supaya telur jadi nipis dan lebar.
5. Balut nasi tadi dengan telur. Siap!
*Yang merah atas telur tu sos ya, bukan darah jari mak yang terluka masa potong sayur sebab mengantuk bangun pukul 5 pagi.
NASI AYAM EKSPRESS
Bahan-bahan
=====================
1/2 cawan nasi
1 sudu susu cair
2 sudu stok ayam/ Suku kiub pati ayam
1 potong ayam
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tiram
Memasak (10 minit)
====================
1. Kukus nasi dengan pati ayam dan susu cair.
2. Sementara tunggu nasi masak, potong ayam kecil-kecil.
3. Masak ayam dalam kuali dan masukkan kicap dan sos tiram.
4. SIAP!
** kalau telur rebus pun nak kena bagitau macama mana cara nak masak dia, memang mintak kaki laaa.
PASTA TOMATO
Bahan-bahan
======================
1/2 mangkuk pasta spiral
1 ulas bawang putih cincang halus
1 sudu bawang merah kisar
1 sudu daging cincang
1 cawan pes tomato
1 cubit mix herbs
2 @ 3 butang cendawan hiris nipis
Memasak (10 minit)
=======================
1. Tumis bawang, bawang putih dan daging kisar sampai naik bau.
2. Masukkan pes tomato, mix herbs dan cendawan butang.
3. Perasakan dengan gula/garam.
4. Siap!
*Buah oren, macam biasa. Pilih yang bontot lobang tu haaa…kompem manis.
PANKEK NUTELLA
Bahan-bahan
==================
1 cawan susu cair
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking soda
2 sudu butter
Secubit garam
Memasak ( 10 minit)
======================
1. Campak je semua bahan dalam blender. Kalau dah tak berketul tu kira ngam dah.
2. Panaskan kuali tak melekat yang dah terperap lama dalam lemari tu.
3. Api jangan kuat sangat eh.
4. Pastu pakai senduk yang kau buat ceduk sup tu, tuang satu senduk kat atas kuali tadi.
5. Bila ko tengok dah berbuih-buih, terus terbalikkan.
6. Sapu satu side dengan nutella, kampuh dua keping
7. Siap!
** Cakap kat anak, ini dorayaki yang doraemon baru hantar special pagi tadi. Kompem makan banyaaakk!
Memasak (10 minit)
===========≠=========
1. Rebus spagetti sampai lembut
2. Tumis bawang putih dengan marjerin/mentega sampai wangi
3. Masukkan susu cair,kacau sekejap
4. Gaul kuah dengan spagetti tadi dan perasakan dengan garam
5. SIAP!
*Atau kalau malas, bangun rebus spagetti je. Lepas tu panaskan kuah yang dah siap dalam tin tu. Atau kalau malaaas lagi, spagetti pun ko mintak encik suami tolong rebuskan. Uhuii.
Intai resipi-resipi ringkas lain yang disediakan olehnya di facebook. Semuanya sedap dan ringkas sahaja untuk anak. Paling penting anak kenyang dan bersedia untuk menimba ilmu di sekolah.
Tip Siapkan Anak Ke Sekolah
* Rancang menu seminggu supaya senang nak set minda nak masak apa dan sediakan bahan-bahan untuk seminggu.
* Jangan lupa tanya apa menu yang anak-anak ingin bawa ke sekolah. Ambil kira pendapat anak supaya barulah anak selera dan ternanti-nanti untuk makan.
* Tak perlulah serius sangat, sambil-sambil anak main boleh tanya apa dia nak makan dan suka bawa ke sekolah.
* Tak perlu juga menu yang berat dan sarat, menu simple dan anak senang nak makan sendiri adalah menu terbaik.
* Tip nak masak pula perlulah disiapkan awal. Malam sebelum nak masak, wajib siap potong semua bahan, tinggal nak masak saja esok pagi.
* Bahan-bahan basah jangan dilupa. Ni paling penting, turunkan di bahagian bawah supaya senang nak masak.
* Bangunlah awal dari biasa. Tak perlu lama pun, anggaran masa 30 minit hingga 45 sahaja di dapur.
* Bekas bekal anak pastikan letak setempat. Tak adalah baru nak tercari-cari bila nak isi makanan. Buang masa.
* Ajar anak ambil makanannya sendiri dan masukkan dalam beg. Mudah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.