Epal yang dipotong selalunya akan menjadi lebam dan kelihatan kurang menarik. Apabila terlalu lama disimpan dan tidak dimakan, epal juga menjadi kurang rangup. Bila sudah lebam dan kurang rangup tentu tiada siapa sudi menjamahnya.
Bagi mengelakkan pembaziran ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan. Melalui perkongsian Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
EMPAT PETUA ELAK BUAH EPAL LEBAM LEPAS POTONG WALAUPUN TERDEDAH
Boleh guna cara 1 dan 2 kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller.
Ads
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan sudah boleh dihidangkan.
Ads
Ads
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.
CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.
TIP UNTIK KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
BOLEHKAH MASUKKAN LEMAK DALAM BUBUR & PURI?
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kudapan rangup memang buat anak terujanya lain macam untuk makan. Apa kata mama selitkan sedikit kudapan sihat ini, Popia Enoki rangup untuk bekal anak.
Macam mana nak buat? Paling mudah, hanya balut sahaja dengan kulit popia dan goreng. Mudah kan? Jom cuba perkongsian resipi Zatul Akmal.
Hari ni buat popia enoki goreng crispy sambil siapkan bekal anak sekolah agama.
Bahan-bahan:
Kulit popia
Cendawan enoki
Tepung bestari dan tepung gandum -jadi gam
Basuh bersih cendawan enoki dan toskan airnya.
Kulit popia pula di potong kepada empat bahagian.
Ambil satu bahagian, balutkan cendawan enoki dengan kulit popia dan gamkan di hujungnya menggunakan campuran tepung tadi.
Celup dalam bancuhan tepung bestari, angkat dan celup pula dalam tepung bestari.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Selain Chicken Feet Stock atau Serbuk Ikan Bilis yang dijadikan penambah perasa dalam makanan anak kecil kita, mama boleh juga variasikan sumber makanan lain bagi menambah perasa dalam makanan anak. Idea menghasilkan stok pes tomato ini juga dapat membantu memberikan lebih ‘rasa’ pada anak.
Kiub pes tomato yang dikongsikan oleh Puan Erin Hillary ini di instagramnya @Mommy_EH memang menarik malah boleh dijadikan contoh untuk menyenangkan ibu-ibu memasak untuk anak. Balik sahaja kerja, keluarkan kiub dan campak sahaja ke dalam makanan anak.
Bukan anak sahaja, makanan untuk kita juga boleh digunakan. Paling penting bukan hanya tomato bahkan turut dicampurkan sayur-sayuran lain sebagai penambah rasa. Sihat!
Kapsikum sebagai optional. Untuk tambahkan lebih warna, kisarkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan sampai jadi pes.
Simpan pes yang dah siap dalam peti sejuk selama seminggu dan sejuk beku boleh tahan sampai 3 bulan.
Campurkan tomato dengan lobak merah, kapsikum, bawang merah dan bawang putih.
Masak hingga pekat.
Sejuk bekukan dan boleh tahan sampai 3 bulan.
Boleh sediakan spageti, nasi tomato, pizza, tomato soup, tomato mee dan masak merah untuk ahli keluarga lain. Senang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.