Epidural, episiotomy, czer, perancang, semua tinggalkan kesan, bukan ‘cheatcode.’ Dalam dunia keibuan, banyak istilah perubatan yang sering disebut namun masih disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Epidural, Episiotomy, Czer, Perancang, Semua Tinggalkan Kesan, Bukan ‘Cheatcode’
Antara yang sering menjadi topik perbincangan ialah penggunaan epidural, prosedur episiotomi, kelahiran melalui pembedahan Caesarean (Czer), serta pilihan menggunakan perancang keluarga.
Kesemua ini bukanlah “jalan pintas” atau “cheatcode” untuk mengelakkan kesakitan atau tanggungjawab, sebaliknya adalah langkah perubatan yang membawa kesan fizikal dan emosi kepada wanita.
Epidural, episiotomy, czer, perancang – semuanya tinggalkan kesan bukan ‘Cheatcode’.
Kesan yang ditinggalkan bukan setakat pada tubuh, tapi juga pada jiwa isteri.
Sayangnya, tak semua suami faham pengorbanan ini.
Ada yang sakit bertahun lepas bersalin.
Ada yang tinggalkan kesan parut pada tubuh.
Ada yang badan dah tak sama.
Ads
Ada yang pendam perasaan sebab tak nak suami risau.
Tapi sayangnya… tak semua suami faham.
Kadang-kadang, isteri harungi semua sorang-sorang.
Padahal dalam perkahwinan, beban patut ditanggung sama-sama.
Jadi, anda seorang suami…
Dengar, tengok, dan cuba faham.
Sebab kadang, pelukan dan kata “Saya ada dengan awak” tu dah cukup untuk buat isteri rasa kuat.
Ads
Untuk semua isteri yang tengah bertahan — anda kuat, anda tak sendiri.
Epidural: Bukan Pilihan Mudah
Epidural ialah sejenis suntikan bius yang diberikan ke ruang epidural di tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Ada yang beranggapan bahawa wanita yang memilih epidural “tak tahan sakit” atau ingin “mudahkan kerja”, namun hakikatnya, prosedur ini memerlukan keputusan yang matang serta risiko yang dipertimbangkan secara menyeluruh. Epidural boleh memberikan kelegaan besar, tetapi ia juga boleh membawa kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit belakang, atau kesukaran bergerak selepas bersalin.
Episiotomi: Luka Yang Perlu Dipulih
Episiotomi adalah potongan kecil yang dibuat di kawasan perineum untuk memudahkan kelahiran bayi. Ramai ibu yang melalui prosedur ini mengalami kesakitan berpanjangan, ketidakselesaan semasa duduk, dan perubahan dalam hubungan intim selepas bersalin. Ia bukan prosedur kecil yang boleh dipandang ringan – sebaliknya ia memerlukan penjagaan rapi dan masa untuk pulih sepenuhnya.
Pembedahan Caesarean (Czer): Pilihan Atau Keperluan?
Pembedahan Caesarean sering disalah anggap sebagai cara “mudah” untuk melahirkan. Hakikatnya, Czer adalah prosedur pembedahan besar yang melibatkan pelbagai risiko seperti jangkitan, pendarahan, serta tempoh pemulihan yang lebih lama. Bagi ramai wanita, Czer bukan pilihan, tetapi satu keperluan demi keselamatan ibu dan bayi. Luka fizikal dan emosi selepas Czer sangat nyata dan memerlukan sokongan serta pemahaman masyarakat.
Perancang Keluarga: Hak Wanita, Bukan Alasan
Penggunaan perancang keluarga sering dikaitkan dengan stigma negatif. Sesetengah pihak menyalah tafsir penggunaannya sebagai usaha untuk “lari” dari tanggungjawab atau tidak mahu anak. Sebenarnya, perancang keluarga adalah langkah bijak yang membolehkan pasangan merancang kehidupan secara seimbang – dari aspek kesihatan, kewangan, dan masa depan anak-anak. Ia adalah hak wanita untuk membuat keputusan tentang tubuh mereka, dan pilihan ini sepatutnya dihormati.
Ads
Setiap keputusan yang diambil oleh seorang wanita berkaitan kehamilan dan kelahiran adalah satu bentuk perjuangan. Sama ada memilih epidural, melalui episiotomi, menjalani pembedahan Czer, atau menggunakan perancang keluarga, semuanya mempunyai implikasi yang mendalam dan tidak boleh diperkecilkan.
Bukan satu pun daripadanya merupakan “cheatcode” – semuanya memerlukan kekuatan, ilmu, dan keberanian. Marilah kita sebagai masyarakat menjadi penyokong dan bukan pengkritik dalam perjalanan luar biasa ini.
Tahniah diucapkan buat pasangan diraja, Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.
Dalam pada itu, menerusi Instagram peribadinya, Che Puan Khaleeda turut berkongsi hal yang sama malah turut berkongsi beberapa keping gambar dan perutusan khas di atas kelahiran itu.
” Alhamdulillah” tulisnya ringkas di Instagram.
Meninjau di laman twitter, TMJ juga turut meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan rezeki pada bulan mulia penuh keberkatan itu.
“Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata di bulan mulia yang penuh keberkatan ini,” kongsinya ringkas.
Tidak hanya menyampaikan perkhabaran gembira, bahkan turut sama mengumumkan nama penuh indah yang dipilih bagi cahaya mata keempat ini, Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, Instagram pasangan diraja ini turut dihujani dengan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keempat mereka.
Tahniah buat TMJ dan Che Puan Khaleeda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @ymchepuankhaleeda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awet sihat awet muda tentu menjadi impian setiap daripada kita. Mari ikuti tip daripada Dr Hamid Arshat dan nasihat Tun Dr Mahathir ini.
Dato’ Dr Hamid bersama cucunya.
Pakar O&G terkenal, Dato’ Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi tip berguna untuk sihat dan awet muda. Beliau yang dilahirkan pada 4 Januari 1945, masih cergas, kuat dan aktif berkhidmat di klinik beliau. Ini membuktikan tip yang diberikan beliau berkesan pada dirinya yang kini berusia kini pada usia 73 tahun dengan izin Allah. Berikut ialah posting Facebook beliau yang telah dikongsikan;
AWET SIHAT AWET MUDA
1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit Alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas seperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukannya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita seperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali.
Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya Al-mulk, Sajadah, Assaf, Al-insan, Al Qiamah, separuh Al Wakiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal Al-Quran, kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4.Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain memberi menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi, malah ia juga banyak memberi kebaikan kepada otak. Senaman menambah sel-sel neuron, menguatkan sambungan dan mencegah kerosakan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
Bersama Tun Dr Mahathir.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.
Seperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan ditapak tangan.
Satu kajian dilakukan ke atas kanak-kanak yang mempunyai tabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari mendapati mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
Buku coretan saya
9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting bagi pertumbuhan sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast food dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan Alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak, meningkatkan ingatan dan meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel-sel neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telur mengandungi choline iaitu asid amino yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-sel otak.
9.5 Pisang, sayur hijau dan kekacang mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel-sel otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stres. Penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan
NASIHAT TUN MAHATHIR
AWET SIHAT AWET MUDA. NASIHAT TUN MAHATHIR1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit2 kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.Satu kajian keatas kanak2 yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.Buku coretan saya9. Makan terbaik untuk otak.Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur2 dan buah2 sangat penting bagi pertumbuhan sel2 otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel2 otak.9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.9.5 Pisang, sayur2 hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan se2 otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2 otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.10. Permainan otak / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.11. Cegah stress dan rawat penyakit2.Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.Stress meracuni sel2 otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau, bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.
Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
RISIKO BAHU TERSANGKUT KEPADA BAYI
Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti;
Patah tulang bahu.
Kecederaan pada saraf.
Kekurangan oksigen (birth asphyxia).
Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.
7 KEADAAN MENINGKATKAN TERJADINYA BAHU BAYI TERSANGKUT SEMASA PROSES KELAHIRAN
Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.
Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya.
Ibu yang menghidap kencing manis.
Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis.
Indeks jisim tubuh (BMI) ibu lebih dari 30.
Kelahiran secara paksa (indius).
Proses bersalin yang sangat lama.
Kelahiran menggunakanventouse atau forseps.
DALAM KECEMASAN, LANGKAH-LANGKAH INI AKAN DILAKUKAN
Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alertakan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan.
Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi. #1. Doktor akan menyuruh ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre. #2. Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut. #3. Andai manouvre kedua gagal, doktor akan memasukkan tangan dalam vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut diatas. #4. Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.
IBU KENCING MANIS PASTIKAN GULA TERKAWAL
Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini.
Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimana pun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.