Bius epidural banyak diambil oleh ibu-ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal. Ambil tahu tentang bius ini, cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil.
Kefahaman yang jelas dan pengetahuan tentang epidural boleh memberikan anda pilihan dalam mendapatkan alternatif melegakan kesakitan ketika bersalin. Poliklinik Az-Zaara berkongsi info mengenai bius ini.
EPIDURAL ANESTHESIA. OK KE TAK?
Ramai ibu bersalin ambil bius epidural ini. Statistik menunjukkan lebih 50% ibu bersalin normal menggunakan epidural.
Yang belum pernah ambil tu, pastikan faham dulu apa itu epidural, sebelum request nak ambil epidural. Sebab nanti tengah sakit nak bersalin, susah dah nak concentrate masa Doktor explain pasal epidural ni.
Epidural ini tujuan dia untuk menghalang rasa sakit. Kalau bagi full epidural, ibu yang nak bersalin tu boleh senyum je. Thats why masa c-zer, ada ibu yang sedar, boleh borak-borak dengan husband sambil doktor buat operation. Memang langsung tak sakit.
CARA EPIDURAL BERFUNGSI
Jom fahami bagaimana epidural berfungsi.
Rasa sakit adalah berpunca dari receptor sakit yang diaktifkan. Jadi receptor sakit ini akan menghantar isyarat menggunakan elektrik impulse, impulse ini akan melalui saraf peripheri, ke saraf tunjang di tulang belakang dan akan sampai ke otak.
Otak akan proses isyarat tersebut dan kenal pasti ia sebagai isyarat dari pain receptor dan memberi rasa sakit pada bahagian tersebut.
Jadi, epidural ni bertindak dengan menghalang receptor dari saraf peripheri ke saraf tunjang. Jadi otak tidak menerima sebarang isyarat sakit, jadi ibu tersebut pun tidak merasa sebarang kesakitan.
BAGAIMANAKAH EPIDURAL DIBERIKAN?
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang.
Ads
Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
KEBAIKAN BIUS EPIDURAL
Membolehkan anda untuk berehat jika proses bersalin anda berpanjangan.
Dengan mengurangkan ketidakselesaan melahirkan anak, ada wanita yang mengalami pengalaman kelahiran yang lebih positif. Biasanya, epidural akan mengekalkan anda sedar dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.
Jika anda perlu melalui caesarean, bius epidural akan membuatkan anda sedar dan juga menghilangkan kesakitan yang semasa pembedahan tersebut.
5 RISIKO BIUS EPIDURAL
#1. TEKANAN DARAH MENURUN
Ads
Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba jatuh.
#2. SAKIT KEPALA TERUK
Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
#3. MENGGIGIL, LOYA & SUKAR BUANG AIR KECIL
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
#4. PERLU DIBANTU KERANA BAHAGIAN BAWAH BADAN KEBAS
Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
Ads
#5. PROSES KELAHIRAN MUNGKIN PANJANG & PERLU VAKUM/ FORSEPS
Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vakum. Ini berlaku kerana epidural tersebut menghalang rasa sakit, jadi ibu tidak dapat meneran sewaktu rahim tengah contraction. Jadi baby susah nak keluar.
Kalau ini berlaku, midwife/ Doktor akan bantu dengan mengenal pasti waktu contraction sedang berlaku dengan bantuan CTG, Dr akan arahkan ibu untuk meneran sewaktu contraction sedang berlaku.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.
Kasihan sungguh kalau anak batuk kan? Tambah lagi jika batuk berkahak, malam-malam nak tidur pun susah. Bukan anak je yang terganggu tidurnya, ibu ayah pun tak boleh tidur lena sebab bimbang. Kalau batuk pakej sekali dengan muntah lagilah buat anak merengek.
Kalau kita orang dewasa ok lagi sebab boleh keluarkan sendiri kahak tu walaupun tekak rasa tak selesa. Tapi anak-anak kecil, pasti sukar untuk mereka mengeluarkan kahak itu.
Jadi bagi ibu ayah yang mengalami situasi ini, anda perlu tahu pemakanan yang bagus untuk anak batuk berkahak dan elak juga makanan yang boleh menyebabkan kahak semakin banyak.
Jenis makanan dan minuman yang cairkan kahak
Menerusi Facebook Dr Mazliana Mazlan, beliau ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.
“Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
“Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
“Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.”
“Makanan, bukan ubat.
“Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.”
1. OMEGA 3
Kandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.
2. BAWANG
Allium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.
3. SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.
4. AIR KELAPA
Air kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.
5. CAPSICUM
Capsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.
6. MAKANAN ANTIRADANG
Makanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.
Dalam wajah ceria seorang ibu, kadangkala tersimpan kisah perjuangan yang tidak terlihat oleh mata. Itulah kisah Nas Adila, seorang selebriti dan ibu berjiwa waja yang pernah melalui detik paling mencabar dalam hidupnya apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada tahun 2023.
Segalanya bermula dengan satu ketulan kecil di bahagian kiri payudara. Awalnya, Nas menyangka ia hanyalah kesan biasa selepas beliau berhenti menyusukan anak keduanya. Anak itu lebih memilih susu formula berbanding susu badan, menyebabkan penghasilan susu dalam badannya tidak digunakan sepenuhnya.
Ketulan tersebut dibiarkan, disangkakan akan surut dengan sendiri. Namun, waktu terus berlalu, dan ketulan itu makin membesar.
“Saya suka makan tempe masa tu, memang craving sangat… bila makin besar, saya terus rasa tak sedap hati,” ujar Nas. Keputusan untuk berjumpa doktor akhirnya membawa kepada berita yang mengejutkan – beliau menghidap kanser payudara.
Namun di sebalik berita mendebarkan itu, Nas menerima ujian ini dengan hati terbuka. Malah, beliau menyifatkan penyakit ini sebagai satu bentuk penghapusan dosa.
“Saya reda, saya bersyukur… Allah bagi penyakit ini untuk hapuskan dosa-dosa kita.”
Dengan semangat luar biasa, Nas menjalani keseluruhan rawatan – dari kemoterapi, pembedahan, radioterapi, hinggalah ke kemo terakhirnya yang ke-17. Sepanjang tempoh itu, Nas tidak membiarkan dirinya larut dalam kesedihan. Sebaliknya, kekuatan beliau datang daripada rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Satu perkara yang menakjubkan ialah bagaimana Nas sentiasa memilih untuk berfikiran positif. Baginya, setiap dugaan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Didikan ibunya sejak kecil menjadikan beliau seorang wanita yang penuh kepercayaan bahawa setiap ujian punya hikmah.
“Saya percaya sangat-sangat, setiap ujian Allah adalah yang terbaik untuk kita.”
Kini, selepas dua tahun berlalu, Nas Adila bangkit semula – bukan hanya sebagai ibu atau bekas pesakit kanser, tetapi sebagai wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai. Semangatnya tidak pernah padam.
Beliau meneruskan kehidupannya dengan penuh tenaga, menjadi instruktor zumba, dan berkongsi kisah perjuangannya demi memberi sinar harapan kepada mereka yang masih bergelut.
Kisah Nas Adila ini adalah satu peringatan kepada kita semua – bahawa dalam setiap kesakitan, ada kekuatan. Dalam setiap ujian, ada sinar harapan. Dan dalam setiap ibu yang tabah, ada cinta yang tak terhingga.
Tonton video interviu bersama Nas Adila:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana tak gusar apabila anak tersayang terbaring lemah dan lembik akibat diserang virus.
Terasa seperti ingin menggantikan tempat anak yang hanya terbaring lesu menanggung kesakitan. Anak yang dulu aktif dan ceria kini bertarung nyawa melawan virus yang menyerang dirinya.
Kehidupan anak-anak kecil hari ini sememangnya dikelilingi oleh pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa mereka. Justeru tidak hairanlah ibu bapa hari ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan anak.
Bagi selebriti dan usahawan Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, kesihatan anak sentiasa menjadi keutamaan dirinya.
Perkongsian Ika mengenai keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan Rotavirus benar-benar melegakan hati.
Noah Beransur Aktif
“Alhamdulillah MashaAllah, selepas empat hari tidak makan apa-apa, lemah lembik, baring je melawan rotavirus, anak lelaki kami yang kuat Muhammad Noah Zayn dah mula makan, bercakap malah berlari-lari. Subhanaallah.
Menurut Ika walaupun Noah masih belum sembuh sepenuhnya kerana masih ada cirit-birit setiap kali lepas makan, walaupun sekadar makan tiga keping papadom tetapi perkembangan selera makan dan perubahan perangainya sangat disyukuri.
“Saya dah gembira sangat bila pagi tadi dia bersikap normal dengan berkata “good morning Mommy” dan dengan riangnya mengejutkan ayahnya “ayah wake up it’s morning alreaday!” kongsi Ika dalam instagramnya.
Sebagai ibu yang juga bergelar Kaunselor Laktasi bertauliah, Ika turut berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang dan zaman dahulu.
“Post pandemic viruses are real bad kan? Dulu waktu kita kecik, nak demam pun susah sampai kadang-kadang bila malas nak bangun pagi terpaksa berlakon demam buat-buat sakit perut tapi sekarang anak-anak kita macam hidup dalam virus.
Everyday ada je virus outbreak. Influenza la, hfmd la, rotavirus la.Nauzubillah.”
Menurut Ika lagi, anaknya Noah baru sahaja memulakan persekolahan tiga hari, tetapi masuk hari ke-4 si kecil sudah muntah-muntah sampai lembik.
“Jadi macam mana? Sampai bila kita ni was-was nak hantar anak ke sekolah?
Soon or later anak2 kita tetap kena sekolah,” Ika menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang ibu.
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Ia menyebabkan hampir 215,000 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia.
Satu daripada 50 kanak-kanak yang dijangkiti akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan Rotavirus yang serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.