Kebelakangan ini masalah anak lambat bercakap atau speech delay menjadi masalah normal dialami oleh ramai kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau apabila anak sudah masuk usia dua tahun tapi belum boleh bercakap.
Kemahiran bercakap atau bertutur sebenarnya salah satu perkembangan penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Jika mereka masih belum mencapai kemahiran tersebut mengikut tahap usia sepatutnya, jangan berdiam diri atau bersikap ‘indenial’.
Sebaliknya ibu bapa kena peka dengan tahap perkembangan anak dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terbiar tanpa sebarang rawatan atau terapi tertentu bagi mengatasi masalah tersebut.
Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, jika anak masih belum boleh buat ayat walaupun dah masuk umur dua tahun maka penting untuk ibu bapa semak perkembangan anak setiap hari.
Katanya lagi, kalau lambat nanti kita dah tak boleh ambil tindakan awal. Jadi untuk elakkan daripada lewat perkembangan, ibu bapa sendiri yang perlu ambil tindakan!
Jom, tengok gambar infografik berikut untuk mengetahui apa syarat-syarat anak boleh cakap guna ayat.
Ads
Anak Cakap Guna Ayat
Syarat 1: Kuantiti
Jumlah vocab yang perlu disebut mengikut peringkat umur:
2 tahun – 50 vocab atau lebih
3 tahun – 200 vocab atau lebih
4 tahun – 500 vocab atau lebih
Jika anak sebut kurang dari 50 vocab, mereka belum bersedia untuk buat ayat. Jadi, kena tambahkan lagi vocab untuk anak.
Ads
Syarat 2: Kualiti
Pelbagaikan vocab anak. Contohnya:
Kata Nama : Nama objek, orang, tempat.
Kata Kerja : Nama perbuatan (tidur, mandi, makan)
Kata Sifat : Besar, kecil, kotor, manis
Posisi : Sana, sini, situ
Ads
Ada banyak lagi perkataan yang boleh diajar pada anak-anak. Pastikan ada macam-macam jenis barulah anak boleh buat ayat.
Semoga semua ibu ayah tak jemu belajar tip betul mengajar anak mahir bertutur dan bagi yang anak-anak ada masalah pertuturan, pastikan ambil tindakan cepat dan dapatkan rawatan daripada yang pakar.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) apabila seorang bapa rebah dalam tangisan selepas memeluk dan mencium jenazah anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi, sejurus selesai proses bedah siasat pada Isnin.
Chempaka Alara, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, Muadzam Shah, pada petang Ahad. Ibunya, Amelia Kartika Mappatata, 32, turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HTAA.
Bapanya, Azizi Abd Karim, yang bekerja sebagai jurulatih renang berkata dia sempat berhubung dengan anak dan isterinya hanya lima minit sebelum kejadian melalui panggilan video.
“Itu kali terakhir saya lihat wajah ceria Bunga, dia sempat luahkan rindu. Tak sangka itulah perbualan terakhir kami,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.
Menurut Azizi, beliau kali terakhir bertemu secara fizikal dengan anaknya pada pagi Khamis, sebelum isteri dan anaknya bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis kenduri rakan. Mereka dijadualkan pulang ke Kuantan pada Ahad, namun takdir berkata sebaliknya.
“Saya rasa sangat terkilan, saya tak sempat peluk dia sebelum mereka pergi. Masa panggilan video tu, saya cuma sempat kata ‘sabar, ayah nak datang ambil Bunga nanti kita jumpa’,” tambahnya.
Dalam tragedi berkenaan, tiga individu dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Mereka ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46; penumpang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18; serta Chempaka Alara.
Tiga lagi penumpang termasuk ibu Chempaka, Amelia Kartika; anak pemandu, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14; dan adik kepada Siti Auni Syafiqa, Siti Adawiya Syauqina, 13; mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital sama.
Menurut laporan, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Alor Gajah, Melaka selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Jenazah Chempaka Alara telah dituntut oleh keluarganya sekitar jam 1 petang selepas selesai proses bedah siasat. Jenazah dibawa ke Masjid Taman Taman untuk dimandi dan dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Lapan, Jalan Kuantan–Gambang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.
Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Sumber: islamicparentingnetwork.net
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak memang suka bermain sehinggakan tidak selera makan. Mama Papa kena kawal supaya tidak jejas kecerdasan anak. Namun hakikatnya kanak-kanak pra sekolah memang seorang yang aktif. Mereka suka bermain dengan mainan kegemarannya. Mereka kelihatan mempunyai banyak tenaga sehingga seharian tidak makan. Malah masih boleh aktif ke sana sini bermain tanpa henti. Keadaan ini berlaku kerana sifat naluri kanak-kanak pada peringkat usia ini suka bermain tanpa mengira masa.
Mereka ini langsung tidak menunjukkan keadaan penat pada dirinya. Mungkin sekali-sekala akan memasuki dapur untuk minuman untuk menghilangkan dahaga dan lapar. Apabila suruh makan pelbagai alasan diberi. Keadaan ini membuatkan ibu bapa risau dengan perkembangan anak ini.
Namun keadaan ini berlaku disebabkan mereka mempunyai banyak tenaga yang berlebihan dengan otot-otot digerakkan untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Pada peringkat usia ini, pertumbesaran mereka cepat yang menyebabkan mereka semakin lasak dan aktif.
Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa. Kanak-kanak ini perlu ditunjuk ajar dan membimbing kanak-kanak untuk membentuk potensi dalam diri.
Aktiviti bermain
Dalam pada itu, ibu bapa jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk menyukai aktiviti yang mereka tidak suka lakukannya. Namun anda boleh memberikan aktiviti yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan anak anda. Ini kerana sifat ingin tahu dalam dirinya dalam dirinya semakin meningkat.
1.Barang mainan
Dengan barang permainannya kanak-kanak boleh melakukan imaginasi dan meneroka. Contohnya kereta mainan, dia akan membayangkan diri membawa kereta itu. Semasa bermain dengan akan meneroka bagaimana kereka itu bergerak dan kenapa tayar kereta itu bulat dan warna kenderaan itu. Aktiviti ini sesuai untuk merangsang mindanya. Jadi pilihlah aktiviti yang sesuai dengan usianya dan jelaskan aktiviti permainan itu.
2.Buku cerita
Duduk bersama anak anda untuk membaca buku cerita yang disukainya. Aktiviti ini mengajar anak anda menjadi seorang yang pendengar dan belajar mengingati jalan cerita dan watak cerita itu. Ilustrasi dan warna yang ditampilkan dalam buku cerita itu akan membuatkan anak anda berimaginasi terhadap watak dalam cerita itu. Pilihlah buku cerita yang mengisahkan teladan dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
3.Bersosial dengan akan sebaya
Mengadakan majlis hari jadi merupakan salah satu akviti sosial yang selamat untuk kanak-kanak pra sekolah. Majlis ini biasanya akan menjemput rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal dan di tadika. Situasi ini mengajar kepada anak anda mengenai erti persahabatan, setia kawan, perkongsian dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Cara ini mampu memberi impak kepada emosinya apabila dewasa nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.