Cepatnya membesar. Anak kepada pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin, si comel Nur Fatima Aisya kini rupanya sudah pun bersekolah.
Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 ini kini sudah pun berusia empat tahun.
Menerusi perkongsian Fazura di Instagram, si comel Fatima yang menjadi kesayangan ramai ini rupanya sudah memulakan persekolahannya pada 1 April lalu.
Melalui detik pertama itu kata Fazura, ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi dirinya begitu juga dengan Fatima yang kelihatan cukup tenang dan teruja.
“1hb April 2024. Hari yang ditunggu-tunggu, hari pertama Fatima di prasekolah.
Ads
“Dah tentu mommy dan daddy hantar dan ambil dia,” tulisnya.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan Fazura, Fatima turut bersekolah bersama sepupunya Amanda dan kedua-duanya cukup seronok memulakan hari persekolahan mereka.
“Membesar dalam sekelip mata dan benar-benar menikmati hari pertama bersama kakak Amanda. Alhamdulillah,” tulisnya.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya aksi Fatima yang kelihatan cukup bersedia dan bersemangat untuk ke sekolah. Malah menerusi perkongsian video, anak kesayangan Fazura dan Fattah ini dilihat cukup tenang dan ceria ke sekolah.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut si comel Fatima turut memberikan kata-kata semangat dan doa yang baik-baik buat Fatima.
Terdahulu, Nur Fatima Aisya dilahirkan pada Jumaat, 2 Oktober 2020.
Puteri Aishah ‘tunjuk’ wajah anak lelakinya, comel betul Faliq, ramai kata mirip ayahnya. Puteri Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 4 April lalu. Suri hati Firdaus Sulaiman itu nampak berseri-seri sejak bergelar ibu.
Terkini, Puteri Aishah menerusi hantaran di Instagram akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya, Faliq pada harinya dilahirkan.
Rata-rata warga maya serta rakan selebriti dilihat membanjiri ruangan komen. Masing-masing menitipkan doa malah begitu teruja melihat wajah bayi lelaki Puteri Aishah itu.
Kebanyakan komen-komen menyifatkan wajah Faliq mirip dengan bapanya, Firdaus Sulaiman.
Untuk info, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman pada 21 November 2021. Pasangan ini dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd. Rahman.
Kanser otak kanak-kanak merupakan antara penyakit kanser yang paling membimbangkan ibu bapa kerana ia boleh menjejaskan perkembangan fizikal, emosi dan mental anak dalam jangka panjang. Ramai tidak menyedari bahawa simptom awal kanser otak sering kelihatan seperti masalah biasa seperti sakit kepala, muntah atau perubahan tingkah laku.
Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Hematologi dan Onkologi Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Yap Tsiao Yi dalam kenyataan berkata tumor otak boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan ia kanser kedua tertinggi serta tumor pepejal yang paling lazim ditemukan pada kanak-kanak.
Kanser otak kanak-kanak boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini berlaku apabila sel dalam otak membesar secara tidak normal lalu membentuk ketumbuhan yang memberi tekanan kepada otak.
Ada kanser otak yang berkembang perlahan, namun ada juga yang sangat agresif dan memerlukan rawatan segera. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengetahui tanda awal kanser otak supaya rawatan dapat dimulakan lebih cepat.
Kanser otak berlaku apabila terdapat pertumbuhan sel abnormal di dalam otak yang membentuk tumor malignan. Tumor ini boleh mengganggu fungsi penting otak seperti pergerakan, keseimbangan, penglihatan, pertuturan dan perkembangan mental anak.
Kanser otak kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa kerana jenis tumor, lokasi dan tindak balas terhadap rawatan juga tidak sama.
Kebanyakan kanser otak kanak-kanak merupakan kanser primer, bermaksud ia bermula daripada sel otak itu sendiri dan bukan merebak daripada bahagian badan lain.
Medulloblastoma merupakan antara kanser otak paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia biasanya bermula di bahagian belakang bawah otak yang dikenali sebagai serebelum.
Bahagian ini berfungsi mengawal keseimbangan dan koordinasi badan. Sebab itu kanak-kanak yang menghidap kanser ini sering mengalami kesukaran berjalan atau mudah jatuh.
DIPG ialah sejenis kanser batang otak yang sangat agresif dan jarang berlaku.
Ia menyerang kawasan penting yang mengawal fungsi asas tubuh seperti pernafasan dan degupan jantung. Kedudukan tumor yang sensitif menyebabkan rawatan menjadi sangat mencabar.
Kanser ini berlaku pada batang otak dan sering menyebabkan masalah saraf serta penglihatan.
Kanak-kanak mungkin mengalami mata juling, penglihatan berganda atau kesukaran mengawal pergerakan mata.
Salah satu cabaran terbesar dalam mengesan kanser otak ialah simptomnya sering disalah anggap sebagai penyakit biasa.
Gejala biasanya berlaku apabila tumor mula menekan otak atau menghalang pengaliran bendalir serebrospina di dalam kepala sehingga menyebabkan tekanan meningkat.
Antara tanda awal kanser otak yang perlu diberi perhatian ialah:
Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, simptom mungkin lebih sukar dikenal pasti. Antaranya termasuk kepala membesar secara tidak normal, kerap menangis, kurang menyusu dan tidak aktif seperti biasa.
Jika anak menunjukkan simptom berulang terutama sakit kepala dan muntah pada awal pagi, ibu bapa disarankan segera mendapatkan pemeriksaan doktor.
Diagnosis awal sangat penting bagi meningkatkan peluang rawatan berjaya.
Doktor biasanya akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengenal pasti lokasi dan jenis kanser otak.
Doktor akan memeriksa fungsi saraf, keseimbangan, refleks dan penglihatan anak.
Pemeriksaan mata juga dilakukan bagi melihat tanda peningkatan tekanan dalam otak.
Imbasan CT scan dan MRI digunakan untuk mendapatkan gambaran jelas keadaan di dalam otak.
MRI lebih kerap digunakan kerana ia memberikan imej lebih terperinci mengenai saiz dan kedudukan tumor.
Sesetengah jenis kanser otak boleh dikenal pasti melalui petanda tumor dalam darah.
Diagnosis tepat dilakukan melalui pemeriksaan tisu tumor di bawah mikroskop.
Sampel tisu biasanya diambil melalui biopsi atau ketika pembedahan.
Rawatan kanser otak bergantung kepada jenis tumor, umur anak, saiz dan lokasi kanser di dalam otak.
Biasanya rawatan melibatkan gabungan beberapa kaedah berikut:
Pembedahan ialah rawatan utama untuk membuang tumor sebanyak mungkin.
Jika tumor tidak dapat dibuang sepenuhnya, doktor akan mengambil sampel untuk menentukan jenis kanser sebelum rawatan lain diteruskan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin memasukkan tiub khas dikenali sebagai Ventriculo-Peritoneal (VP) Shunt bagi mengalirkan bendalir dari otak ke abdomen untuk mengurangkan tekanan dalam kepala.
Radioterapi menggunakan sinaran tenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.
Ia diberikan jika masih terdapat sel kanser selepas pembedahan atau tumor tidak dapat dibuang sepenuhnya.
Kemoterapi menggunakan ubat anti-kanser untuk memusnahkan atau mengawal pertumbuhan sel kanser.
Rawatan ini biasa digunakan untuk beberapa jenis kanser otak termasuk medulloblastoma.
Steroid membantu mengurangkan pembengkakan otak akibat tekanan tumor.
Walaupun ia tidak menyembuhkan kanser, ubat ini membantu mengurangkan simptom dan membuatkan anak lebih selesa.
Ubat ini digunakan bagi mengawal dan mencegah sawan yang boleh berlaku akibat tekanan pada otak.
Kanser otak bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal anak, malah boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan pembelajaran mereka.
Sesetengah pesakit mungkin mengalami masalah memori, kesukaran belajar, perubahan tingkah laku dan gangguan emosi selepas rawatan.
Mereka memerlukan pemantauan jangka panjang bagi memastikan perkembangan otak berjalan dengan baik.
Selain itu, keluarga juga berdepan tekanan emosi dan kewangan sepanjang proses rawatan.
Ramai ibu bapa tidak menyangka simptom seperti sakit kepala dan muntah boleh menjadi petanda kanser otak.
Disebabkan itu, pengesanan awal sangat penting supaya rawatan dapat dimulakan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Jika anak mengalami simptom yang berulang atau menunjukkan perubahan tingkah laku secara mendadak, jangan bertangguh mendapatkan pemeriksaan doktor.
Kanser otak kanak-kanak merupakan penyakit serius yang boleh memberi kesan besar terhadap kehidupan anak dan keluarga. Walaupun ia antara kanser paling tinggi menyerang kanak-kanak di Malaysia, peluang rawatan menjadi lebih baik jika penyakit ini dikesan lebih awal.
Ibu bapa perlu lebih peka terhadap tanda awal kanser otak seperti sakit kepala berpanjangan, muntah tanpa sebab, masalah keseimbangan dan perubahan tingkah laku anak.
Kesedaran tentang kanser otak kanak-kanak amat penting supaya lebih ramai kanak-kanak mendapat diagnosis awal, rawatan segera dan peluang hidup yang lebih baik.
Sejak usia hanya beberapa bulan, bayi anda sebenarnya sudah memulakan perjalanan pembelajaran yang menakjubkan. Kajian menunjukkan bahawa seawal umur 3–4 bulan, mereka mampu membezakan ekspresi gembira dan sedih—satu kebolehan awal yang membina asas empati dan menjadikan interaksi sosial mereka lebih bermakna.
Dengan panduan yang tepat dan penuh kasih sayang, ibu bapa boleh memperkuatkan lagi potensi semulajadi ini. Sejak bulan‐bulan pertama, anda boleh merangsang empat kemahiran asas—“catch” emosi, komunikasi isyarat tangan, pemahaman asas matematik dan penerimaan dwibahasa—supaya setiap langkah perkembangan si kecil disokong secara holistik dan berkesan.
Tau tak, bayi seawal beberapa bulan dah pandai bezakan kalau seseorang gembira atau sedih. Bukan setakat tahu, kadang mereka pun tunjuk macam prihatin tu!
Tips:
Selalu tunjukkan emosi jujur depan bayi. Kalau anda betul-betul gembira, cakap perlahan sambil tersenyum; bayi akan ‘catch’ perasaan tu.
Elak berpura-pura. Kalau anda buat muka ‘pejam mata senyum’ sebab nak bagi bayi senyum, dia akan sedar kalau ekspresi tu palsu.
Walaupun belum pandai sebut apa-apa, bayi dah boleh guna isyarat tangan untuk beritahu apa dia nak.
Pandangan Pakar: Ajarkan bayi isyarat mudah sejak awal macam ‘makan’, ‘minum’, ‘basah’, atau ‘lagi’—mereka akan cepat belajar ekspresikan keperluan. Bayi yang guna isyarat ni selalunya mula bercakap lebih awal, dan perbendaharaan kata mereka pun lebih banyak.
Tips:
Mulakan dengan isyarat paling asas, contohnya ketika nak makan, buat isyarat ‘makan’ sambil sebut “makan.” Ulang selalu setiap kali waktu makan.
Gabungkan isyarat dengan ayat ringkas—contoh “Makan dulu” sambil buat isyarat. Konsisten tau!
Percaya atau tidak, bayi umur 6–9 bulan dah boleh ‘kira’ kasar—mereka tahu kalau jumlah objek berubah.
Tips:
Mainkan permainan mudah: letak dua mainan atas meja, tutup dengan kain, dan keluarkan satu saja. Tanya “Mana lagi satu?” Tengok reaksi bayi!
Bagi kubus atau bola kecil dalam bekas, dan biarkan bayi keluarkan beberapa bola. Lihat kalau mereka surprised bila jumlahnya tak sama macam sebelum ni.
Bayi sebenarnya boleh ‘dengar’ dan bezakan dua bahasa berbeza walaupun masih menyusu. Kalau anda nak si manja jadi dwibahasa, masa terbaik memang bila bayi baru lahir.
Kalau satu keluarga guna bahasa Inggeris dan satu lagi guna bahasa Melayu, letakkan aturan macam: waktu pagi bahasa Melayu, waktu malam bahasa Inggeris.
Ajak saudara atau pengasuh yang fasih dalam bahasa lain bercakap dengan bayi. Kerap dengar, makin cepat dia serap.
Bayi gemar dengar muzik! Sejak lahir, mereka boleh kenal irama dan ‘menari’—gerakkan tangan atau badan ikut rentak lagu.
Sejak bayi lahir, mereka dah boleh tangkap beat muzik. Bila dengar lagu macam ‘Baby Shark’, bayi dah boleh jangka bahagian ‘doo doo doo doo’ sebelum nyanyi.
Tips:
Nyanyikan lagu kegemaran anda sambil goyang perlahan badan bayi. Biar dia rasa getaran muzik tu.
Cuba putar pelbagai jenis muzik—klasik, tradisional, pop—dan ajak bayi ‘menari’ sama. Ini bantu koordinasi badan dan deria pendengaran.
Bayi kita jauh lebih cerdik daripada apa yang kita sangka. Dari ‘rasa’ emosi orang lain, guna isyarat tangan, pelajari konsep kira-kira kecil, sampai boleh kenal dua bahasa, mudah kenal muka, dan respon kepada muzik—semuanya jadi bukti betapa hebatnya otak si manja. Dengan amalkan tips pakar di atas, anda boleh bantu bayi terokai dan kembangkan bakat mereka sejak bayi lagi. Jadi, mari kita raikan setiap perkembangan kecil mereka dan pastikan kita sentiasa sediakan persekitaran yang penuh kasih sayang dan rangsangan positif!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.