
Di kala sibuk dengan jadual lakonan dan perniagaannya, pelakon Fattah Amin yang meluangkan masa untuk mengajar anaknya, Nur Fatima Aisya belajar mengaji benar-benar menyentuh hati ramai.
Momen sederhana tetapi penuh kasih sayang itu membuktikan bahawa masa berkualiti bersama anak adalah sesuatu yang sangat berharga, lebih-lebih lagi apabila diisi dengan didikan agama sejak kecil.
Sekeping gambar yang menarik perhatian ramai itu dikongsikan oleh Amira Othman menerusi Insta Story miliknya.
Dalam foto tersebut, kelihatan Fattah Amin tekun membimbing Fatima membaca Al-Quran dalam suasana yang cukup tenang dan menyentuh perasaan. Momen itu terus menjadi perhatian warganet yang rata-ratanya kagum melihat sisi penyayang pelakon berkenaan sebagai seorang ayah.
Ramai menyifatkan tindakan pelakon itu sebagai contoh terbaik buat ibu bapa muda yang mahu menerapkan nilai agama sejak awal usia anak-anak. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan urusan perniagaan, Fattah Amin tetap meluangkan masa berkualiti bersama anak tersayang.
Lebih mencuit hati, Amira turut berkongsi kisah comel apabila mendedahkan Fatima kini mempunyai gelaran istimewa buat bapanya.
Menurut Amira, Amira sempat berkongsi cerita melucukan dan comel apabila mendedahkan Fatima kini nampaknya sudah mempunyai gelaran baharu buat bapa tersayang dengan memanggilnya ‘Ustaz Daddy’.
Panggilan itu bukan sahaja menghiburkan ramai, malah membuatkan netizen semakin cair melihat hubungan erat antara bapa dan anak tersebut.
Momen indah dan penuh bermakna itu pantas meraih perhatian meluas di media sosial. Ramai yang mengakui mereka sering tersentuh setiap kali melihat foto atau video yang memaparkan dedikasi Fattah Amin dalam mendidik serta meluangkan masa bersama Fatima.
Ada juga yang memuji usaha Fattah yang tetap mengutamakan pendidikan agama anak walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja. Sikap penyayang dan sifat bertanggungjawab yang ditunjukkan pelakon tersebut membuatkan ramai menjadikannya sebagai inspirasi seorang bapa moden.
Selain itu, ramai netizen turut memuji pendekatan lembut yang digunakan ketika mengajar anak membaca Al-Quran. Mereka berpendapat suasana tenang dan penuh kasih sayang seperti itu mampu membuatkan anak lebih mudah meminati pembelajaran agama.
Tidak kurang juga, ramai yang meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat kehadiran orang baharu yang bakal memeriahkan lagi sesi bonding bersama “Ustaz Daddy”.
Terdahulu Fattah dan Amira bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Jun ini selepas mengumumkan kehamilan sulungnya baru-baru ini.
Baca lagi: Che Mad Warisi Wajah Farid Kamil, Bakat Bersukan Buat Ramai Kagum
Madammu Bertudung Penuh Demi Anak Lelaki, “Saya Kesian Dia Sekolah Agama”
Sumber: Insta Story @amiraothman