Siapa sangka janji suka-suka seorang ayah boleh bertukar jadi momen manis seisi keluarga. Pelakon Fazreen Rafi baru-baru ini berkongsi detik membanggakan apabila anaknya, Haq, berjaya memperoleh 100 peratus untuk kesemua 10 subjek dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).
Sebelum ini, Fazreen pernah bergurau menawarkan ganjaran RM1,000 jika Haq mendapat keputusan sempurna. Tak sangka, anak kecil itu bukan sahaja menyahut cabaran—malah menuntut janji yang dibuat ayahnya sendiri.
Reaksi Spontan Seorang Ayah
Detik comel itu dikongsikan Fazreen di media sosial, sambil berseloroh bahawa kata-kata yang keluar dari mulutnya akhirnya “makan diri”.
Namun jauh di sudut hati, kecemerlangan akademik yang diperolehi anaknya suatu kebanggaan dan kesyukuran buat dirinya bergelar ayah.
Ads
“Tak pasal-pasal melayang RM1,000. Ceritanya begini, dua minggu lepas, masa ambil mereka balik sekolah, Faz tanya macam mana peperiksaan. Haq pula dengan selamba cakap senang dan dia boleh dapat 100 peratus.
“Faz pun dengan yakinnya balas, “Mengarutlah Haq boleh dapat 100 dengan tak study.”
“Faz pun saja-saja cakap, “Kalau Haq dapat 100 peratus, daddy bagi RM1,000.”
“Haq terus teruja dan jawab, “Sumpah, janji.” Tak pasal-pasal budak Haq ni dapat RM1,000. Lagi menakutkan, dia cakap ada lagi dua paper yang dia yakin boleh dapat 100 peratus.
“Esok Faz nak kena jumpa cikgu suruh ubah markah.”
Kisah Tambahan Dari Seorang Ayah Penyayang
Pelakon Suamiku Paling Sweet dan Pengantin 100 Hari itu juga berkongsi momen anak keempatnya menuntut ganjaran. Biarpun awalnya tidak yakin, janji tetapi dikotakan.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata melayang duit. Hadap sahajalah dugaan ni dengan senyuman.
“Lepas ini, saya memang tak nak lagi buat janji bukan-bukan, benda yang Faz anggap mustahil pun boleh jadi. #dahinsaf. Ramai betul yang seronok dan sokong Haq.”
NETIZEN UCAP TAHNIAH
Kisah lucu tetapi manis ini mengingatkan ramai ibu bapa supaya berhati-hati ketika membuat janji dengan anak. Dalam masa yang sama, ia sekaligus menunjukkan bahawa Fazreen Rafi seorang ayah yang memegang kata-kata dan sentiasa menghargai usaha anak-anaknya.
Ads
Ramai warganet turut memuji tindakan Haq yang berusaha gigih serta memuji sikap ayahnya yang menunaikan janji walaupun dibuat secara seloroh. Kisah ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi inspirasi ramai ibu bapa untuk memberi motivasi secara positif kepada anak-anak.
Untuk rekod, Fazreen Rafi sebagai seorang selebriti yang sangat rapat dengan keluarga. Sekadar info, Fazreen yang kini bergelar usahawan berkahwin dengan Syarifah Marlina Ashikin dan mempunyai lima anak iaitu Mohd Rizqin Qayyum, 13, Mohd Rizqin Quwais, 11, Rizqeen Humaira, 10, Mohd Rizqin Haqq, 7 dan seorang lagi anak perempuan, 2 tahun. Kehidupan keluarga ini sering mendapat perhatian kerana keakraban dan momen-momen lucu yang dikongsikan oleh Fazreen Rafi di media sosial.
Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula diagihkan esok.
Bantuan SARA yang diagihkan bermula 15 Januari 2025 akan dibayar menerusi penggunaan MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar, manakala bantuan STR dibayar mulai April 2025.
Penyaluran SARA adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM13 billion seperti dijelaskan dalam Belanjawan 2025.
Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.
Selain itu, MOF turut menyatakan, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Bilangan tersebut merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.
Bagi kategori isi rumah pula, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesempatan di bulan puasa yang mulia ini, pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di @wawacosmeticsmalaysia, Wawa dan Aeril bermurah hati bersedekah air balang pelbagai perisa secara percuma.
Bukan itu saja, lebih istimewa bukan air balang biasa tetapi air balang yang dicampurkan dengan aiskrim secara percuma saja. Memang sedap.
Melalui video yang dikongsikan itu, Aeril dilihat sedang membancuh dan mengacau air balang sehingga sebati sambil memasukkan aiskrim ke dalamnya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu turut memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan minuman percuma itu.
Paling menarik, ibu dan ayah kepada Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri ini turut berkongsi air percuma itu setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.
Air balang yang disediakan oleh team Wawa Cosmetics pada setiap petang sepanjang Ramadan itu boleh diperolehi di ibu pejabat syarikat kosmetik yang bertempat di Bandar Baru Bangi.
“Sempena Ramadan, kami nak bagi air secara percuma setiap petang pada jam 4.30 petang sehingga habis.
“Waze Wawa Cosmetics HQ,” tulisnya pada video berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji pasangan usahawan itu yang bermurah hati bersedekah kepada sesiapa sahaja yang melalui ruang pejabat itu.
Bahkan pengikut setia dan peminat turut tumpang seronok selain mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dalam perniagaan mereka.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.