“Finally Fatima Tunjuk Muka, Sipi-Sipi Pun Jadi La”, Fazura Kongsi Gambar Bersama Anak, Peminat Teruja!

Share

Pelakon dan penyanyi, Fazura baru-baru ini mendedahkan gambarnya bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di laman instagram miliknya.

Walaupun hanya sipi-sipi, namun itu sudah memadai bagi seluruh peminat Fazura yang selama ini ternanti-nantikan wajah cahaya mata kesayangannya bersama Fatah Amin itu.

Sejak melahirkan bayi pertamanya pada 2 Oktober lalu, Fazura dilihat jarang berkongsi kisah kelahiran mahupun kisah berpantang apa lagi berkongsi wajah di comel kesayangan mereka di instagram. Peminat akur malah tidak jemu-jemu menantikan perkongsian cerita dan gambar dari Fazura.

Namun sekeping gambar yang dikongsikan pelakon cantik ini bersama si comel Aisya sudah cukup membuatkan peminat teruja. Baru berusia sebulan, Aisya kelihatan cukup comel malah lengkap dengan persalinan serba merah jambu.

“Lots of Love from the three of us,” begitu kongsi Fazura di instagramnya.

Dalam pada itu, peminat nyata cukup teruja dengan perkongsian gambar itu. Di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pujian diberikan pada Aisya. Semoga Aisya terus membesar dengan sihat.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Kini kehadiran Nur Fatima Aisya melengkapkan lagi bahagia pasangan sama cantik sama padan ini.

 

Artikel berkaitan: Nama Penuh Makna Nur Fatima Aisya Pilihan Fattah Fazura Buat Cinta Hatinya!

Nak cuci mata shopping online, layari di sini. 

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN