Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga, ia bukan peranan sebuah pihak sahaja. Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing-masing. Paling utama, suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahagia.
Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut?
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
Ads
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Ads
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tip yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Ada banyak doa yang boleh diamalkan, tetapi salah satunya adalah doa memohon kebahagiaan dunia dan akhirat ini.
Nak bahagia mudah sahaja, kita perlu saling menghargai dan menjaga hati. Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami, begitulah juga yang perlu kita buat untuknya. Sama-sama berbuat baik, jadi pasangan pun terasa dihargai. Maka, rumah tangga menjadi harmoni dan sentiasa tenang.
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Biarpun mudah, tetapi jika dilakukan sangat memberi impak kepada emosi suami.
Melalui artikel di portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
1. AMBIL BERAT PENAMPILAN SUAMI
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongkan kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“YA FATIMAH, BARANGSIAPA WANITA MEMINYAKKAN RAMBUT DAN JANGGUT SUAMINYA SERTA MEMOTONG KUMISNYA DAN MENGERAT KUKUNYA, ALLAH AKAN MEMBERINYA MINUM AIR DARI SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA, DIRINGANKAN BAGINYA SAKARATUL MAUT, AKAN DIDAPATI KUBURNYA MENJADI SEBUAH TAMAN SYURGA, ALLAH MENCATATKAN BAGINYA BEBAS DARI API NERAKA, DAN SELAMAT DARI TITIAN SIRAT.”
2. CEPAT DATANG BILA SUAMI PANGGIL
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
3. CANTIK UNTUK SUAMI
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
5. UCAP TERIMA KASIH
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
6. JANGAN BERLETER
Suami akan merasa kurang selesa jika selalu sangat dileteri si isteri.
7. TEMANKAN SUAMI MAKAN
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
8. ISTERI YANG BIJAK
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
9. JANGAN KUAT MEMBANGKANG
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
11.TEMPAT TIDUR EKSLUSIF
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
12. ISTERI YANG MANJA & TAK KUAT MERAJUK
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
13. JANGAN PANDANG RENDAH
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.
Sudah menjadi tanggung jawab suami sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah buat keluarga. Perlu beri makan dan pakai untuk isteri dan anak-anak. Rumah juga perlu diserikan dengan sedikit kemudahan agar kehidupan sekeluarga lebih bahagia.
Hari ini, ramai isteri yang bekerja untuk mencari duit sendiri, tetapi kebanyakannya lebih kepada mahu membantu si suami. Persoalannya, bolehkah suami mengambil duit isteri?
Adakah suami dibenarkan untuk guna duit isteri di belakang pengetahuan si isteri? Sebenarnya harta isteri adalah milik penuh si isteri. Dalam bab memberi sedekah contohnya, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri dibenarkan untuk membelanjakan harta atau wang yang dia ada mengikut kehendaknya.
Dengan syarat, perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya. Jika si suami melihat kemungkinan isteri berbelanja secara boros atau membawa kepada kemurkaan Allah SWT, maka dia boleh menghalang si isteri.
Ia dilakukan atas dasar kewajipan seorang suami untuk menasihati si isteri bagi mengelakkan isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke neraka. Tetapi, bukan di atas dasar harta atau wang yang dibelanjakan itu miliknya (suami).
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar, keras dan tidak menderhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (surah at-tahrim:6)
Tidak salah si suami mahu menggunakan harta isteri, tetapi hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Tidak halal harta Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni)
Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pemergian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi. Saat tidak bersedia, tiba-tiba dia dijemput ‘pergi’ sememangnya satu tamparan hebat dan pastinya menyedihkan. Seperti yang diketahui ramai, Shuib telah kehilangan ‘orang kuat’ dalam hidupnya akibat Covid-19.
Bukan mudah untuk Shuib untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Siti Sarah yang dahulunya banyak memberi kekuatan serta dorongan untuk dia terus berjaya dalam setiap bidang yang diusahakan.
Bermula dengan kehidupan ‘biasa-biasa’, gagal dalam perniagaan sehinggalah mereka berdua menjadi usahawan yang berjaya, ternyata pasangan ini menjadi inspirasi kepada banyak orang. Bahkan, Shuib sentiasa memberitahu orang lain betapa besar pengorbanan isterinya dahulu sebelum dia mampu menyediakan kemewahan buat keluarganya.
Terbaharu, melalui perkongsian sebuah video oleh Ajak di media sosialnya mendapat perhatian ramai. Di dalam video tersebut, Shuib dilihat berada di konti radio Suria FM bersama rakan penyampianya iaitu Ajak dan Suraya Borhan.
Pada hari tersebut, mereka telah bercerita tentang topik jenis-jenis mengidam ibu hamil dan banyak pendengar turut berkongsi tentang pengalaman mereka. Biarpun Shuib kedengaran gembira ketika mengendalikan segmen tersebut bersama-sama rakannya, ternyata dia masih memendam satu perasaan yang ‘berat’.
Ketika radio memutarkan lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah, Shuib dilihat telah memalingkan wajahnya. Riak wajah sedih dan kehilangan jelas kelihatan, menjadi bukti betapa besar kerinduan Shuib terhadap Siti Sarah.
Meninjau di ruangan komen, Shuib memberitahu hantaran Ajak itu telah membuatkannya merasa sedih dan menangis di awal pagi. Rata-rata yang meninggalkan komen mereka turut sebak melihat situasi tersebut;