Penampilan berhijab dan lebih sopan pelakon Datin Fouziah Gous selepas pulang menunaikan haji mendapat perhatian ramai.
Foto yang menampilkan dirinya dengan imej terbaharu itu cukup disenangi oleh peminat ibu kepada dua anak lelaki ini.
Pengikutnya turut memuji perubahan imej Fouziah, 35 tahun yang dikatakan lebih manis dan cantik.
Bukan sahaja penampilannya yang cantik dan sopan, Fouziah juga turut mengamalkan pemakanan sihat untuk memastikan badannya kekal bertenaga bagi menguruskan anak yang semakin lasak.
Ads
Sebelum ini Fouziah ada berkongsikan dia cukup menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan berminyak yang terlalu banyak serta mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil minuman sarang burung.
Khasiat sarang burung sebenarnya banyak membantunya. Bukan sahaja untuk kecantikan kulit tetapi untuk kesihatan dalaman.
Dalam satu perkongsian videonya juga, Fouziah menyatakan tukang urut pun mengakui khasiat sarang burung.
Ads
Bukan untuk kesihatan sahaja, tapi bagi wanita yang mengamalkannya dan mahu anak yang lahir mempunyai mata bulat dan cantik pun boleh cuba.
Ads
Tak tahu sama ada kebetulan atau memang betul, Fouziah nyatakan patutlah mata anak keduanya, Zaheen Yusof bulat.
Membuat pilihan adalah sebahagian dari proses membesar (growing up). Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk membuat pilihan, kita membantu anak untuk mengembangkan pemikiran, membentuk estim diri, dan membina keyakinan dirinya.
Ia bukan hanya sekadar proses “Pilihlah mana yang kamu suka ya Nak!”.
Ibubapa yang AUTORITARIAN tidak memberi peluang langsung untuk anak membuat pilihan.
Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dipakai, apa yang boleh dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh IBUBAPA YANG AUTORITARIAN.Anak tiada pilihan.
Ibubapa yang PERMISIF memberi kebebasan penuh untuk anak membuat pilihan.
Apa yang hendak dilakukan, apa yang hendak dipakai, apa yang hendak dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh ANAK.
Ibubapa yang AUTORITATIF memberi peluang untuk anak membuat pilihan.
Bagaimanapun pilihan yang diberikan itu mengambil kira faktor usia, faktor kesihatan, faktor keselamatan , faktor kewangan, faktor nilai dan faktor keagamaan.
Faktor-faktor ini membentuk STRUKTUR dan DISIPLIN yang akan membantu anak memilih satu daripada berpuluh atau beratus pilihan yang ada.
Anak kecil 0-5 tahun tidak boleh diberikan terlalu banyak pilihan kerana ia hanya mengelirukan mereka dan membebani emosi dan mental mereka.
Pilihan untuk anak kecil sama ada ‘yang ini’ atau ‘yang itu’ sahaja.
Mereka perlu belajar untuk membuat keputusan yang mudah.
Semakin banyak pilihan kita berikan kepada anak kecil semakin kacau ‘jiwa’ mereka untuk memilih.
Contohnya:
1. “Nak pakai baju warna biru ini atau warna merah itu?”
Tanpa pilihan yang sebegini mungkin si anak menyelongkar seluruh laci atau almari pakaiannya. Ataupun mungkin anak memilih pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca, tempat ataupun majlis.
2. “Nak beli mainan yang ini atau mainan yang itu?”
Tanpa pilihan yang terbatas, bayangkan ragam ataupun mungkin amuk anak di pusat membeli belah.
3. “Nak bacakan buku cerita yang ini atau buku cerita yang itu?”
Ibubapa yang selalu bacakan buku untuk anak tentu faham betapa letihnya jika anak meminta ayah atau ibu bacakan semua buku yang menjadi kesukaannya sebelum tidur.
Tawarkan pilihan yang tidak terlalu sofistikated agar kita berupaya untuk tunaikan dan tidak menimbulkan tekanan.
Dua atau tiga pilihan sudah cukup untuk melatih anak kecil membuat pilihan berdasarkan keupayaan mental, minat, kesukaan dan kecenderungan mereka pada usia tersebut.
Itu merupakan autonomi yang secukupnya buat mereka.
Apabila anak semakin membesar dan matang, dia mungkin akan mula bertanya tentang pilihan yang diberikan dan ada di depan matanya.
“Kenapa ini boleh, kenapa itu tidak boleh” atau
“Itu sajakah pilihan yang ada?”
“Cuti nanti abang nak buat aktiviti lasak, perlukah abang hadiri kursus motivasi?”
“Angah lebih suka ambil aliran sastera di sekolah, kenapa kena pilih aliran sains?”
Pemikiran dan kematangan anak berkembang selari dengan usia. Remaja bukan lagi anak kecil yang boleh disuap. Apabila tiba peringkat ini ibubapa haruslah terbuka untuk berbual dan berbincang tentang pilihan yang ada.
Proses membuat pilihan DIPENGARUHI OLEH NILAI yang diterapkan oleh ibubapa, nilai yang diamalkan dalam masyarakat dan juga nilai yang dipandukan oleh agama.
Ia berkait rapat dengan sikap bertanggungjawab dan menanggung akibat dari pilihan yang dibuat.
Anak-anak yang berjaya mengekang diri dari memilih sesuatu amalan atau ‘trend’ yang memudaratkan dan bertentangan dengan nilai didapati mempunyai ibubapa yang mengambil pendekatan ‘TRADISIONAL’.*
– Ibubapa ini tidak takut untuk menetapkan batasan berdasarkan nilai dan adab.
– Ibubapa ini juga terbuka untuk mendengar pendapat anak muda dan memberi pengecualian kepada perkara yang tidak penting.
– Ibubapa ini memberi pilihan dengan batasan supaya anak selamat untuk meneroka keupayaan diri.*
Pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya.
Latihlah anak membuat pilihan dari kecil.
Mereka mungkin akan berbuat silap, itu pasti.
Adakah anda ibubapa yang AUTORITARIAN, PERMISIF atau AUTORITATIF?
*Sumber: Your Child’s Growing Mind: Brain Development and Learning From Birth to Adolescence (Jane M. Healy).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Anak yang sedang membesar memang suka meneroka. Kadang-kadang sikap anak yang sedang membesar memang menguji kesabaran ibu bapa.
Ada ibu bapa yang sangat tegas sehingga tidak memikirkan emosi anak-anak atau lebih tepat ibu bapa yang autoritarian. Cara membesarkan kanak-kanak oleh ibu bapa ini dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan.
Sebenarnya cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan menggunakan disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.
Lebih tengking daripada puji. Lebih pukul daripada peluk. Lebih marah daripada belai. Lebih rotan daripada cium.
Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering. Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong. Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
Anak dikata sibuk bekerja. Anak dikata lupa orang tua. Anak dikata pentingkan keluarga. Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah. Anak tumpahkan air, kita pukul. Anak pecahkan cawan, kita rotan. Anak menangis, kita herdik. Anak ajak main, kita leka. Anak ajak berbual, kita tak endah. Anak ajak pergi jalan, kita penat. Anak makan sendiri terkial-kial. Anak main sendiri termangu-mangu. Anak tidur sendiri tersedu-sedu. Anak tak pandai, kita keji. Anak pandai, kita tak puji. Anak berjaya, kita tak hargai. Anak membesar dengan memori sepi.
Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar. Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi…kerana dibesarkan …walaupun tidak dibelai dan dimanja.
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang….
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata “Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam”
Sumber : Uswatun Hasanah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai ibu bapa mengalami keadaan di mana anak kecil menangis apabila ditinggalkan sekejap. Tapi terus terdiam apabila ibu ayah muncul di depan mereka. Magis kan? Sebenarnya situasi ini ada kaitan dengan ‘Separation Anxiety’.
Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.
Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:
Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.
Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.
Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.
Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.
Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.
Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.
Sumbing bibir dan lelangit ialah kecacatan kongenital yang boleh menjejaskan penyusuan, pertuturan dan pendengaran bayi. Ketahui punca, faktor risiko, rawatan serta perkara penting yang ibu ayah perlu tahu.