Fouziah Gous Terpaksa Henti Menyusukan Anak Selepas Payudara Bernanah

Share

Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan dia terpaksa menceraikan susu anak keduanya, Zaheen Yusof, 2, selepas payudaranya mula bernanah.

Menurut Fouziah apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum dia dan suami, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada awal tahun ini.

“Saya menyusu penuh anak kedua saya sejak dia lahir namun saya terpaksa memberhentikannya selepas payudara saya didapati bernanah.

“Mungkin ia berlaku kerana anak saya menyusu dengan banyak dan agak kasar, biasalah anak lelaki.

“Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum kami sekeluarga mengerjakan umrah.

“Jadi ibadah saya di sana juga menjadi lebih mudah dan saya mula memberikan anak saya susu formula. Alhamdulilah ia dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Pengasas FG Walet itu ditemui selepas sambutan hari jadinya yang diadakan di Artelia, Bangsar Shopping Centre, beberapa hari lalu.

`

Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof,2.

Sumber: Gempak

IKLAN