Freezer burn EBM adalah situasi yang sering mencemaskan ibu menyusu.

Ramai ibu pernah melalui detik panik ini, bila buka sahaja freezer, nampak tompok putih pada beg susu beku. Terus terfikir, “Eh, susu ni naik kulat ke?!”

Hakikatnya, menurut kaunselor penyusuan, Isya, keadaan ini bukan tanda susu rosak atau berkulat. Ia sebenarnya masalah biasa yang dipanggil freezer burn. Fenomena ini berlaku apabila teknik penyimpanan susu tidak dilakukan dengan betul sebelum dibekukan.

Freezer Burn EBM: Tompok Putih Bukan Kulat, Ini Penjelasan Pakar Penyusuan
Gambar Hiasan AI

Kenapa Ibu Perlu Simpan EBM Dengan Betul?

Selepas melahirkan, terutamanya bagi ibu bekerja, mengepam dan menyimpan susu menjadi rutin harian. Susu perahan (EBM) yang disimpan dalam freezer boleh bertahan sehingga setahun, bergantung kepada jenis peti sejuk.

Namun selepas beberapa minggu atau bulan, ada ibu mula ragu apabila lihat rupa susu berubah. Nampak tompok putih, kelihatan kering pada sesetengah bahagian… terus risau susu sudah tidak selamat untuk bayi.

Di sinilah ramai yang keliru, lalu menyangka tompok tersebut ialah kulat — sedangkan itu hanyalah tanda freezer burn.

Apa Itu Freezer Burn Pada Susu EBM?

Menurut kaunselor penyusuan Isya (Threads: @soothesutalk), freezer burn berlaku apabila susu beku terdedah kepada udara kering dalam peti sejuk beku. Biasanya ia terjadi kerana:

Ads
  • Angin tidak dikeluarkan sepenuhnya dari beg simpanan
  • Bekas tidak kedap udara
  • Suhu freezer tidak stabil

Tompok putih yang kelihatan itu sebenarnya bahagian susu yang kehilangan kelembapan, bukan kulat.

 

View on Threads

 

Bagaimana Freezer Burn Terjadi?

1. Kehilangan Kelembapan (Sublimasi)

Suhu freezer yang sangat rendah menyebabkan air dalam susu beku terus berubah menjadi wap, kemudian membeku semula sebagai kristal ais besar di permukaan beg. Bahagian yang kehilangan kelembapan akan kelihatan seperti tompok putih dan boleh mengubah tekstur serta rasa susu — kadang rasa sedikit “berkapur”.

Ads

2. Bekas Tidak Kedap Udara

Jika beg tidak ditutup rapat atau botol tidak kedap udara, udara kering dari freezer akan masuk dan “menarik keluar” kelembapan dari susu. Inilah yang menghasilkan tompokan beku yang buat ibu panik.

3. Suhu Freezer Tidak Stabil

Pintu freezer kerap dibuka tutup, atau menyimpan susu di bahagian pintu, boleh menyebabkan sedikit pencairan dan pembekuan semula. Ini mempercepatkan proses freezer burn EBM dan menghasilkan kristal ais pada susu.

Susu Dengan Freezer Burn Masih Selamat Diminum

Ramai ibu bertanya, selamatkah susu yang sudah terkena freezer burn?

Menurut Isya, ya, ia masih selamat diminum kerana nutrisi susu tidak hilang. Cuma rasa susu mungkin berubah sedikit dan ada bayi yang menolak kerana teksturnya berbeza. Itu sahaja perbezaannya.

Ads

Freezer Burn EBM: Tompok Putih Bukan Kulat, Ini Penjelasan Pakar Penyusuan

Cara Elak Freezer Burn Pada EBM

Untuk bantu ibu menyimpan stok susu dengan lebih selamat, Isya berkongsi beberapa tip penting:

  • ✔️ Keluarkan semua angin dalam beg simpanan sebelum dibekukan
  • ✔️ Simpan beg secara baring (leper)
  • ✔️ Gunakan bekas berkualiti & kedap udara
  • ✔️ Simpan di bahagian paling dalam freezer

Cara Panaskan Susu EBM Dari Freezer

Kaunselor Penyusuan Syuhada pula menjelaskan cara selamat untuk memanaskan susu perahan:

  1. Tinggalkan di luar 5 minit untuk capai suhu bilik.
  2. Rendam dalam air (2 bahagian air biasa + 1 bahagian air panas).
  3. Gunakan milk warmer sehingga 37–40°C.
  4. Susu sejuk dari chiller juga selamat jika bayi menerimanya.

Tompok putih pada EBM bukan kulat, tetapi tanda freezer burn EBM perkara biasa dan masih selamat diminum. Yang penting, ibu ayah perlu tahu cara penyimpanan EBM yang betul supaya kualiti susu terpelihara dan bayi mendapat nutrisi terbaik setiap masa.

Baca Lagi : Tempoh Susu Perahan : Ini Mama Perlu Ambil Tahu!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads