“Fuh Tripple F, Mantap” Issey Kongsi Wajah & Nama Anak, Comelnya Baby Iyyen!

Share

Selepas seminggu kelahiran cahaya mata sulungnya, penyampai radio, Issey Fazlisham tampil berkongsi wajah si comel pelengkap bahagianya dan isteri kepada umum.

Tidak hanya berkongsi wajah anaknya, bahkan menerusi Instagramnya semalam, Issey turut berkongsi nama indah yang dipilihnya dan isteri buat putera merdeka itu.

Pilihan nama indah itu sudah semestinya dipuji wargamaya dan pengikut Issey di Instagramnya. Tidak hanya cantik dan sedap, bahkan penuh dengan makna yang baik.

” Faaeq Fathian Bin Fazlisham.

“Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka. Manakala Fathian ialah kemenangan,” kongsi Issey di kapsyen.

Kata Issey lagi, nama indah itu dipilih bersempena maknanya yang bermaksud kemenangan, sesuai kelahirannya pada hari kebangsaan negara.

Malah menerusi kapsyennya, bapa yang sudah mula dengan rutin harian menjaga baby Iyyen turut sama mendoakan agar anaknya menjadi anak yang tinggi akhlak dan imannya kelak.

” Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita. 31 Ogos 2021.

“Iyyen issey, 31 Ogos 2021, #iyyenissey,” kongsi Issey yang sudah pun mempunyai nama panggilan Baby Iyyen buat anaknya.

Gambar si comel Faaeq yang sedang nyenyak tidur itu menerima pelbagai pujian pengikut Issey di Instagram. Tidak terkecuali yang memuji pilihan nama dengan pangkal huruf F, sama seperti nama Issey.

Raut wajah yang comel, hidung mancung dan menyejukkan mata ini sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia Issey, isteri dan ketiga-tiga anaknya.

Semoga baby Iyyen terus sihat membesar dan membahagiakan seluruh keluarga ini.

Terdahulu, isteri Issey, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan anak sulung mereka pada 31 Ogos lalu. Issey dan isteri turut mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu isterinya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Menarik: Susu Banyak Tapi Ada Waktunya Drop, Syukur Dapat Susukan Anak, Journey Penyusuan Indah Dato’ Siti

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @isseyfazlisham

IKLAN