Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Ads
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Ads
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Ads
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang ibu ayah rasa rimas tapi semua ini hanya sementara sahaja kerana selepas anak-anak dah masuk sekolah rendah, perlahan-lahan dia dah mula ada satu perasaan ‘malu’.
Jadi selagi anak nak dipeluk dan dimanja, layanlah. Tak rugi anak rapat dengan kita kerana inilah momen yang anak akan ingat sampai bila-bila.
Seperti dikongsikan oleh Influencer Parenting, Mohd Fhais, sampai masa nanti anak dah tak kisah di peluk lagi oleh kita sebaliknya dia lebih suka buat hal sendiri.
Sampai masa nanti anak dah tak mahu lagi bertanya apa-apa pada kita sebaliknya kita pula yang banyak bertanya pada dia.
Sampai masa nanti anak dah tak heran lagi nak ngikut kita pergi mana-mana sebaliknya kita pula nanti yang terpaksa ikut dia hendak pergi ke mana.
Sampai masa nanti anak dah jadi sangat susah nak bercakap dengan kita sebaliknya kita pula yang terhegeh hegeh nak bercakap dengan dia.
Sampai masa nanti anak dah tak lagi menagih perhatian kita sebaliknya kita pula yang dahaga perhatian.
Sampai masa nanti anak kita dah tak lagi heran sama ada kita ada atau tidak sebaliknya kita yang selalu rasa terkilan bila anak tak lagi teruja tengok muka kita.
Sampai masa nanti kita akan rasa sangat terkilan apabila masa berlalu begitu cepat di saat kita baru nak menikmati nikmat hidup bersama anak anak.
Hargailah setiap masa, sesungguhnya masa itu sangat berharga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Farah Lee berkongsi tip berguna buat ibu atau bapa tunggal yang mahu travel dengan si kecil ke luar negara. Dokumen-dokumen ini perlu dibawa untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
Banyak berjalan luas permandangan. Tindakan Farah sering membawa Maream, 4 tahun, travel boleh membantu perkembangan anak kecil ini.
Dalam posting terbaru, Farah berkongsi beberapa dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa tunggal ketika travel bersama anak berusia 18 tahun ke bawah ke luar negara. Dokumen tersebut perlulah sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
farahlee_To single parents yang nak travel dengan anak (below 18) out of country, jangan lupa bawak sekali, . Photocopy of translated : . #1- Birth cert anak #2- Divorce cert #3- Custody letter from court (ktorg punya ada dalam MOU sebab daddy awal2 dah cakap Maream omma jaga) #4- Consent letter from the father/mother (ni extra, esp share custody) . Just in case immigration ingat kita bawak lari anak orang
PENGALAMAN MEMOHON VISA UNTUK MAREAM
So far pengalaman omma, first time prepare semua benda ni masa nak apply visa UK Maream. Nak translate borang2 tu boleh pergi court then tanya pegawai kat situ. Nanti dorang carikan lawyer untuk translatekan dan stamp. Then ada fee per page berapa2 hengget. Omma tak sure berapa sebab omma dulu ada Auntie baik belanja ?
PENGALAMAN TRAVEL DARI UK KE NORWAY, TERTINGGAL SIJIL KELAHIRAN
Then first time ktorg travel out of UK adalah ke Norway, lek je la bawak passport and UK ID. Sekali immigration mintak bukti Maream tu anak omma sebab takde nama omma kat nama Maream. Sudahhhh ? Seb baik ada save dalam phone birth cert so selamat lah mak anak dua beranak ni haha..
CONSENT LETTER SEMASA TINGGALKAN MAREAM DI BAWAH JAGAAN KAKAK DI NORWAY
Then masa tinggalkan Maream kat Norway (sebab omma kena gi Jeddah), omma prepare sekali consent letter from omma yang ada details Bonda and Walid mengatakan I give my consent for my daughter to stay/travel with them from this date to this date etc.
Consent letter tu pun perlu kalau kita travel dengan anak buah ke, anak kawan ke, cucu ke. Bebudak yang nama mereka tak sama dengan surname/firstname kita. Rasanya perlu jugak untuk parents yang tak divorce tapi anak akan travel dengan salah sorang je. Dorang punya concern takut kita bawak lari anak away from the other parents. Macam mana nak buat consent letter.? Goggleeeeee kan adaaa.! Hehs..
KALAU TRAVEL AKAN BAWA SEMUA DOKUMEN BERSAMA
So since then, bila travel dengan Maream omma akan bawak je semua di atas. Manchester Airport kadang immigration officer tu mengada sikit walaupun ktorg dah ada UK ID, nak jugak bukti2 tu semua. Rasanya kat Korea, Spain & Portugal haritu dorang tak kisah pun. Jangan lah pulak tanya omma negara mana kisah mana tak kau ingat aku immigration officer.? Haha.. Just bawak je senang cerita.
RANCANG NAK KE SWITZERLAND & JERMAN PULA
Haaa gigih tak single mom kaki travel ni.? So next month ktorg nak gi Swiss & Germany pulak cuti skolah ? #ommabebel
Perkongsian Farah ini disambut baik para follower. Masing-masing berkongsi pengalaman dan menghargai perkongsian ini.
Penjagaan oral dan gigi anak-anak memang sepatutnya dimulakan sejak si kecil anda mula tumbuh gigi. Tapi kadang sebagai ibu yang mungkin tak ada pengalaman atau baru punya seorang anak pasti kurang jelas tentang pemilihan ubat gigi yang baik buat anak-anak.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Doktor Azila Mohd Kasim menerusi akaun Facebook miliknya ada memberikan panduan untuk ibu-ibu memilih ubat gigi yang betul buat si kecil tersayang.
Gigi berlubang juga dikenali sebagai karies atau kaviti. Ia adalah kerosakkan gigi disebabkan oleh asid dan menjadi bacteria.
Kaviti mungkin berbeza warna daripada kuning kepada hitam. simptom ini termasuk sakit dan kesukaran untuk makan.
Komplikasi termasuk keradangan pada tisu di sekitar gigi, kehilangan gigi dan infeksi atau bernanah.
Lesi karies boleh jadi aktif @ terhenti (arrested). Lesi karies aktif menunjukkan bukti perubahan yang progresif manakala (arrested) tidak. Cara hendak mengetahui lesi aktif atau tidak adalah dengan cara memerhati pada perubahan.
***********************
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri.
Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah gigi daripada berlubang.
Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu cara untuk melindungi gigi dan mengurangkan kadar kerosakan gigi di serata dunia.
Kanak-kanak yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida akan kurang mengalami kerosakan gigi.
**********************
Penambahan bentuk-bentuk fluorida topikal dapat mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja lebih daripada ubat gigi sahaja, tetapi manfaat tambahannya adalah tidak besar.
Kerosakan gigi (karies gigi) adalah menyakitkan, mahal untuk dirawat dan dapat memusnahkan gigi dengan serius.
Fluorida adalah satu mineral yang mencegah kerosakan gigi. Fluorida telah ditambah ke dalam bekalan air di banyak kawasan. Ia juga dapat diaplikasikan dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnis
*********************
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi.
Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan (fluorosis enamel) iaitu kecacatan pada lapisan luar gigi.
Ubat gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi. Ia digunakan untuk membersihkan dan mengekalkan kecantikan dan kesihatan gigi.
Ia berfungsi membantu menghilangkan plak gigi dan sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi, mengurangkan halitosis (masalah mulut berbau) serta mengandungi mineral aktif seperti fluorida dan natrium sulfat.
KANDUNGAN FLOURIDA DI DALAM UBAT GIGI ADALAH BERBEZA MENGIKUT KEPERLUAN.
********************
Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.
Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan:
Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan
ATAU
hanya meletak satu lapisan yang sangat tipis pada permukaan berus gigi
ATAU
sebesar saiz sebutir beras
2. UNTUK KANAK-KANAK 3 – 6 TAHUN
Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak sebanyak 0.25 g ke 0.5 g
ATAU
sebesar kacang soya / kacang hijau
ATAU
sepanjang 5 mm pada permukaan berus gigi.
PERINGATAN : Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga.
Sebahagian ubat gigi mempunyai perisa yang pelbagai, seperti strawberi, pisang dan lemon.
Oleh itu, kadang-kala anak kita akan menelan sahaja ubat gigi dan tidak meludah keluar. Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
3. UNTUK KANAK-KANAK 6 TAHUN KE ATAS
Pada usia ini, kanak-kanak sudah dibenarkan untuk menggunakan ubat gigi dewasa (1000ppm flourida).
Kuantiti yang diperlukan adalah sedikit sahaja, iaitu sebesar kacang soya/kacang hijau atau separuh daripada kepala berus gigi khas untuk kanak-kanak.
Paling penting, jangan biarkan anak anda menelan ubat gigi. Ibu bapa boleh merujuk kepada doktor gigi tentang ubat gigi yang sesuai untuk anak anda.
Setiap kanak-kanak mungkin mempunyai keperluan yang berbeza, bergantung kepada tahap kerosakan gigi anak anda di dalam mulut.
******************************
Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak.
BOLEH :
—————————-
TIDAK BOLEH :
1) Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi.
2) Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )
Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa.
*************************
Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan :
Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi.
Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat / kekuningan /putih susu. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Keadaan ini dipanggil ‘FLUOROSIS’
Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.
Soalan Lazim : Perlu ke anak saya diberi “Sapuan Flourida” / “Topikal Flourida” ?
Jawapan :
Sorotan kajian mendapati kanak-kanak dan remaja yang menggunakan fluorida topikal sebagai tambahan kepada ubat gigi berfluorida akan menambah pengurangan kerosakan gigi berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan ubat gigi berfluorida.
Bagaimanapun, manfaat tambahan ini tidak besar, dan kajian-kajian tidak memberikan data berkenaan kesan sampingan.
Tambahan jawapan :
Bagi anak minum susu.
Minum susu untuk cukup kalsium. Kalau sudah besar, minum lah pakai cawan. Bukan suruh pergi menyusu botol semula haha.
Semua dah besar, fikirlah sendiri. Makanan lain yang berkhasiat pun kena juga amalkan.
Badan sihat gigi pun sihat.
Semoga bermanfaat.
Doktor Azila akan kongsi cerita tentang sapuan topikal Flourida di masa akan datang.