Gambar Sebelum & Selepas Kahwin Jadi Perhatian, Golongan Ibu Cakap Tetap Cantik!

Share

Wanita yang bergelar isteri dan ibu adalah golongan yang sangat sibuk menguruskan rumah tangga serta anak-anak. Sampai kadang-kadang nak makan pun tak sempat apatah lagi nak bersiap. Bukan suami tak membantu, ada kalanya anak-anak cuma nak mamanya sahaja.


Lagi bertambah sibuk seorang ibu bila mana bertambah bilangan anak. Orang kata cabaran sebenar bermula bila mama dapat anak yang kedua kan?

Sama seperti perkongsian ibu ini yang telah menarik perhatian warga maya terutama golongan isteri dan ibu. Dia berkongsi gambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin bersama anak-anak.

Gambar si ibu sebelum berkahwin cantik persis ratu cantik di ambil ketika menghadiri majlis makan malam. Malah sempat bergaya dengan pose yang cantik di hadapan kamera.

Gambar selepas mempunyai anak dua turut dikongsi. Tiada lagi kasut tumit tinggi dan baju mengerlip. Yang paling selesa disaat punya anak dua hanyalah selipar jepun dan kain tuala anak di atas bahu.

Beberapa keping gambar lain pula menunjukkan situasi normal si ibu sedang bergelut dengan anak untuk mengambil gambar.

Namun gambar viral ini mendapat pujian dan sokongan ramai ibu-ibu. Bagi seorang isteri dan ibu yang memahami, gambar ini tetap cantik di mata ibu-ibu. Walaupun tiada lagi kasut tumit tinggi dan baju mengerlip, seorang isteri dan ibu tetap cantik!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN