Bagi ibu bekerjaya, memikirkan sarapan atau bekalan buat anak sememangnya merumitkan. Dengan waktu yang singkat di pagi hari ditambah pula dengan menguruskan tugasan lain, ibu jadi bertambah kelam kabut. Namun resipi yang satu ini menjadi penyelamat ibu di waktu pagi. Hanya gaul dan campakkan kemudian terus di bakar sahaja hingga masak. Mudah dan menjimatkan masa!

Resipi perkongsian Puan Dahlia Kamaruza ini simple namun berbaloi untuk ibu yang mengejar masa. Sementara menunggu Cheesy Chicken Take Pie masak, ibu bolehlah bersiap ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak yang lain. Pantas!

Jom ikuti resipi mudah yang dikongsikan beliau ini. Selamat mencuba!

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

Petang tadi mummy rajin sikit. Jadi mummy buatkan Hilman cheesy chicken tako pie dengan potato chip je. Habis 4 ketul tako pie tu Hilman makan. 2-3 hari ni Hilman makan dah banyak sikit dah dari biasa. Lepas 2 minggu juga lah yang mood makan dia on off. Alhamdulillah haritu sebab teething kot dia tak lalu makan sangat. Asik meragam je. Gigi dia dah keluar 2 atas 1 bawah.

So kalau anak-anak mama semua meragam tak nak makan tu just keep on offering je. Bagi makan kerap-kerap. Baby memang ada fasa dia tak nak makan. Lagi-lagi kalau tengah tumbuh gigi. Masa tu semua serba tak kena.

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

IKLAN

Resepi Cheesy Chicken Tako Pie

Tepung gandum unbleach (cap rose je) 1 1/2 cup
Telur 1 biji
Susu fullcream 1/2 cup
Air 1 1/2 cup
Minyak bawang putih 1 tsp
Daun bawang sedikit (hiris)
Jagung rebus 1/4 tongkol (hiris)
Serbuk ayam homemade sedikit
Ayam isi 1 bahagian (cincang)
Cream cheese 2 tbs (dadu)
Sedikit minyak masak (sapu dekat cup sebelum bakar)

Bekas untuk bakar (akak pakai bekas chicken pie je. Boleh pakai muffin tray je. Lagi senang.)

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

IKLAN

 

Bancuh je semua bahan dalam satu bowl sampai sebati. Kecuali ayam dan cheese. Sendukkan ke dalam cup, kemudian sudukan isi ayam dan letak cheese.

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

IKLAN

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

Bakar dalam oven suhu 210 selama 30-45 minit api atas bawah. 5 minit sebelum siap boleh tukar api atas je biar garing. Siap!

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap! Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

 

P/s : boleh tukar isi ayam dengan grill salmon/minch beef/prawn. Cream cheese boleh tukar dengan mozzarella or any cheese yang low sodium. Susu boleh tukar dengan santan/cooking cream.

Gaul-Gaul Terus Bakar, Cheesy Chicken Tako Pie Sarapan Mudah Buat Anak, 30 Minit Siap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI