Gaya rambut anak lelaki yang dibiarkan sedikit panjang seakan menjadi satu trend dikalangan ibu bapa ditambah lagi dengan kesukaran untuk menggunting rambut mereka. Sudahnya rambut dibiarkan sedikit panjang.
Lain pula kisahnya dengan pengguna Tik Tok dikenali sebagai Madam Ain @madamainn yang berkongsi kisah rambut anaknya yang dipotong pengasuh.
Jelas @madamainn melalui perkongsiannya menerusi video yang dikongsikan, dia mengakui berasa sedih kerana rambut anaknya itu dipotong tanpa sebarang persetujuannya.
Memuat naik beberapa keping gambar anaknya sebelum dan selepas ke rumah pengasuh ternyata amat berbeza.
Apa yang pasti, rambut anaknya, Aydan dilihat lebat, lurus dan siap ada gaya ‘bangs’ yang menutupi bahagian dahinya. Memang comel!
Ads
Pun begitu Ain dikejutkan dengan dengan penampilan terbaru anaknya itu sebaik menjemputnya dari rumah pengasuh.
Paling ketara, gaya rambut ‘bangs’ Aydan kini dipotong kemas hingga menampakkan dahinya.
Walau bagaimanapun, dalam muat naik terbaru pengguna TikTok itu, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yang terjadi dan meminta orang lain tidak terus berbalah mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” tulisnya.
Viral kisah Qayyum, anak angkat kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, apabila ibu kandung Qayyum tampil untuk mengambil kembali anaknya. Setelah berbincang, keluarga Aliff Syukri telah bersetuju untuk kembalikan Qayyum ke pangkuan keluarga kandungnya apabila diminta berbuat demikian.
Berat hati keluarga Aliff Syukri untuk melepaskan Qayyum, tapi apakan daya DS Shahida berpendapat lebih baik Qayyum berada dalam jagaan keluarga kandungnya. DS Shahida telah berkongsi video dimana Baem, anak ketiganya menangis
Baem sedih Yom nak pergi esok!! tak apa Baem nanti mama bagi Baem adik banyak-banyak ya!
Tersentuh hati melihat Baem menangis memikirkan Qayyum yang sudah selamat berada dalam jagaan keluarga kandungnya. Netizen turut bersimpati dengan keadaan Baem. Iyalah, hari-hari bersama Qayyum, bermain bersama dan tiba-tiba Qayyum tiada.
Aduhaii sedihnyanyaa..
Adik susuan dia kan.. budak-budak memang tak pandai nak tipu perasaan dia
Kejadian ngeri pada April lalu mengemparkan Malaysia apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut rupanya sedang hamil anak sulung mereka dan ketika itu usia kandungan memasuki 8 minggu.
Akibat dibelasah teruk, Jahidah Nordin, 43 mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma dari hari kejadian.
Walaupun masih dalam keadaan koma, tapi kandungan Jahidah masih lagi bertahan sehingga kini dan dia dijangka akan melahirkan bayinya pada bulan Disember ini.
Hal ini dikongsi olehn adiknya, Fauziah yang mengambil alih menjaga kakak sulungya selepas kejadian menimpa. Menurut Fauziah, kakaknya masih bertahan walaupun mengalami kecedaraan yang serius.
“Tiada lagi kes macam kak Jahidah kat Malaysia. Doktor pakar, nurse-nurse banyak bantu..kita hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha, yang menentukan hanya Allah s.w.t. Doakan yang terbaik buat kak Jahidah, dipermudahkan urusan semua pihak yang terlibat dan dimudahkan perjalanan hidup kakak dan bayi”
“Ye masih bertahan dengan keadaan kecederaan otak yang teruk, patah tulang belakang, rusuk, muka, rahang, bedsore yang belum sembuh. Tak boleh bercakap, tak boleh respon walaupun mengangguk. Separuh sedar hanya mata terbuka tapi kemungkinan besar dia tak dapat melihat hanya air mata kerap mengalir.”
Walaupun koma namun kandungan kakaknya masih bertahan sehingga kini, sudah masuk 9 bulan.
“Hanya mengeras tubuh badan bila terasa sakit, pandangan mata yang kosong, tekak tebuk untuk bernafas dan kahak sentiasa di sedut dan menanggung anak dalam kandungan 9 bulan. Kejamnya kau Rosmaini bin Abdul Raog buat kakak Jahidah menderita!”
Berkongsi tentang pemakanan kakaknya serta kandungan sepanjang sakit, Fauziah berkata kakaknya hanya minum susu sahaja.
“Susu makanan utama kakak dan bayi dalam kandungan. Kuatnya semangat baby membesar dalam kandungan walaupun hanya susu selama 9 bulan. InsyaAllah baby akan jadi anak yang soleh dunia akhirat.”
Tambahnya lagi, Jahidah terpaksa dibawa ke hospital namun berita sedih terpaksa diterima mereka sekeluarga kerana kondisi kakaknya yang semakin teruk.
“Berbulan juga jaga kakak depan mata, hari ini bilik ni kosong tanpa kakak, secara tiba-tiba kakak nak kena tahan wad.”
“Harini jumpa doktor pakar, lemah kaki melangkah keluar hospital selepas mendengar risiko kakak Jahidah. Sangat berat nak terima ujian ini. Risiko kakak: Respiratory Distress, Bleeding, Infection, Cardiac arrest, Death”
“Diam tak terkata apa..berat nak tandatangan. Terpaksa kalau ini jalan yang terbaik..mungkin jalan yang terakhir.”
Sama-sama kita doakan semoga urusan melahirkan bayi nanti dipermudahkan dan semoga kesihatan Jahidah semakin baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru saja nak rasai gerakan manja dalam perut, Allah lebih sayangkan anak syurga ini. Hati ibu ayah mana yang tak sedih selepas hasrat untuk menimang cahaya mata kembar tak kesampaian.
Sebak sungguh hati ini bila melihat wajah kedua-dua wildan syurga ini. Sepertinya si abang dan si adik sedang nyenyak tidur bersama.
Pasangan kembar wildan syurga
Bayi kembar lelaki yang kami uruskan ini meninggal dunia selepas 30 minit dikeluarkan dari rahim ibunya. Dikeluarkan demi untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Ketika dikeluarkan si abang dan si adik baru berusia 4 bulan dalam kandungan si ibu. Keputusan untuk melahirkan si kembar ini terpaksa dilakukan oleh doktor.
Ini kerana doktor mendapati kembar yang dikandung mempunyai masalah komplikasi. Jika tidak keluar si kembar boleh membahayakan nyawa si ibu.
“Keputusan yang cukup berat. Dua-dua sayang”
Si bapa terpaksa membuat satu keputusan yang sangat berat. Ibarat diluah mati emak. Ditelan mati bapa. Kedua-duanya si bapa sayang. Si kembar akhirnya terpaksa dikeluarkan awal.
Si ibu dan si bapa tiada pilihan lain. Nak atau tidak mereka perlu redha. Si kembar dikeluarkan tidak berapa lama selepas ubat disuntik kepada si ibu. Kedengaran suara tangisan setelah si kembar berjaya dilahirkan.
Bertahan 30 minit selepas dilahirkan
Tangisan yang kuat menjadi semakin sayup. Kemudian terhenti menandakan si kembar sudah tidak lagi bernyawa. Si abang dan si adik hanya mampu bertahan selama 30 minit. Berakhirnya impian si ibu dan si bapa.
Hajat untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian. Si abang dan si adik memilih untuk menunggu ibu bapanya dipintu syurga. Dipinjamkan si kembar selama 4 bulan dirahim ibunya. Dipanggil pulang apabila sifat yang ada telah cukup sempurna.
Telah kami sempurnakan pengurusan untuk kedua-dua kembar syurga ini. Si kembar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja. Si abang diberi nama Muhammad Abu Bakar. Si adik pula diberi nama Muhammad Omar.
Salam takziah buat kedua ibu bapa kembar wildan syurga ini. Moga dapat bersatu kembali di syurga Allah nanti.
**Salurkan sumbangan anda ke dalam tabung pengurusan jenazah UKVJ.
Bantu kami untuk kami membantu ummah :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.