Gelagat Afwa minta ibunya buat susu ketika live cuit hati warga maya, “Ibu, susu ni dah lama.” Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti kerap meluangkan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok.
Gelagat Afwa Minta Ibunya Buat Susu Ketika Live Cuit Hati Warga Maya, “Ibu, Susu Ni Dah Lama”
Tambahan pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik @sitizoner yang menarik perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila anak keduanya, Afwa memintanya membuatkan susu.
Rata-rata warga maya terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti sama seperti anak mereka, tak boleh tengok ibunya ‘bersenang-senang.’
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru.
Difahamkan wakil keluarga wanita berkenaan meminta bantuan mana-mana wanita untuk menyusukan anak itu.
Namun, siapa sangka bayi itu menerima susu daripada seorang wanita yang juga baru kehilangan anak dikenali Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan, empat bulan, selepas ditemukan tidak sedarkan ketika berada di sebuah taska dekat Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.
Perkongsian itu dikongsikan oleh wanita berkenaan menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, semalam.
Menerusi perkongsian itu, ibu kepada bayi Handzalah, Sri Wahyuni Rahman, 28, memaklumkan keluarganya dan keluarga bayi yang kehilangan ibu itu telah dipertemukan.
Maklumnya, bayi Faleeq itu telah menerima susu daripadanya yang juga baru kehilangan anak.
“Alhamdulillah, Allah pertemukan kami. Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq.
“Percaturan Allah. Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh, ya. Comel dia. Muka pun nak sama dengan Handzalah,” tulis Sri Wahyuni Rahman dengan menyertakan gambar suaminya bersama bapa bayi Faleeq.
Terdahulu, kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami ketika tidur benar-benar meruntun hati ramai.
Sementara itu, ibu kepada bayi lelaki, Khairul Handzalah Sufi iaitu Yuni Rahman menuntut keadilan buat anak keduanya yang meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.
Anak Sari Yanti, Dariya kecewa belum dapat gelaran Hajah, simulasi haji rupanya. Simulasi haji cilik merupakan sebuah program pendidikan yang direka khas untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji.
Program ini bertujuan untuk mendidik dan memperkenalkan kanak-kanak kepada ibadah haji melalui pendekatan yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Dariya, anak kepada Sari Yanti juga turut berpeluang menjadi salah seorang ‘jemaah haji’ melalui program ini.
Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Sari dilaman Instagramnya.
Alhamdulillah dah jadi Hajjah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji, mama kata tu practice.. dia kecewa betul ” u mean all that is fake ??? ” yes Dariya tu practice je.
I thought everyone should already call me Hajjah..!!! – adoihaiiiiii so sekarang bukan makcik dah la. Dia Hajjah.
Semoga Allah SWT kabulkan cita-citamu anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat Haji mabrur dan redha Allah SWT.
Hantaran yang dikongsikan oleh Sari itu mendapatkan respon ramai warga maya. Ramai yang rasa ‘terhibur’ dengan gelagat Dariya. Comel sungguh!
Berikut antara komen-komen warga maya:
Objektif Simulasi Haji Cilik
Pendidikan Awal: Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang ibadah haji dan kepentingannya sebagai salah satu daripada lima rukun Islam.
Pengalaman Praktikal: Membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman menunaikan haji melalui simulasi yang hampir dengan keadaan sebenar.
Pembentukan Akhlak dan Disiplin: Membentuk akhlak dan disiplin diri dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Penghayatan Islam: Meningkatkan penghayatan dan pemahaman kanak-kanak terhadap ajaran Islam secara keseluruhan.
Aktiviti dalam Simulasi Haji Cilik
Simulasi haji cilik biasanya melibatkan beberapa aktiviti utama yang meniru perjalanan sebenar ibadah haji. Antara aktiviti-aktiviti tersebut termasuk:
Ihram: Kanak-kanak akan diajar cara memakai ihram, pakaian khusus yang dipakai oleh jemaah haji. Mereka akan memahami kepentingan pakaian ini dan simbolik kesamarataan di hadapan Allah.
Tawaf: Kanak-kanak akan melakukan tawaf, iaitu mengelilingi replika Kaabah sebanyak tujuh kali. Aktiviti ini dilakukan untuk memperkenalkan mereka kepada salah satu rukun haji yang penting.
Sa’i: Aktiviti berjalan atau berlari kecil antara replika bukit Safa dan Marwah juga dilakukan. Ini adalah untuk meniru perjalanan Hajar mencari air untuk anaknya, Ismail.
Wukuf di Arafah: Kanak-kanak akan diberi penjelasan mengenai kepentingan Wukuf di Arafah dan akan melaksanakan sesi doa dan munajat di kawasan yang direka khas untuk tujuan ini.
Melontar Jamrah: Aktiviti melontar batu kecil ke arah replika Jamrah turut diadakan. Ini melambangkan tindakan melawan godaan syaitan dan simbol pembersihan diri daripada dosa.
Tahallul: Kanak-kanak akan diajar mengenai tahallul, iaitu memotong sedikit rambut sebagai simbol selesainya ibadah haji.
Kepentingan Simulasi Haji Cilik
Pemahaman Mendalam: Melalui simulasi ini, kanak-kanak dapat memahami dengan lebih mendalam setiap rukun dan wajib haji. Ini membantu mereka untuk lebih menghargai ibadah tersebut apabila dewasa kelak.
Interaksi Sosial: Program ini juga membantu kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dalam suasana yang positif dan mendidik.
Pembinaan Karakter: Aktiviti-aktiviti dalam simulasi ini dapat membina karakter yang baik seperti kesabaran, ketekunan, dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Simulasi haji cilik adalah satu inisiatif pendidikan yang sangat bermanfaat dalam memperkenalkan kanak-kanak kepada ibadah haji. Dengan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, kanak-kanak dapat belajar tentang pentingnya ibadah haji dan memupuk rasa cinta kepada agama Islam sejak usia kecil.
Program ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan agama mereka, tetapi juga membentuk akhlak yang baik dan disiplin dalam kehidupan seharian.
Raja Ilya kongsi gelagat comel Talita angkat kain jemuran, comel betul! Dalam membesarkan anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa memberikan didikan yang seimbang antara akademik dan kemahiran hidup. Salah satu aspek penting dalam kemahiran hidup ialah mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
Kerja rumah bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, dan disiplin dalam diri anak-anak sejak kecil.
Melalui satu hantaran yang dkongsikan oleh Raja Ilya, dia berkongsi gelagat anaknya, Talita yang sibuk mengangkat kain daripada jemuran.
Memang betul! Ibu-ibu tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri. Kami bukannya robot yang boleh menyelesaikan semua kerja dalam satu masa. Sebab itu, dari awal lagi, kita perlu mengajar anak-anak untuk membantu di rumah.
Kita tidak mahu mereka menjadi terlalu manja, di mana setiap perkara perlu disuap. Jika mereka sudah pandai kemas mainan yang mereka sepahkan, angkat kain, lap meja selepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dan mula pergi ke tandas sendiri – walaupun agak mencabar – itu sudah satu permulaan yang baik.
Jadi, apabila adik mereka lahir nanti, ibu tidak perlu buat semua perkara seorang diri. Setidaknya, ada yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja kecil di rumah.
Begitulah kisah hari Selasa saya!- tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya mendapat respon di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia Pasangan memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Raja Ilya kini sedang sarat hamil anak kedua.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...