Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.
Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.
Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.
Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.
Ads
Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.
“Comel sangat, Chantiq junior ni. Bam bam pulak tu!” Itu antara komen peminat yang melihat wajah anak keempat Johan dan Ozlynn yang dilahirkan 3 Syawal lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, pasangan terbabit turut memohon maaf apabila membuat ramai pihak tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Ozlynn atau nama penuhnya, Rozlinawaty Ismail sebelum ini.
Dalam kapsyen yang ditulis, pasangan ini memberitahu bayi yang dilahirkan sihat dengan berat 3.9 kilogram. Mereka juga turut berkongsi wajah puteri kedua.
Apa yang menariknya, Johan antara ayah yang cukup sempoi. Video yang dimuat naik menunjukkan Johan sedang meriba dan mendodoikan anaknya sambil bermain piano.
Pasangan ini juga memaklumkan, mereka belum bersedia menerima kunjungan tetamu kerana mahu memberi ruang kepada Ozlynn untuk berehat.
“Saya mahu Ozlynn berehat puas-puas memandangkan dia perlu menjaga sendiri bayi kami. Maklum, kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya dilakukan sendiri.
“Bukan tidak mahu terima kunjungan tetamu, tetapi berilah ruang untuk Ozlynn berehat dahulu seminggu dua. Dia perlu membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih lagi kecil. Harap semua pihak faham.
“Insya-Allah, apabila Ozlynn sudah bersedia nanti, datanglah ke rumah,” kata Johan.
Johan atau nama lengkapnya, Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq serta Cantiq.
Sumber: instagram jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penglihatan ialah merupakan salah satu deria yang paling banyak banyak berkembang ketika dilahirkan. Input visual pada bulan-bulan awal mungkin mempunyai kesan yang paling mendalam terhadap sistem saraf bayi yang berkembang. Kenapa rangsangan visual sangat penting untuk bayi? Bagaimanakah mama dan papa boleh memberikan merangsang deria visual bayi yang baru lahir?
RETINA BELUM BERKEMBANG SEMASA DILAHIRKAN Semasa kelahiran, retina pada mata bayi masih belum berkembang sepenuhnya. Retina adalah lapisan belakang mata yang berfungsi untuk mengesan cahaya. Retina orang dewasa berupaya membezakan pelbagai warna dan tona yang berbeza, tetapi retina bayi baru lahir hanya berupaya untuk mengesan warna yang mempunyai kontras yang ketara iaitu sama ada bercahaya dan gelap; atau hitam dan putih.
BAGAIMANA RANGSANGAN VISUAL MEMBANTU OTAK BAYI BERKEMBANG
Selepas lahir, sel-sel saraf pada otak bayi tidak teratur dan tidak terhubung dengan baik. Ketika bayi membesar, otaknya akan menerima apa jua rangsangan melalui kelima-lima deria. Input ini menyebabkan sel-sel saraf untuk berkembang dan membentuk pelbagai sambungan dengan sel-sel saraf yang lain.
Inilah sebabnya mengapa rangsangan visual sangat penting. Sebagai contoh, jika bayi tidak dirangsang, pusat visual di otaknya tidak akan berkembang, saraf optik akan berkurang dan penglihatannya tidak akan dapat dibangunkan dengan optimum.
Sebaliknya, jika anda memberikan input visual yang berterusan kepada mata bayi, retina mata dan saraf optiknya akan berkembang. Kesannya bahagian visual pada otak bayi akan berkembang dengan baik.
6 CARA RANGSANGAN VISUAL UNTUK MATA BAYI
Mama dan papa boleh memberikan ara untuk merangsang penglihatan yang terbaik kepada bayi dengan menggunakan imej berjalur hitam dan putih atau warna-warna kontras yang terang dan gelap. Penyelidikan telah membuktikan bahawa imej kontras hitam dan putih memberikan impak berkesan pada retina bayi dan menghantar isyarat visual terkuat ke otaknya.
Berikut adalah beberapa cara visual play yang menyeronokkan dan kreatif yang dapat merangsang penglihatan bayi baru lahir:
1.Letakkan persekitaran tempat tidur bayi anda dengan fabrik dan objek berjalur sama ada selimut, cot bumper, sarung bantal dan kertas dinding yang mempunyai jalur gelap dan cerah.
2.Sediakan mainan bayi berjalur berhampiran dengan tempat yang biasa bayi duduk seperti ruang bermain, dalam car seat atau stroller. Mereka mempunyai quiet alert state di mana apabila terjaga, matanya terbuka, dan si kecil akan menatap dengan teliti pada apa sahaja yang menarik perhatiannya. Ini adalah masa yang tepat untuk meletakkan buku, gambar atau mainan berwarna hitam dan putih kira-kira 8 hingga 12 inci dari muka bayi.
3.Mainan hitam dan putih atau berwarna cerah dan gelap akan menarik perhatian bayi dengan lebih baik .
4.Pilih mainan yang berwarna terang dan kontras seperti hitam, putih dan merah dan kurangkan mainan yang berwarna pucat.
5.Bayi anda boleh melihat dengan jelas sekitar 8 hingga 12 inci jauhnya. Apabila anda berinteraksi dengan bayi, sama ada dengan mainan, tangan atau muka anda, cuba untuk lakukannya dalam jarak 12 inci dari bayi
6.Bayi akan mula menatap wajah anda dan mula memberi tumpuan pada mata anda pada minggu-minggu awalnya. Selepas sebulan, mereka akan mula mengikuti anda dengan matanya apabila anda perlahan-lahan bergerak dari sisi ke sisi. Boleh lakukan aktiviti ini dengan kerap.
7.Mama dan papa yang ingin menstimulasi penglihatan si manja, bolehlah cuba memakai baju bergaris atau berjalur sekerap yang boleh ketikan bersama bayi.
Sumber: www.askdrsears.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya. Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi.
BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN
Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.
Mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain.
Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!
Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’ pada reaksi negatifnya.
Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.
Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.
Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.
#2 TERANGKAN PERATURAN
Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.
#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL
Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.
#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF
Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.
#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL
Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.
MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA
Corak didikan demokrasi yang lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!
Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!