Gelagat Syatilla di hari sukan sekolah anak, “Minta maaf, baru sedar saya bising sangat lepas tengok video.” Syatilla sering memuat naik video bersama keluarga di media sosial terutamanya di laman Instagram dan TikTok.
Gelagat Syatilla Di Hari Sukan Sekolah Anak, “Minta Maaf, Baru Sedar Saya Bising Sangat Lepas Tengok Video”
Syatilla sememangnya dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya. Ramai peminat terhibur dengan telatah spontannya itu. Boleh dikatakan setiap video yang dikongsikan oleh Syatilla atau lebih mesra dengan sapaan Tilla mencuri perhatian warga maya.
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok Syatilla Melvin yang menarik perhatian warga maya. Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin menghadiri hari sukan sekolah bagi memberi sokongan kepada anaknya.
Rata-rata warga maya terhibur dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syatilla Melvin namapk bersemangat memberi sokongan ketika anaknya beraksi.
Perkongsian Syatilla mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 7, Sarima Samhiezy, 4 dan Salama Samheizy, 2 tahun.
Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.
Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Tak perlu lama pun, lima ke sepuluh minit setiap hari, luangkan masa bersama pasangan anda. Tiada gangguan luar, nikmati masa bersama. Biarpun kesannya mungkin tidak nampak hari ini, jika ia diamalkan secarakonsisten dapat memberi kebahagiaan kepada hubungan suami isteri.
Lima ke 10 minit itu, solatlah bersama pasangan. Kemudian berdoalah supaya perkahwinan sentiasa dilindungi. Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya.
Ambillah waktu solat Maghrib dan Isyak untuk solat dengan suami atau isteri. Pasangan berkahwin yang mengamalkan solat berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni. Banyak manfaat yang boleh dirasai apabila anda mengamalkan solat berjemaah.
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Anak-anak menyerap apa yang mereka lihat dan dengar. Dalam mendidik anak-anak ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Maka sebab itulah ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak
Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tidak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru dan buat.
Berikut perkongsian daripada Firdaus Mokhtar untuk ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.
TUJUH perkara ini yang ibu bapa mesti selalu buat dan tunjuk depan anak-anak supaya mereka faham dan ingat sampai bila-bila.
1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Ya, kalian perlu selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang aku biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.
Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.
Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.
2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Dan ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.
Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.
3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.
Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.
4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak. Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang. Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.
5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.
Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.
6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.
Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka pula;
“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.
7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah. Iyalah, kau kan banyak buat salah, mintalah maaf. Kahkah.
Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.
Begitulah kawan-kawan. Dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak. Maka segala-galanya kena teratur dan dirancang.