“Takutnya saya. Anak pertama sunat. Macam mana la nak jaga. Luka melekit-lekit tu saya seriau. Nak cuci takut sakit.”
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Betul ke bayi tidur mengiring adalah cara terbaik? Ini kerana kebanyakan ibu bapa baharu tertanya-tanya posisi tidur bayi yang betul dan selamat.
Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca perkongsian artikel ini bagi mendapatkan jawapannya. Semoga bermanfaat!
Betul ke bayi tidur mengiring yang terbaik?
Menurut saranan American Academy of Pediatrics (AAP), tidur secara mengiring adalah tidak selamat untuk si kecil.
Terdapat beberapa sebab mengapa posisi tidur mengiring bagi bayi yang baru lahir menjadi tidak selamat. Ia memberi tekanan tambahan pada rahang – berisiko menyekat saluran pernafasan bayi.
Posisi tidur ini juga menyebabkan kepala si manja berada dalam kedudukan yang menyebabkan mereka menghirup udara kitar semula – tidak segar – secara berterusan. Ia boleh membawa kepada pengumpulan karbon dioksida dan kekurangan oksigen.
Posisi tidur bayi yang betul adalah berbaring secara menelentang.
Walaupun ada yang menyatakan bayi tidur mengiring adalah lebih selamat untuk mengelakkan si kecil muntah atau mengalami refluks, namun ia tidak benar. Bahkan, apabila tidur dalam keadaan telentang, bayi yang kerap refluks akan kurang mengalami keadaan tersebut.
Selain itu, meletakkan bayi tidur secara telentang pastinya lebih selamat daripada tidur meniarap kerana ia meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) dan sesak nafas.
SIDS adalah penyebab utama kematian bayi antara usia sebulan dan setahun.
Pilihlah posisi tidur bayi yang betul ini
Demi keselamatan, semua bayi harus ditidurkan secara menelentang pada tahun pertama kehidupan. Ini juga termasuk kepada bayi pramatang. Bayi yang tidur dalam posisi ini mempunyai risiko SIDS lebih rendah.
SIDS cenderung untuk terjadi dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupan – kebanyakannya berlaku pada usia 1-4 bulan. Disebabkan itu, amat penting untuk memastikan si kecil tidur menelentang.
SIDS umumnya jarang terjadi selepas usia bayi 12 bulan.
Menelentang adalah posisi tidur yang betul
Pun begitu, sesetengah bayi pramatang dengan penyakit pernafasan mungkin perlu tidur secara meniarap. Namun ia harus dilakukan dalam persekitaran yang diawasi secara perubatan, seperti hospital.
Walaupun menelentang adalah posisi tidur bayi yang betul, sesetengah ibu bapa bimbang keadaan tersebut boleh meratakan kepala si kecil. Sekiranya berlaku, ia hanya bersifat sementara.
Galakkan si manja berbaring dan meniarap ketika berjaga boleh membantu mencegahnya.
Ada juga kebimbangan kononnya bayi akan tersedak muntah atau mengeluarkan air liur semasa menelentang. Tetapi National Institutes of Health (NIH) melaporkan tiada bukti mengenainya. Malah dipercayai bayi tidur dalam posisi ini mungkin dapat mengeluarkan cecair lebih berkesan.
Perkara boleh dilakukan & elak untuk mendapatkan posisi tidur bayi yang betul
Menyediakan persekitaran selamat semasa tidur adalah sama pentingnya seperti memastikan si manja lena dalam posisi yang betul.
Mustahak untuk memastikan kawasan tidur bayi tidak mempunyai barang yang boleh mengakibatkan mereka lemas atau terperangkap.
Berikut antara langkah-langkah boleh diambil untuk persekitaran bayi selamat:
Lakukan ini untuk dapatkan posisi tidur bayi yang betul
Elakkan
Tip lain:
Perkara berikut juga boleh membantu mengurangkan risiko SIDS:
Pilihlah posisi terbaik
Menelentang adalah posisi tidur bayi yang betul dan terbaik sehingga bayi berusia setahun. Ia terbukti dapat mencegah SIDS.
Manakala kedudukan bayi tidur mengiring adalah selamat apabila bayi berumur lebih 4-6 bulan kerana sudah pandai berguling sendiri selepas dibaringkan telentang.
Membawa bayi baru lahir pulang ke rumah boleh mewujudkan rasa gelisah dan bercampur baur, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Sebaiknya jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan mengenai keadaan tidur yang selamat, rujuklah kepada doktor atau pakar pediatrik untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih kepastian.
Amat penting untuk memastikan si manja tidur dalam keadaan yang selamat dan posisi betul untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu sikit? Mommies jangan panik. Mommies perlu tahu saiz perut bayi yang baru dilahirkan hanya sebesar buah ceri?
Dan percayakah mommies bila mommies perah susu selepas kelahiran, yang keluar hanyalah kolostrum dan jumlahnya adakalanya hanya beberapa titik sahaja dan selalunya tak sampai 1oz pun.
Jadi, mommies jangan panik. Susukan sahaja bayi mengikut demand bayi. Biasanya bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 1 jam mengikut permintaan. Jadi mommies tak perlu panik nak terus perah untuk kumpul stok.
14 hari pertama, mommies teruskan sahaja direct feeding untuk beri peluang mommies adapt dengan bayi, betulkan latch position, beri rasa selesa dan selamat kepada bayi dan in shaa Allah demand bayi akan bertambah mengikut saiz perutnya yang semakin membesar.
Selepas 14 hari, barulah mommies boleh tumpukan kepada matlamat mommies untuk kumpul stok. Jadi tak adalah mommies rasa terkejut, stress dan panik bila lihat susu yang diperah tak sampai 1oz.
Hasil perahan setiap mommies juga adalah berbeza. Jangan bandingkan hasil kita dengan orang lain. Macam saya, sampai baby berusia 27 hari, sekali perahan hanya dapat 2oz sahaja dan selepas itu barulah hasil perahan meningkat kepada 3oz dan seterusnya 4-5oz.
Hasil perahan ini juga bergantung kepada keperluan dan saiz perut bayi. Dan setiap keperluan bayi adalah berbeza, maka hasil perahan juga boleh jadi berbeza.
Sekali pun mommies hanya dapat 2oz sekali perah, dan sekiranya mommies perah 3x sehari. Mommies boleh buat pengiraan hasil perahan mommies untuk anggarkan sama ada stok mommies mencukupi atau tidak untuk keperluan bila mommies sudah bekerja nanti.
✅3 x 2oz = 6oz sehari
✅6oz X 30 hari = 180oz
Kalau baby mommies hanya perlukan 2oz sekali minum dan minum 4x sehari
✅2oz x 4 = 8oz
Dan hasil perahan sebulan tadi ialah 180oz.
✅Maka, 180oz bahagi 8oz = 22.5 hari
So nampak tak, walaupun hasil perahan sedikit, tapi mencukupi untuk keperluan bayi selama 22 hari. Ini saya beri contoh keadaan saya dahulu, sekali perah hanya dapat 2oz sahaja. Dan keperluan bayi akan meningkat seiring dengan pertambahan usia dan saiz perutnya juga.
Kalau mommies dapat 5-8oz untuk sekali sesi perahan, mommies boleh buat anggaran seperti ini juga. Paling penting mommies jaga jadual pam, makan dan minum air yang mencukupi, tidak stress, belum hamil dan tidak period, in shaa Allah susu dan stok mommies akan mencukupi.
So mommies jangan panik bila lihat hasil perahan tak sebanyak orang lain ya. Guna kalkulator untuk kira dahulu. Yakinlah bahawa Allah akan beri kecukupan kepada kita mengikut keperluan bayi masing-masing ?
Semoga tips ringkas ini dapat membantu mommies yang resah kerana susu sikit.
Budak-budak memang senang nak demam, tambah lagi bayi yang masih kecil. Kalau demam mama lah yang paling tak keruan, nak kerja pun tak senang mengenangkan anak yang tak sihat. Akhirnya terpaksalah ambil cuti untuk rawat anak yang sakit di rumah.
Biasanya kalau demam dah lebih dari tiga hari, mama jangan ambil mudah kena cepat-cepat bawa anak ke klinik atau hospital berdekatan. Bimbang takut berlanjutan dan mengundang penyakit lain pada anak.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Nor hafizah melalui Facebook miliknya, anak keempatnya, Khaled Arrazeen Mohd Saffri baru sahaja sihat daripada jangkitan virus Influenza B. Rentetan dari itu kesihatan anaknya yang berumur setahun dua bulan itu terus merosot.
Meskipun begitu, Khaled tetap aktif seperti biasa, tapi bila di bawa ke klinik, anak kecil itu sudah tidak bermaya. Rupanya Khaled terkena pula jangkitan virus Influenza A. Nasihatnya kepada ibu bapa yang lain agar segera membawa anak-anak yang demam ke klinik atau hospital walaupun anak masih lagi aktif.
Virus Menyerang Lagi!
Awal Julai haritu baby Khaled dh kena Influenza B pastu sebulan dia x sihat. Batuk berkahak smpai kena ambk neb, selesema, cirit birit 7x sehari smpai la dia demam panas suhu 39-40 2 hari x kebah even dh msuk ubat bontot.
Baby aktif mcm biasa. Mkn, minum, main, ketawa semua ok je. So mama & papa x expect pape yg buruk. Mcm2 jenis ubat dh mkn. Antibiotic, probiotic, smecta tp x kurang jgk.
Lastly, smpai klinik dia dh lembik (klinik ke 4 ye). Mata nk terlelap je. Cuit-cuit perut dia pun x de respond. Nangis pun x de. Time ni mama nk nangis. Dah pikir yg bkn2. Mula2 doc suruh naik ambulans ke hosp tp tetiba baby bg respond. So doc bg surat refer je. Suruh pegi hosp.
Smpai je hosp, doc bg lg ubat bontot & terus msuk air. Time ni dia dh blh nangis. Tp nk tdo je. Ambk darah & result sel darah putih tinggi sgt. Means badan baby tgh lwn virus/jangkitan. So kena warded. Bila cirit birit dh ok sikit & demam dh x de tetiba hari ke 3 demam panas blik. Selesema plk makin teruk. Meleleh je.
Then, doc ambk swab & darah sekali lg. Result? Positif Influenza A. X blh detect dpt dr mana sbb spnjng sbln ni mmng x bwk dia keluar ke tmpt public. Nk kata dpt dari hosp ni jgk entah la.
So mama papa kat luar sana, kalau anak tetiba demam, selesema, batuk PLEASE cpt2 bwk ke klinik even baby aktif mcm biasa. Kalau risau sgt, bwk je ke hosp terus. X kisah la doc nk ckp apa yg pntng NYAWA anak kita tu.
Sebenarnya mama rasa bersalah sgt sbb spnjng sbln baby x sihat mama sgt busy kat ofis. Xde masa nk cuti utk jaga baby. So bila dah jadi mcmni, mama dh x pikir dh keje kat ofis tu. Tak pe la…hilang kerja blh cari lain tp kalau hilang ANAK mmng menyesal seumur hidup.
Org yg tak pernah jaga anak bila sakit mmng takkan faham mama papa yg dok cuti saje bila anak tak sihat. Mcmtu jgk mak bapak yg anak2 nye sihat sentiasa, alhamdulillah. Tu rezeki Allah bagi tp jgn berlagak plk sbb kita x tau di kemudian hari.
Sbg mak bapak PLEASE FAHAMI keadaan mak bapak yg lain.
Finally, abaikan kata2 org sekeliling yg NEGATIF. Redha dgn ujian Allah. Dia dh sediakan sesuatu yg lbh baik utk kita akan dtg.