Kecomelan Bunga Elhaq sering mencuri perhatian warganet bahkan banyak foto atau video anak Elisya Sandha ini dikongsikan oleh ibunya melalui laman Instagram.
Bukan itu saja, cucu kepada pelakon serta pengarah drama terkenal, Sheila Rusly, ini juga selalu menghabiskan masa bersama Nanna yang sangat menyayanginya.
Meninjau ke laman Instagram Elisya Sandha, dia telah memuatnaik sebuah video ketika menyambut enam bulan kelahiran Bunga. Di dalam video itu dapat dilihat Bunga diletakkan dalam baby chair dan Elisya menyediakan sepotong kek di hadapan anaknya itu.
Kemudian Elisya menyusun enam batang lilin dan kemudian menyalakannya. Simbolik enam batang lilin untuk menandakan Bunga kini sudah genap enam bulan.
“Meraikan enam bulan menjadi ibu kepada kamu Bunga. Dah setengah tahun, begitu cepat masa berlalu. Semoga Bunga membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Amin..”
Berikut adalah komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi comel Bunga apabila melihat kek dan lilin tersebut. Seolah-olah memahami sambutan itu untuk dirinya, jelas kelihatan wajah Bunga yang teruja!
Tiada apa yang lebih perit bagi hati seorang ibu dan ayah, selain menerima hakikat kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata. Itulah yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kemalangan tragik yang melibatkan pelajar UPSI baru-baru ini.
Namun, di sebalik kedukaan yang menyayat hati, hadir sumbangan yang cukup menyentuh hati datang daripada Syarikat Sinar Suci Travel & Tours yang beroperasi di Pengkalan Chepa.
Syarikat berkenaan tampil menaja pakej umrah percuma khas buat ibu bapa kepada empat orang pelajar yang terkorban dalam nahas berkenaan.
Maklumat mengenai inisiatif mulia itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebook beliau.
“Setinggi penghargaan buat Sinar Suci Travel & Tours yang bermurah hati menaja pakej umrah percuma kepada ibu bapa empat anak Jabi yang telah kembali ke rahmatullah dalam tragedi di JRTB.
Untuk pengetahuan ramai, antara penerima sumbangan tersebut ialah ibu bapa kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah, mangsa yang mendapat perhatian ramai kerana merupakan hafizah Al-Quran. Abang kepada arwah turut memuat naik perkongsian menyentuh hati mengenai kunjungan pihak syarikat ke kediaman mereka.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Sinar Suci Travel & Tours atas tajaan umrah percuma buat umi dan abah Nurly serta ibu bapa mangsa lain… Allahuakbar… sungguh cantik aturan Ilahi. Hari ini rumah kami tidak putus-putus diziarahi. Ramai datang untuk bertemu umi dan abah,” kongsinya di Facebook.
Di Pa&Ma, kami percaya bahawa kasih ibu ayah tak pernah terputus – walau jasad anak telah tiada. Doa mereka tetap mengiringi, dari bumi hingga ke langit.
Buat ibu ayah di luar sana yang sedang diuji, percayalah – Allah tak pernah mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Terus kuat, terus melangkah. Syurga itu mahal, tapi untuk ibu ayah yang redha, insya-Allah… ia dekat.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak. Tiada siapa berniat untuk memudaratkan, apatah lagi membahayakan nyawa zuriat sendiri.
Namun dalam keadaan cemas dan kurang ilmu, keputusan yang dibuat dengan niat baik kadangkala boleh membawa akibat yang sangat tragis terutamanya apabila melibatkan kesihatan bayi yang masih terlalu kecil dan rapuh.
Kisah tragis ini dikongsikan oleh seorang jururawat dan wajar dijadikan pengajaran besar buat semua ibu bapa, walaupun kejadian ini tidak berlaku di Malaysia.
Ia membuka mata tentang betapa pentingnya membuat pilihan rawatan yang tepat dan selamat untuk bayi, dan mengapa kes seperti bayi meninggal dunia selepas rawatan bidan kampung tidak boleh dipandang ringan.
Sebaliknya, keluarga memilih untuk mendapatkan rawatan tradisional daripada seorang bidan kampung. Tanpa sebarang pemeriksaan perubatan, bayi itu diberikan minyak herba yang dipercayai mampu merawat masalah cirit-birit.
Selepas rawatan tersebut, keadaan bayi semakin merosot. Bayi akhirnya dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Pemeriksaan mendapati bayi mengalami dehidrasi teruk, gangguan pernafasan, kegagalan fungsi buah pinggang serta henti jantung.
Tubuh kecil bayi itu terpaksa disambungkan dengan pelbagai wayar dan mesin bagi membantu pernafasannya. Satu pemandangan yang sangat memilukan, terutama buat ibu bapa yang hanya mahukan kesembuhan untuk anak mereka.
Lebih menyedihkan, saringan terhadap cecair dalam perut bayi mendapati ia dipenuhi dengan minyak berwarna coklat kemerahan dipercayai berpunca daripada minyak herba yang diberikan oleh bidan kampung.
Tidak lama kemudian, bayi tersebut disahkan meninggal dunia. Tragedi ini meninggalkan luka yang mendalam dan menjadi peringatan besar kepada semua ibu bapa bahawa bayi pada usia beberapa bulan tidak sepatutnya diberikan sebarang minyak, herba atau ramuan yang tidak diketahui kandungannya.
Pada usia ini, bayi hanya memerlukan susu ibu atau susu formula yang sesuai, serta rawatan moden yang selamat dan berasaskan pemeriksaan perubatan. Setiap keputusan tentang kesihatan bayi perlu dibuat berdasarkan nasihat profesional, bukan kepercayaan atau saranan tradisional semata-mata.
Kisah bayi meninggal dunia selepas rawatan bidan kampung ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk dijadikan pengajaran bersama. Rawatan tradisional mungkin ada tempatnya, namun ia tidak sesuai untuk bayi kecil yang sistem badannya masih belum matang dan mudah terjejas.
Apabila melibatkan kesihatan anak, terutamanya bayi, ibu bapa perlu lebih cakna, berilmu dan berani membuat keputusan yang betul. Klinik dan hospital wujud untuk menyelamatkan nyawa bukan untuk ditakuti.
Semoga tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua. Sayang anak bukan sekadar niat yang baik, tetapi perlu disertai dengan ilmu, kesedaran dan tindakan yang tepat. Setiap nyawa kecil adalah amanah besar yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.
Biar sibuk macam mana pun, pempengaruh, Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya, Alisha Puteri.
Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa&Ma, Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, namun kini anaknya adalah prioriti utama.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, bapa penyayang ini mengakui perjalanannya sebagai ayah bukanlah mudah.
“Alisha Puteri bagi saya seorang anak yang luar biasa, banyak kejadian Ajaib yang berlaku pada dia.
“Tahun 2021, saya dan isteri kena Covid-19 dan waktu tu dia terpaksa melahirkan anak waktu itu.
“Tambah sukar bila doctor kata anak yang ada masalah sumbing kemungkinan oksigen tak cukup lebih tinggi.
“Alhamdulillah dengan izin Allah masa dia lahir cuma sumbing tetapi langsung tak ada masalah pernafasan. Doktor pun terkejut,” katanya berkongsi.
Keadaan tambah mencabar bila mana kesukaran hendak menyusukan anaknya hanya disebabkan masalah sumbing yang dialami.
“Waktu menyusu terpaksa ambil masa empat hingga lima jam sebab tak boleh guna puting botol biasa. Terpaksa di tempah.
“Anak menangis lapar tapi tak boleh menyusu, semuanya ajar kami tentang kesabaran.
“Kecaman netizen juga agak mencabar buat kami waktu itu terutama bekas isteri saya.
“Selain itu kami juga berdepan dengan masalah speech delay yang dialami Alisha dan kini berdepan masalah mata.
“Pembedahan sumbing yang dijalaninya ketika berusia satu tahun itu kini memberi kesan kepada matanya dimana hanya satu mata sahaja yang berfungsi.
“Malah dia kini berdepan masalah 3D yang mana masalah pada kesesuaian jarak pada penglihatannya,” tambahnya lagi.
Kehidupannya kini tambah mencabar bila terpaksa menguruskan anak sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri.
Namun, Andika yang mesra disapa Dika ini terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang.
Tambah Andika lagi, anak kecilnya itu sudah mula pandai meniru apa yang dilakukannya di rumah.
Malah kini sudah pandai mengira dan kini pandai berselawat dan setiap malam akan berzikir sama-sama dengan anaknya. Tak ketinggalan sudah pandai menari.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...