Hari ini genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan.
“6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar”
Berkongsi tentang kehidupan terkini, ternyata bekas ahli kumpulan Sepahtu ini masih lagi cuba untuk bangkit kembali selepas kehilangan isteri tercinta.
“Bialah i yang mati dulu, sebab tak sanggup nak hadap. Tapi Allah Maha Dasyat, Maha Hebat.”
“Kenapa Allah tak boleh belanja saya lagi 20 tahun, Sebab saya dengan arwah dah almost 10 tahun. Saya terfikir, tak boleh belanja lagi ke 20 tahun. Tapi itulah, jalan cerita yang semua orang akan lalu cuma saya cepat sikit lalui”
Bapa kepada 4 cahaya mata ini juga meluahkan rasa apabila bakal berhadapan dengan soalan yang bakal diajukan anak bongsunya ‘di mana ibu saya’ suatu hari nanti.
Ads
“Kalau one day Ayash akan tanya. Di hari pemergian Sarah, saya dah terfikir soalan ni.”
“Cuma sekarang saya kena buat yang terbaik buat anak-anak, education dan kehidupan anak-anak.”
“Tipu lah kalau saya boleh beri sentuhan seperti ibu, anak-anak lelaki saya perlukan sentuhan dari ibu. Saya tak boleh pakai tudung macam ibu dia. Itu saya kalah lah, semua saya boleh berikan, anything cuma part sentuhan ibu tu saya tak dapat bagi pada anak-anak.”
Usahawan Bubble Bee ini sempat menitipkan ucapan buat anaknda bongsu tercintanya.
Ads
“Semoga menjadi anak yang baik untuk keluarga & dipelihara Allah Swt selalu. Aamiin”
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.
Selain Ayash, Allahyarhamah meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 315 kes positif wabak Covid-19 adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun.
Melalui sidang media harian Covid-19 di Putrajaya petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan enam peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5,182 kes yang dilaporkan di negara ini.
“Daripada jumlah itu, 83 pesakit masing-masing di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan lima hingga sembilan tahun.
“Pesakit berumur antara 10 hingga 14 tahun pula adalah seramai 149 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 315 individu,” katanya lagi.
Jelas kes yang melibatkan jangkitan kepada kanak-kanak ini kebanyakannya mendapat jangkitan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang positif wabak berkenaan.
“Biasanya kanak-kanak ini dapat jangkitan bersama keluarga sama ada ibu atau ayah. Kalau mereka dapat sekali jangkitan, kita akan letakkan bersama dalam wad atau bilik.
“Sekiranya kanak-kanak dijangkiti tetapi ibu bapa tidak dijangkiti, ibu bapa yang ingin menjaga anak perlu menandatangani persetujuan. Malah KKM juga menggalakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti Covid-19 memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sepanjang tempoh penjagaan itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melaporkan kes COVID-19 dengan kes baharu dilaporkan sebanyak 110 orang dengan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di iaitu sebanyak 5,182.
Manakala kes sembuh pula sebanyak 119 dengan seramai 29 orang memerlukan bantuan alat pernafasan serta satu kematian
Ibu mana yang mampu melihat bila mana anaknya demam panas. Apa lagi demam berterusan walaupun selepas diberikan ubat atas nasihat doktor. Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie berdepan detik mencemaskan bila mana anak sulungnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas demam berpanjangan yang tidak surut.
Menerusi Instagramnya, Irma turut berkongsi kisah cemasnya yang tidak tahu apa masalah yang dialami anaknya itu.
“Kisah beberapa hari lepas, saya baru sempat nak share. Harap dapat kongsi manfaat pada semua yang membaca.
“Bismillahi Mashaallah. Mulanya, Irfhan sesak nafas tengah pagi (> < jam 3am ke 4am rush ke klinik 24jam amik neb) 2 kali neb back to back sebab 1st neb tu masih tak clear lagi. Waktu tu tak ada demam lagi, esoknya badan dia mula panas, macam biasa bila kita pantau suhu naik tinggi mesti akan bagi dia paracetamol.
“But panas juga, tak turun demamnya, saya dah mula risau la. Macam tak jadi apa je walaupun makan paracetamol tu every 4 to 6 hours la lebih kurang. Then dia dah tak aktif, mengadu sakit kepala sangat, letih melepek je.
“Saya bawa pergi klinik lagi, doc beri antibiotic pula. Masuk hari ke 3 masih demam, muntah-muntah, tambah pelik lagi padahal dah makan antibiotik kan. Dia memang dah lesu teruk la.
“Sampai tahap minum air kosong pun muntah juga. Apa lagi ubat. Pukul 12 am rush pergi hospital. Pergi kat emergency, masa ni Irfhan nak berdiri pun tak boleh, kaki dia lembik. Admitted.
“Apply GL, nak jadi hal staf kat Registration inform Irfhan punya insurance policy tak matang lagi baru sangat amik, baru 4 bulan.
“Saya cuak masa ni takut tak lepas, kata dia sepatutnya kena 6 bulan. Dia tengok saya terdiam, terus dia kata takpe dia cuba je submit. Kat report, DR tulis suspect : chest infection.
“Hari tu memang saya terpaksa la duk kacau je agen insuran saya, saya panggil dia Su. @suriarosli91. TQ tau Su bantu tenangkan saya yang kalut waktu tu. Su bagitau cuba jelah apply GL tu.
“Tak tahu la Su sedapkan hati kita supaya teruskan sabar. Kita doa. Pasrah. Nak pujuk hati tu gigih la juga, Astaghfirullah.
“Otak ni duk pikir je nak bawa ke mana la Irfhan masa tu. Amik ubat jer kat sini then balik rumah ke atau kena tunggu siang la kot cuba bawa HKL ke, tapi klinik pesakit luar buka pukul berapa tak tau juga. Tak boleh fikir masa tu, blur dan buntu sangat.
“Dah tu pula memang prosedur sekarang kena ada covid test untuk apply GL. Irfhan kena swab test la pulak tengah sakit-sakit tu. Kat emergency area tu dah masuk Drip, amik darah amik darah amik darah, 3 syringe. Amik neb lagi. Chest X-ray.
“Agak-agak berapa la kena charges bila GL tak lepas. Pengsan. Dah la tak tahu lagi sakit apa la anak saya ni kan. Memang la hati ni tak keruan. Gitu gini Gitu gini dah nak subuh, nurse datang. Nurse datang nak inform Irfhan mengidap influenza A,” katanya berkongsi cerita.
Akui Irma, dia langsung tidak pernah berdepan mengenai masalah Influenza A ini apa lagi kini terpaksa dilalui oleh anak kecilnya itu. Pun begitu kata Irma, dia amat bersyukur akhirnya sakit anaknya diketahui dan rawatan pemulihan boleh diberikan segera.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan suami cepat bertindak untuk membawa anaknya ke hospital dan mendapatkan rawatan segera.
“Allahu. Terkejut. Jujur, tak terpikir langsung virus ni. Saya rasa memang agak sukar nak kenalpasti bila anak terkena demam yang dijangkiti virus Influenza A.
“Tapi dalam masa sama, syukur sebab dah tahu sakit apa, dapat rawatan cepat-cepat, Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Malah Irma juga turut menasihati ibu bapa di luar sana agar sentiasa berjaga-jaga dengan virus yang berada di sekeliling kita. Sentiasa pantau dan cepat bertindak jika kesihatan anak tidak memuaskan.
“Elak dari berlakunya komplikasi serius penyakit Influenza tu yang boleh ragut nyawa kalau lambat rawat, nauzubillah. Jadi yang membaca ni, boleh elak lebih baik elak dari terkena virus ni. Google la cara pencegahan ok.
“Bila dah dijangkiti memang susah jaga. Tempoh jangkitan selalunya ambil masa 7-21 hari untuk sembuh. Tengok gambar ubat-ubat kena makan dan kena complete kan, ubat tu ada yang sampai 14 hari ye. 3 hari juga Irfhan kat hospital.
“Haha, apa kisah GL?? Alhamdulillah, approved. Syukur sangat. Tak rugi ye parents yang amik insurance untuk anak-anak. Memang penyelamat. Jangan tanya total bill berapa ok. AIA settlekan.
“Sekarang ni macam-macam ‘penyakit’ yang merisaukan ye. Yang pasti, mak ayah kena hati-hati, virus ni merupakan sebahagian daripada influenza bermusim dan sangat mudah berjangkit.
“Kita doa banyak-banyak untuk anak-anak keturunan kita. Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wa ni’mal nashir,” tulisnya lagi berkongsi.
Semoga kisah Irma ini menjadi panduan dan pengajaran buat kita untuk segera bertindak, alert dengan segala permasalahan anak dan paling penting cepat bertindak untuk membawa anak ke hospital.
Percutian peserta rombongan dari Johor ke Melaka bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka yang juga kanak-kanak perempuan ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin berusia lapan tahun tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.
Menurutnya, mangsa dipercayai lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman lebih kurang satu meter.
Katanya, mangsa bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor tiba di taman tema air itu lebih kurang jam 11 pagi sebelum peserta rombongan melakukan aktiviti riadah.
“Bagaimanapun ketika melakukan aktiviti dalam kolam yang mana setiap 20 minit akan berombak selama 10 minit, kanak-kanak itu dipercayai lemas.
“Petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.