Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ads
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Ads
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Ads
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Baru nak ke dapur pun anak dah melalak. Nak ke tandas pun rasa macam nak buat misi sulit!”
Pernah tak ibu alami situasi macam ni? Anak kecil yang tak boleh langsung berpisah walau sesaat. Nak tidur pun nak peluk, nak mandi pun ikut, nak masak pun kena ‘dukung sambil goreng’. Memang penat. Tapi… tahu tak, sebenarnya ini petanda yang sangat positif?
Kalau anak asyik ikut ke mana saja ibu pergi, itu tandanya dia yakin dan percaya pada ibu. Dalam dunia kecilnya, ibu adalah zon paling selamat. Bila ada ibu, dia rasa tenang. Bila tak nampak ibu, dia rasa gelisah.
Dan itu normal. Sangat normal.
Fasa ni biasanya berlaku sekitar usia 6 bulan hingga 2 tahun. Anak dah mula sedar yang ibu dan dia bukan satu entiti. Ibu boleh hilang dari pandangan — dan itu buatkan dia rasa tak selamat.
Dia belum tahu konsep “ibu pergi kejap, tapi akan balik semula.” Jadi bila tak nampak ibu, terus fikir yang ibu takkan balik.
Kalau anak melekat 24 jam, itu bukan sebab dia manja atau nak mengada. Tapi sebab dia tengah belajar membina keyakinan diri dan emosi.
Kajian pun tunjuk, anak-anak yang rapat dengan ibu dari kecil akan lebih mudah berdikari bila dah besar. Sebab dia tahu, ada tempat yang selamat untuk dia kembali bila perlukan sokongan.
1. Beri masa dan ruang – perlahan-lahan. Tak perlu paksa anak berdikari. Mulakan dengan tinggalkan anak main sekejap, sambil ibu ada berhampiran. Bila dia nampak ibu tak ke mana pun, dia makin yakin.
2. Gunakan objek kesayangan. Bantal busuk, mainan kegemaran, selimut lembut – semua ni boleh bantu anak rasa ‘disambung’ dengan ibu walaupun ibu tak di sisi.
3. Jangan lupa diri sendiri. Penat itu normal. Minta tolong pasangan atau keluarga untuk ambil alih sekejap. Ibu juga perlu rehat untuk terus kuat.
Anak ke mana, ibu ke situ bukan sebab dia manja. Tapi sebab dia tengah belajar tentang kasih sayang, kepercayaan dan keselamatan.
Suatu hari nanti, anak yang sama akan berlari masuk kelas tanpa toleh ke belakang. Dan masa tu… ibu pula yang akan rindu ‘melekat’nya dia 💗
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Baby bump’ dah jelas nampak, warga maya ‘syak’ Nabila Razali hamil. Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali, 32, kini dikatakan hamil anak sulung.
Spekulasi tercetus selepas ramai yang perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali itu ketika sedang menari dalam sebuah video TikTok. Ramai peminat yang perasan ‘baby bump’ Nabila. Ia mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengikutnya.
Bagaimanapun, menurut sumber laporan Kosmo, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila mengenai spekulasi ini tidak berhasil. Nabila pernah menyatakan sebelum ini bahawa dia lebih selesa menyimpan hal peribadi, terutama selepas berkahwin.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Nabila di laman Instagramnya juga membuatkan ramai peminat dan warga maya berteka-teki tentang kesahihah kehamilan pelantun lagu Peluang Kedua itu.
Maizatul buktikan ada anak kecil bukan halangan minat mendaki. Maizatul Hazra Yahaya, 39 tahun, bukan mahu dilihat sebagai ibu yang cuai atau mengambil ringan soal keselamatan, sebaliknya beliau hanya ingin menyemai minat terhadap aktiviti mendaki bersama anak tersayang, Nur Nayla Ardani Muhamad Arham.
Menurut Maizatul, yang juga seorang suri rumah sambilan serta pengusaha makanan sejuk beku di Gombak, Selangor, semua langkah keselamatan telah diteliti sebelum membawa Nayla, yang kini berusia tiga tahun, menyertai aktiviti mendaki.
“SEBELUM MEMBAWA NAYLA, SAYA PASTIKAN SEMUA ASPEK KESELAMATAN DIPERIKSA. SAYA TIDAK BERTINDAK SEMBARANGAN ATAU AMBIL MUDAH,” KATANYA YANG MERUPAKAN PEMINAT TEGAR AKTIVITI MENDAKI SEJAK DAHULU LAGI.
Sebelum kehadiran anak sulungnya itu, Maizatul sudah giat mendaki pelbagai gunung dalam dan luar negara. Bahkan semasa hamil, beliau masih aktif mendaki sehingga kandungannya mencecah tujuh bulan.
“Saya sering berbual dengan Nayla dalam kandungan, niat untuk mendaki bersamanya setelah dia lahir,” ujarnya.
Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila Nayla berusia tiga bulan. Ketika itu, Maizatul membawa bayi kecil itu mendaki Bukit Batu Puteh di Port Dickson. Sepanjang pendakian tersebut, Nayla tidur lena dalam ‘carrier’ tanpa sebarang masalah.
Maizatul, isteri kepada Muhamad Arham Mohd Anuar, menegaskan setiap pendakian bersama anak dilakukan dengan persiapan rapi. Ubat-ubatan dan keperluan anak diutamakan, malah beg dibawa hampir penuh hanya dengan barang-barang milik Nayla.
“SETAKAT INI, NAYLA TIDAK PERNAH MERAGAM. DIA MALAH KELIHATAN SERONOK, TENANG DAN SELESA DALAM KENDONGAN, SEOLAH-OLAH MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN,” JELASNYA.
Kini apabila Nayla sudah boleh bercakap, pendakian menjadi lebih meriah kerana dia suka bertanya dan memberi reaksi terhadap persekitaran.
Suaminya turut menyokong minat ini, meskipun atas kekangan kerja, tidak semua pendakian dapat dilakukan bersama. Ada kalanya, Maizatul mendaki bersendirian atau bersama rakan-rakan.
“Sekarang saya lebih bersemangat kerana ada teman kecil mendaki. Nayla kelihatan lasak dan sesuai dengan persekitaran hutan,” katanya, mengakui tetap ada rasa risau terutama mengenai kesihatan dan keselamatan anak.
Namun segala persiapan dilakukan dengan penuh teliti, dan Maizatul sentiasa bertawakal kepada Allah serta berdoa semasa setiap pendakian.
Sehingga kini, pelbagai puncak telah ditawan mereka berdua termasuk Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Kerinchi (Indonesia), Gunung Angsi (Negeri Sembilan), Gunung Karunai (Perak) dan Gunung Ulu Semangkok (Selangor).
Dalam memastikan dirinya sentiasa cergas, Maizatul turut mengamalkan rutin senaman harian selama dua jam yang merangkumi regangan dan latihan fizikal.
“MENGENDONG ANAK SEMASA AKTIVITI LUAR MEMBANTU MENGUATKAN OTOT. INI PENTING BAGI MENDAKI KERANA MEMERLUKAN KEKUATAN FIZIKAL YANG TINGGI,” KATANYA, SAMBIL MENAMBAH BAHAWA BELIAU TURUT MENJAGA PEMAKANAN DAN MENGAMALKAN DIET TINGGI PROTEIN.
Apa yang dilakukan Maizatul membuktikan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil juga mampu meneruskan minat dan hobi, asalkan dilakukan dengan tanggungjawab dan persediaan yang teliti.
Namun, beliau mengingatkan bahawa setiap anak itu berbeza dari segi ketahanan dan kesesuaian. Oleh itu, ibu bapa perlu menilai kemampuan diri dan anak terlebih dahulu sebelum membawa mereka menyertai aktiviti seperti mendaki.
“Hobi ini memang menyeronokkan, tapi perlu dilakukan dengan penuh hati-hati seperti mana-mana aktiviti lasak lain,” katanya.
Bayi jatuh dari katil boleh mencetuskan kebimbangan ibu bapa. Ketahui langkah kecemasan, tanda bahaya, simptom gegaran otak dan bila perlu membawa bayi ke hospital.